Theflowersellingboy

Selasa, 29 Januari 2013

Perjalanan Bercuti dari Putrajaya - Johor Baru -Singapura - Johor Baru - Melaka -Putrajaya.

Kami dari satu keluarga besar  bersepakat untuk  pergi   bercuti ke Singapura. Keluarga ini terdiri dari tiga keluarga nuklias, tiga orang setiap keluarga. Saya adalah ketua kepada keluarga yang besar itu.

Kami telah bersetuju untuk si ct sebagai pengurus percutian yang bertanggungjawab mencari destinasi percutian, tempat lawatan, tempahan hotel, anggran perbelanjaan dan perkongsian perbelanjaan. Bayaran penginapan dikenakan terlebih dulu kepada kad kredit saya.
  
Keluarga Ira dan Yad dan anaknya Yousef bertolak dari One Ampang South View dan bermalam di Rembau. Pada 25. 01.13 sebelah petang bertolak ke Johor Baru dengan kereta dipandu oleh Yad.

Keluarga saya yang terdiri dari saya, isteri dan ct bersama keluarga Jaja dan Sani serta Naqib bertolak dari Putrajaya dalam kereta yang sama pada pukul 4 petang menuju Johor Baru. Singgah di R&R Air Keroh Melaka untuk solat Asar dan menukarsalin pampers Naqib. 

Sampai di Johor Baru 8.30 malam. Mencari hotel Aman Sari di City Central. Banyak perubahan dari segi jalan yang perlu diikuti. Banyak bangunan baru. Ini menyebabkan mengambil masa untuk sampai ke hotel sedangkan Johor Baru tidak asing bagi saya pada tahun 1990an dulu. 

Ketika itu selama 5 tahun berulang alik dari Melaka ke Jalan Datin Halimah menghantar anak ke STF. Biasanya akan makan di pantai Lido. Sekarang terlalu banyak perubahan. 

Akhirnya sampai juga di hotel yang terletak di Jalan Wong Ah Fook.

Tiada sesiapapun pekerja hotel yang datang untuk mengangkat beg. Kena angkat sendiri. Jalan untuk ke tempat letak kereta hotel pun berbelit-belit.

Pendaftaran masuk bilik tiada masalah sebab telah buat tempahan awal secara atas  talian. Hotel ini nampaknya menjadi penggemar kepada rombongan dari Taiwan dan Indonesia. Waktu kami sampai  terdapat bas-bas pelancung yang membawa ahli rombongan dari negara-negara tersebut. Saya dapat pengesahan dari pekerja hotel dan melalui percakapan dari rombongan dari Indonesia. 

Maknanya hotel ini boleh dikategorikan sebagai hotel bajet dan sederhana tarafnya. Berapa bintang? Saya tidak pasti, tapi tak sampai 4 bintang kot? Tapi bagi kami 3 keluarga, sudah memadai.

Bilik hotel, ok lah sesuai dengan bayaran yang dikenakan. Tapi tiada almari menyangkut pakaian. Ada sebuah tv yang boleh dapatkan berbagai saluran walaupun saluran sukan hanya terhad kepada saluran ESPN saja.

Bilik airnya, bolehlah. Cuma paip dimangkuk tandas terlalu menghimpit ke dinding. Ini menyebabkan susah untuk memasukkan tangan untuk membuka paip.

Sudah pukul 10 malam, kami mecari kedai makan. Saya bertanya pada seorang anggota keselamatan hotel dimanakah restoran yang berdekatan. "Encik tak tanya pada peception?" Begitulah budi pekerti yang dipamirkan kepada saya.
Nenek Aqib, Aqib dipimpin ayah (Sani) berhampiran hotel Aman Sari
Ira dan Yousef bersiar-siar berhampiran hotel
Macam mana pun kami cari sendiri restotan. Terjumpa sebuah restoran mamak yang tidak juah dari hotel. Harganya? Mahal, tidak sepadan dengan makanan yang dimakan.    

Esok hari 26 .01 .13, Sabtu , pada pukul 10 pagi kami menukar wang RM1,000.00  (kadar RM2.40 = SGd 1.00) ke matawang Singapura. Saya tidak tahu berapa wang yang ditukarkan oleh Ira dan Jaja. 

Kemudian kami ke bangunan CIQ (bangunan sultan Iskandar) untuk menaikki bas Cause Way Link (CW1) berwarna kuning dengan tiket RM1.00 setiap orang. Kami diingatkan supaya menyimpan tiket itu untuk digunakan selepas melalui imigresyen Singapura untuk menaikki bas syarikat yang sama (CW1)  menuju ke Keranji (stesyen MRT). Jika tiket hilang, kena bayar semula dengan harga yang sama untuk ke Keranji.

Perjalanan di Tambak Johor penuh sesak. Sampai di Imigresyen Singapura. Untuk melepasi imigresyen memakan masa hampir satu jam. Dari Woodlands ke Keranji dengan bas CW1 menggunakan tiket yang sama.

Destinasi pertama kami ialah untuk melawat zoo Singapura. Di stesyen keranji kami membeli tiket MRT ke Ang Mo Kio, SGd  1.90 seorang. Sampai di Ang Mo Kio kami menaikki bas no 138.

Di Zoo Singapura kami berhenti makan di KFC. Anak-anak mengatakan makanan di KFC itu halal, jadi saya pun bersetujulah untuk makan. Tiket zoo berharga SG21.00 seorang. Dua cucu yang berusia dua tahun dan satu tahun lebih tidak kena bayaran.

Matlamat utama nak tengok panda yang katanya didatangkan dari negara China. Jam 2.30 petang waktu makan panda, kami masuk ke ruang laluan ke tempat panda. Diberi sedikit taklimat bagaimana untuk berkelakuan semasa melihat panda. Ada dua ekor panda. Satu namanya Kai Kai dan satu lagi Jia Jia. Yousef dan Naqib seronok sungguh melihat panda. 
Satu keluarga besar minus Yad ambil gambar dan ct pengurus percutian) bergambar bersama panda.
Sebelah Naqib ada anak orang putih, perempuan, yang sebaya dengan Naqib, setahun lebih sedang asyik melihat panda yang sedang makan daun buluh.     

Dengarlah dailog anak orang putih (AOP) dan Naqib walaupun mereka baru berjumpa dan duduk bersebelahan melihat panda yang cantik itu yang sedang makan daun buluh sambil berguling: 

AOP: (Jari menunjuk ke arah panda sambil menoleh pada Naqib) Jia Jia. ( Agaknya memberi tahu Naqib, panda itu bernama Jia Jia).
Naqib: Panda makan pokok (panda itu makan daun buluh).

Kami pun ketawalah. Dan merakamkan gelagat mereka dalam kamera. Begitu gayanya anak kecil berkomunikasi. Mereka tidak ada bebas tanpa halangan bahasa. Cakap apa saja yang mahu dicakapkan. Soal faham atau sebaliknya bukan faktor yang penting. Yang penting ialah bebas untuk menyatakan apa yang mahu diperkatakan. Tidak kira bahasa yang digunakan.

"Jia Jia", bisik sicomel disebelah kanan. "Panda makan pokok", Aqib bisiik perlahan.
Panda ini, rupanya memerlukan iklim yang sejuk, tapi tidaklah sejuk yang melampau. Mungkin sejuk iklim Miditerranean, agaknya.
Kemudian kami menaikki trem melihat biantang-binatan yang biasa kami lihat seperti harimau , gagah , monyet , orang utan dan sebagainya.
 
Yousef dan Naqib sedang mencari-cari panda. Yousef nampak dulu, "Panda ni lah yang makan rambut tokpa sampai nipis, ye mi", tanya Yousef pada umminya. Naqib tak nampak panda. Macam mana nak nampak panda, asyik tengok anak mat salleh disebelah.
Secara keseluruhan, binatang-binatang di zoo ini sihat-sihat dan terjaga berbeza dengan binatang-binatang di zoo-zoo di Malaysia. 

Mungkin kos penyenggaraannya terlalu tinggi.

Sebelum ke destinasi seterusnya kami cari tempat solat di zoo untuk solat jama' awal. Singapura bukan Malaysia yang memang disediakan tempat solat dimana-mana premis. Jadi kami bertanya dengan seorang pekerja zoo yang berada berhampiran satu kaunter. 

Sungguh memeranjatkan. Kami diberi layanan yang tidak boleh kami mimpikan di Malaysia. Extraordinary. 

Pekerja itu seorang keturunan Cina, lantas membawa kami kesatu tempat yang jauh juga dari tempat kami bertanya. Maka ditunjukkan sebuah bilik. Tapi kami tidak dibenarkan masuk kerana masih ada orang didalam bilik itu.

Rupanya ada pasangan orang Melayu keluar dari bilik itu setelah menunaikan solat.

Apabila kami masuk, tahulah kami bahawa bilik itu terlalu kecil mengikut standard bilik solat kita di Malaysia. Terdapat satu sinki untuk ambil wudhu. Bermakna untuk membasuh kaki kita terpaksalah angkat kaki ke dalam mangkuk sinki itu. Bagi yang perempuan mengisikan air dalam botol air mineral. Alhamdulillah dapat juga kami bersolat.

Saya amat menghormati pekerja zoo itu dan juga pihak zoo. Pekerja itu dengan bahasa dan perilaku yang baik membawa kami menuju ke tempat solat itu yang agak jauh semata-mata memberi layanan kepada pengunjung. Pihak zoo juga sudi membenarkan ruang yang kecil itu untuk tujuan solat. Ada kewajarannya pihak berkuasa Singapura mengadakan ruang solat yang lebih sesuai untuk menarik lebih ramai pelancung yang beragama Islam. Lagipun penduduk Singapura juga ada yang beragama Islam. 

Macam mana pun layanan pekerja itu amat dipuji sekali. Banding dengan anggota keselamatan di hotel Johor Baru, amat jauh budi bahasa dan pekertinya. Memalukan Malaysia saja kalau ada ramai orang yang perangai macam yang dipamirkan oleh pekerja hotel itu. CIIIIT!   

Dari zoo Singapura kami menaikki sebuah van menuju ke Marina Bay dengan bayaran SG55.00. Selesa untuk 7 orang dewasa.

Sampai disana kami membeli tiket SG20.00 seorang untuk naik keatas tower 3, setinggi 56 tingkat. Harga tiket SG   untuk dewasa. Di tingkat 56 yang terbuka, tiupan angin kuat begitu menyegarkan sekali. Kelihatan kapal-kapal yang berlabuh dan juga bangunan-bangunan yang cantik.


.Ditingkat 56 - (terbuka) Menara 3 Marina Bay Sands minus Sani, Ira, Yousef dan Naqib
Yousef dan Naqib di Marina Bay Sands

Yousef bersalaman dengan Naqib seolah-olah baru berkenalan.

Mereka merenung sesuatu
Di tingkat 56 menara memandang kearah laut. Takut tak qib, tanya asyef? Aqib tak takut.
Sebahagian besar pengunjung datang untuk melihat matahari masuk (sun sets). Sebenarnya tiada apa bezanya dengan yang berlaku hari-hari dimana saja. Tapi melihat dari bangunan tinggi yang berbayar mahal pula membuatkan keadaan matahari masuk sebagai satu yang istimewa, ada kelainan. Dengan itu ada rasa berbaloi sikit. 

Pukul 7.30 malam turun dari menara itu untuk makan. Tiada kedai makanan halal yang berdekatan menurut pekerja hotel menara itu. Tapi pekerja itu membantu kami dengan mencetakkan nama-nama kedai/restoran yang halal yang boleh kami kunjungi.

Namun kami buat keputusan untuk terus balik ke hotel di Johor Baru. Kami ambil MRT dari Marina ke Keranji.  

Dalam MRT, Naqib menangis kerana rasa gerun akan bunyi dan kelajuan MRT. Tapi sekejap saja. Sampai ke Keranji kami menaikki bas CW1 dengan bayaran tiket SG0.80 seorang menuju Johor Baru. Laluan imigresyen mudah saja. Dari bangunan Sultan Iskandar (bangaunan CIQ- Kastam, Imigresyen dan Kurantin), kami berjalan kaki ke hotel kami kerana terlalu dekat

Tapi kami singgah dulu untuk makan malam. Buat berbagai macam pesanan makanan mengikut selera masing-masing. Saya dan ct, memesan minuman cendul istimewa (special). Namapun istimewa, sudah tentu sedap rasanya.

Sesedut dirasa, cendul itu basi. Santannya basi, dah lama agaknya. Kurang yakin, minta isteri yang pakar dalam rasa merasa makanan. Disahkan sesungguhnya benarlah akan rasa lidah saya bahawa santan cendul itu telah basi. Minta diganti dengan minuman yang lain. Tapi mengambil masa yang lama.

Disebelah pagi 27.01.13, Ahad, sarapan dihotel. Makan nasi lemak dan corn flake bercampur susu, sehiris dua buah tembikai dan tembikai susu beserta dengan teh. Makanan sarapan tidak banyak pilihan. Mungkin itulah standard hoel sesuai dengan bayaran.

Pukul 12 tengah hari menuju ke majlis kahwin anak seorang kawan di Kempas yang diadakan di Dewan Glulam. Mudah saja dapat dicari dewan berkenaan. Naqib dan Yousef, ok, tidak menangis. Mereka ceria menjamah makanan yang dihidangkan. Makanannya sedap sekali. 

Semoga pasangan mempelai itu berbahagia dan dikurniakan zuriat yang terbaik.

Meninggalkan majlis. Naqib menangis kerana tidak dapat menolak sendiri stroller. Macam mana nak tolak sedangkan stroller itu lebih tinggi darinya. Depan pun tak nampak. Dia pun nangislah. Kena masuk dalam kereta secara paksa. Sambung menangis dalam kereta.
Kami menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Anak-anak masuk dari satu outlet ke satu outlet. Saya mencari tempat duduk untuk berehat kerana masanya sudah berlalu untuk meminati  dan membeli barang-barang seperti pakaian dan perhiasan. Saya percaya harganya pun mahal.

Akhirnya tidak adapun yang dibeli. Cuma kami makan di food court.

Menuju ke Melaka untuk balik ke rumah yang telah lama ditinggalkan. Tapi Ira sekeluarga balik ke Rembau.

Disebelah pagi 28.01.13, pukul 7.30 pagi, mesin rumput dibahagian belakang rumah. Rumput terlalu tebal dan tinggi. Terdapat lalang. Ini membuatkan kerja memesin rumput memakan masa kerana terpaksa menebas lalang yang meninggi itu. Menebang pokok-pokok liar yang masih kecil di sempadan tanah jiran yang masih belum dibena rumah. Jika dibiarkan ianya akan membesar dan memberi masalah dari segi keselamatan rumah. 

Cuaca panas terik. Isteri tolong sama dengan memotong daun pokok bunga yang sudah kering dan daun-daun yang tidak sihat serta yang menjalar di dinding rumah. Maklum sudah terlalu lama tidak dikemas.

Saya hanya dapat memesin rumput di bahagian belakang saja. Disisi kiri dan kanan tidak dapat dilakukan kerana terlalu penat dan panas terik. Kemudian membersih bahagian dalam rumah. Membuang tahi cicak dan mengemop lantai disemua ruang rumah sebelah bawah termasuk dapur. Penatnya tidak ada kata yang boleh menceritakannya. Tapi hati puas kerana telah dapat membersihkan sebahagian dari ruang dan kawasan rumah.

Pukul 4.50 petang menuju ke Putrajaya dipandu oleh Sani. Perjalanan tidak lancar bermula di Rembau sehinggalah menghampiri bandar Seremban. Tidak tahu jadi begini. Yang kelihatan berlaku kemalangan dekat dengan persimpangan memasuki Senawang. Tapi disebelah kanan menuju ke selatan. Mengapa pula kereta menuju utara tidak lancar? Mungkin ramai pemandu yang memandu perlahan untuk melihat kemalangan itu.

Makan di R&R Dengkil. Si Ct sudah buat satu kesilapan. Mamanya minta pesan mee sup. Makanan yang dipesan betul tapi kedainya yang mamanya tidak bersetuju. "Tengok dulu nama kedai tu. Kalau namanya Arunasalam, janganlah order. Tak halal".

Kena buat pesanan di kedai lain , yang halal berdasarkan nama di papan niaga kedai itu. 

Pukul 11 malam sampai rumah di precint 11 Putrajaya. Masing-masing letih dan masuk dalam bilik untuk tidur. Tapi Naqib dapat hadiah kereta yang dibeli oleh bapa saudaranya. Tak mahu masuk tidur. "Nak bangun lambatlah tu. Besok tak payah pergi 'school', panjang sungguh akal si Naqib ini.   

Sebelah pagi, pukul 8.15 , Selasa 28.01.13, Naqib belum bangun lagi. Badan saya terasa sedikit sakit-sakit kesan dari mengemas dan membersih kawasan rumah. Pukul 10 pagi baru dapat hantar Naqib ke 'school' dengan wajah yang mendung . sedih, tidak seceria semasa berdailog dengan AOP di zoo Singpura.
   

Si ct sedang buat 'sampua', berapakah kos percutian yang perlu di 'share' setiap satu keluarga. Dia 'free', cuma buat kerja sebagai pengurus percutian.    

1 ulasan:

  1. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    BalasPadam