Theflowersellingboy

Ahad, 23 Disember 2012

Benarkah $44 billion Milikannya

Benarkah mantan PM Malaysia Dr. Mahathir memiliki sebanyak $44 billion seperti yang dilaporkan oleh setengah pihak? Beliau  duduk ditempat ke dua selepas Husni Mubarak mantan presiden Mesir yang dipaksa meletak jawatan oleh kebangkitan rakyat Mesir.

Ada  dua kemungkinan iaitu ya dan tidak. Tapi hanya satu saja yang betul yang perlu dipertahankan, yang perlu diketahui oleh semua pihak khususnya rakyat Malaysia sama ada ya atau tidak.

Mungkin i) Ada pihak sengaja mahu mencemarkan nama baik perdana menteri Malaysia yang berkuasa lebih 22 tahun itu. Maknanya ianya satu pembohongan dan fitnah. 

Mungkin ii) Ada maklumat yang dikumpulkan oleh pihak tertentu menurut kaedah dan cara tertentu sehingga dengan berani mengeluarkan laporan pemilikan wang sebanyak itu. Maknanya ianya satu fakta dan bukan pembohongan.

Jadi  pihak yang boleh mengatakan 'ya' atau 'tidak' laporan tersebut ialah Dr. Mahathir sendiri.

Bilakah agaknya bekas pm kita itu akan memberi respon terhadap laporan tersebut. Rakyat Malaysia teringin sangat untuk mendengarnya kerana ianya melibatkan nama baik mantan pemimpin no.1 Malaysia dan maruah negara.

Adakah apa-apa kaitan laporan itu dengan suasana menjelang pilihanraya yang ke 13. Atau sengaja ditimbulkan oleh musuh mantan pm itu untuk melenyapkan keterlibatan mantan pm itu dalam gerakan aktifnya berkempen menjelang pilihanraya akan datang. 

Sekali lagi saya katakan bahawa kunci jawapan  ada pada Dr. Mahathir.

Bersabarlah kita menunggu jawapan dari Dr.Mahathir. 

Tapi jangan lama-lama 
Rakyat Malaysia tidak suka    
Nanti banyak lagi perkara ditanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan