Sudah lama saya bersara. Ada berbagai pengalaman yang telah dilalui sepanjang berkhidmat. Ada pengalaman yang seronok dan menggembirakan dan tidak kurang yang pahit. Tapi setelah bersara yang pahit itupun menjadi satu kenangan yang menghiburkan hati.
Misalnya yang saya turunkan ayat-ayat seperti dibawah ini.
1. You are just fresh graduate....no land experience.
Ayat seorang bos pada suatu pagi tahun 1972 pada hari pertama melaporkan diri bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Ayat itu bermaksud 'anda tidak diterima'.
2. You wakili saya dalam mesyuarat Lembaga Pengarah ini.....just sit there and listen and nothing to worry.
Bos berikan fail dan dokumen mesyuarat Lembaga Pengarah sebuah institusi dimana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah yang dilantik dengan dibayar elaun. Saya tidak sempat membaca agenda dan dokumen mesyuarat. Apa lagi muka jadi pucat lesi. Tapi akur saja kerana 'saya yang menurut perintah'
3. Which one?
Tanya seorang menteri yang mahu tahu siapakah gerangan yang didakwa 'over zealous' oleh seorang pegawai tertinggi polis dalam satu dailog.
3.1 The one with beard.
Jawab bos no.1, sambil jari menuding tepat kearah saya.
3.2 This is not yours"
Immidiate bos yang duduk sebelah mengingatkan saya jangan menjawab kerana taraf saya hanya turut hadir saja, apabila saya meminta izin untuk menjelaskan duduk perkara.
4. You must say 'no' first.
Petua dan nasihat yang diberikan jabatan dalam menimbang sesuatu permohonan. Tujuannya supaya pihak yang memohon akan bersungguh-sungguh mencari berbagai justifikasi bagi menyokong permohonan. Dalam banyak keadaan boleh menimbulkan suasana tegang.
5. Kirim salam pada pegawai itu.
Seorang pegawai dari sebuah kementerian diminta menyampaikan salam KSUnya kepada saya berikutan permohonan kementeriannya dikatakan tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya. Kirim salam itu membawa maksud 'kau ingat baik-baik, kau siapa, aku siapa'. Ertinya bukan salam mengucapkan kesejahteraan kepada saya. Lebih bersifat mahu 'ajar' saya pada suatu masa nanti.
6. You punya sebablah pembelian saham itu tak jadi.
Bos marah kerana saya memberi ulasan secara bertulis mengesyorkan supaya tidak menggunakan pinjaman bank bagi membeli saham syarikat awam tertentu kerana risikonya tinggi.
Saya jawab,
6.1 Bos besar boleh 'over rule'. Itu hanya pandangan saya saja.
Bos seterusnya berkata,
6.2 Dia takut nak 'over rule'.
7. Kita akan beri equiti 30 % percuma.
Tawaran yang dibuat oleh pihak tertentu yang mencadangkan satu projek secara usaha sama. Mengikut unjurannya projek usaha sama itu akan menghasilkan keuntungan yang cepat berdasarkan senarai-senarai pesanan dari beberapa negara tertentu keatas produk projek usaha sama itu.
Saya menyampuk dengan bertanya,
7.1 Kalau dah tahu projek ini boleh menghasilkan untung yang cepat, mengapa perlu berkongsi. Mengapa perlu dilaksanakan secara usaha sama. Mengapa mahu beri equiti 30% secara percuma.
7.2 Satu lagi, projek belum berjalan, senarai pesanan produk projek sudah ada?
Terbeliaklah mata-mata tertentu memandang tepat kearah saya. Marah nampak!
Akhirnya pecahlah tembelang. Pihak yang mencadangkan itu tiada modal untuk membeli satu peralatan yang berharga 50 juta ringgit. Jadi harapkan modal dari rakan usaha sama dengan cara memberi umpan equti percuma. Yang hairannya ada yang percaya!
8. Siapa bos, you ke saya.
Seorang bos tertinggi naik berang apabila diberikan justifikasi bagi
cadangan tertentu yang beliau tidak dapat menolak dengan hujah/alasan yang munasabah. Tapi atas kuasa yang ada, menolak cadangan itu dan memutuskan apa yang dia mahu. "Siapa bos?"
Tak terjawab saya. Sebab dialah bos.
Itulah lapan ayat-ayat yang dapat saya paparkan diantara banyak lagi ribuan ayat yang menjadi kenang-kenangan saya ketika ini. Cuma ada diantara perkataan-perkataan yang digunakan tidak sebenarnya sama dengan perkataan semasa ayat-ayat itu dikeluarkan dulu. Ada ubahsuaian. Ideanya atau maksudnya adalah sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan