Theflowersellingboy

Selasa, 8 Januari 2013

HATI ORANG TUA: Sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak

Kawan-kawan Lukman  Letih Menunggu Nak Naik Bot Ke Plantar. "Menunggu adalah satu penyiksaan", kata Lukman dalam fbnya.  






Lukman seorang berkerjaya sebagai UT Man, seorang yang mempunyai lesen NDT. Lukman dan beberapa orang kawanya dalam berbagai kepakaran telah diberi tugas berkhidmat di luar pesisir pantai Terengganu (offshore). Lukman tidak pasti dengan tepat berapa lama dia di pelantar. Mungkin 45 hari.

Lukman beritahu dia akan bertugas di offshore Terengganu. Dia dan kawan-kawannya bergerak dari Masai Johor Baru pada pukul kurang lebih 12 malam pada hari Sabtu yang lepas. Mereka ke sana dengan dua buah bas. Sampai di Kerteh.

Pada pukul 9 pagi hari Ahad Lukman talipon dari Kerteh memberitahu dia dan kawan-kawan telah selamat sampai. Laut bergelombang, cuaca kurang baik mereka tidak dapat pergi ke plantar. Mereka dibawa ke Cherating Resort untuk bermalam menunggu sehingga cuaca menjadi baik.

Pada pagi hari Isnin, cuaca masih lagi tidak mengizinkan. Tapi mereka berada dipengkalan Kemaman. Mereka tunggu sehingga larut malam yang Lukman kata sebagai 'satu penantian yang menyeksakan'. Akhirnya mereka menaikki bot untuk ke plantar yang dianggarkan memakan masa selama 12 jam.

Sebelum Lukman bertolak, kakak Lukman, Jaja yang tinggal di Putra Jaya dan adiknya si Siti yang berada di Mesir saling 'berchitchatting'.  Waktu itu sudah 11 malam.

Mama dan Papa Lukman terlalu runsing akan keselamatan Lukman dan kawan-kawannya. Tambah-tambah lagi berita memaklumkan kemungkinan berlakunya ribut sonamo yang membuatkan laut bergelora setinggi melebihi 5 meter. Keadaan seperti ini amat bahaya bagi urusan di laut dan penduduk-penduduk persisiran pantai di Laut China Selatan.

Papa Lukman cuba menghubungi handphone Lukman. Tapi diberitahu ' not available'. Beberapa kali cubaan tidak juga berjaya dan hanya mendapat respons yang sama, 'not available'. Ini menambahkan kerisauan orang tua itu. Mama Lukman lagi bertmabah risau. Air mata mula mengalir.

'Dia selamatlah tu', papa Lukmana memberi keyakinan kepada mama Lukman yang menangis teresak-esak sambil mengangkat tangan memohon doa agar Lukman dan kawan-kawannya selamat , dilindungi Allah dari mara bahaya.

'No news is a good news', bisikan hati papa Lukman yang masih lagi mencuba membuat beberapa kali panggilan talipon. Sebenarnya papa Lukman tahu bahawa memang Lukman tidak boleh di hubungi. Tapi sebagai memujuk hati yang tidak ketentuan itu, papa Lukman talipon juga.

Kakak  Lukman si Ira yang tinggal di Ampang bertanya khabar Lukman. Mama menyatakan kerisauannya dan meminta Ira untuk menghubungi sesiapa yang dikenali di pengkalan Kemaman untuk mengetahui kedudukan pelayaran bot yang membawa Lukman dan kawan-kawan. Si Ira berjanji akan mengusahakannya.

Papa dan Mama Lukman tidak dapat tidur. Macam-macam yang datang dalam otak kepala. semuanya yang tidak menyenangkan hati. Tambah-tambah lagi berita di tv memberikan gambaran yang menakutkan.

Seperti biasa, papa Lukman menenangkan mama dengan menyatakan bahawa bot itu tidak akan dibenarkan belayar oleh pihak berkuasa jika keadaan cuaca tidak baik dan laut yang terlalu bergelora. Maknanya, cuaca adalah baik dan gelora laut tidaklah membahayakan kepada bot-bot yang dinaikki oleh Lukman dan kawan-kawan.

Tapi berita dalam tv tidak sama dengan harapan dalam hati kedua orang tua ini. 'Ribut sonamo itu akan berlaku pada tengah malam ini'.

Pagi ini, selepas solat Subuh, mama bertanya 'ada dapat sms dari Lukman?'. papa diam tidak menjawab. Mama faham, bahawa tiada respons dari papa, bermakna tiada berita dari Lukman.

Dua orang tua ini meneruskan tugas harian menghantar cucu ke taska di cyber jaya. Dalam perjalanan, talipon berbunyi. Mama mengambil talipon dari dalam poket si papa yang sedang memandu. "talipon dari Ira agaknya', kata si papa.

"Lukman", jerit suka si mama, suara macam orang nak menangis yang penuh kegembiraan.

Lukman beritahu dia dan kawan-kawan selamat sampai. Ramai yang muntah-muntah. Dia pun muntah dan sakit kepala. sebaiksampai dia letih, pening dan berihat terus tidur. Sebab itu tidak menghubungi papa dan mama.

Alhamdulillah. Satu berita yang menggembirakan.

Terima talipon dari Ira bertanyakan fasal Lukman. Mama beritahu, Lukman selamat sampai, ok. Kemudian bila mama tanya fasal interview kerja Yad, suami Ira, Ira beritahu Yad telah diberi surat tawaran. Mama dan papa bukan main seronok, keluar air mata masing-masing.

Alhamdulillah, satu lagi berita yang menggembirakan pada hari ini Rabu, 8.1.13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan