Perkembangan politik tanah air menjelang pilihanraya ke 13 yang akan datang ini semakin membimbangkan.
Saya pernah berbicara tentang cara berpolitik rakyat Malaysia. Cara berpolitik yang kurang matang, yang masih mengamalkan politik kekerasan, peras ugut dan politik momokan hantu (menimbulkan rasa takut dan bimbang). Politik amalan kita itu menggunakan sepenuhnya ransangan emosi dan bukan kekuatan daya fikir rasional.
Politik kita adalah politik kacau ganggu. Politik kita adalah politik beradu kekuatan fizikal. Politik kita adalah politik berhujah secara hingar bingar dengan memekik dan melolong. Politik kita penuh metos dan dongeng kerana disitulah kita bena pengaruh untuk orang percaya kepada kehebatan kita.
Sebenarnya apakah masalah kita untuk meyakinkan orang lain untuk buat pilihan? Dan apakah masalah kita yang membuatkan orang lain punya lain pilihan?
Kita tidak pernah memikirkan perkara itu kerana mata dan mata hati kita begitu asyik melihat keluar sambil membimbing jari telunjuk kita menunjuk lurus kearah bayang-bayang. Bayang-bayang kita sendiri.
Maka dengan sebab itulah sama ada yang sedang berkuasa atau yang mahu berkuasa, sama-sama melakukan perangai yang sama.
Cuma bezanya, mereka yang berkuasa melakukan pada tahap yang penuh menggila.
Usia negara kita bebas merdeka sudah lebih 55 tahun.
Persoalannya sampai bila agaknya kita mampu memasuki ke alam akil baligh berpolitik ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan