Theflowersellingboy

Isnin, 10 Disember 2012

Piala Suzuki: Malaysia dan Thailand Seri 1 -1. Malaysia Perlu Menang di Bangkok; Satu Tugas Yang Ajaib Yang Akan Di Persembahkan Pasukan Malaysia.

Malaysia dan Thailand seri 1 -1 dalam pusingan pertama separuh akhir piala suzuki yang telah berlangsung di stadium Bukit Jalil pada 9 Disember 2012 (malam).

Keputusan ini bukan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia kerana amat sukar untuk Malaysia mengalahkan Thai di pusingan kedua di Bangkok pada hari Khamis nanti.

Pada perlawanan semalam, Malaysia telah mendahului 1-0 berikutan dengan serangan dan asakan yang agresif dari pemain. Pemain tidak memberi ruang dan masa yang lama kepada pemain Thai untuk menguasai bola. Ada saja pemain Malaysia yang mencabar pemain Thai setiap kali pemain Thai cuba hendak mengatur gerakan dan serangan.

Tapi setelah mendahului 1-0, khususnya pada tempoh 70 minit keatas, pemain kita mula menunjukkan kurang agresif untuk menyerang. Kita lebih suka bertahan. Maka bola banyak dimainkan dikawasan Malaysia. Akibatnya Thailand telah berjaya mendapat gol penyamaan pada minit-minit terakhir permainan.

Selepas gol penyamaan Thai itu, barulah pemain Malaysia mula menggerakkan semula jentera serangan. Namum beberapa peluang terlepas khususnya tandukan dari penyerang Malaysia, Safee Sali yang dapat di tepis oleh tangan penjaga gol Thailand.

Sudah tentu keputusan ini memberi nafas lega pasukan Thai. Dan sudah tentu keyakinan mereka untuk mengalahkan Malaysia di tempat sendiri semakin memuncak.

Jadi sebenarnya kita telah kalah kalau diambilkira dari segi strategi permainan bola.

Maka pada perlawanan akan datang  diharapkan pemain Malaysia memberikan sepenuh jiwa raga mereka, bertindak lebih agresif, menyerang habis-habisan untuk mendapatkan gol. Ianya adalah suatu tugas yang terlalu amat berat. Tapi itulah yang perlu pemain lakukan kerana kita telah gagal mengambil peluang di Kuala Lumpur.  

Di Bangkok pemain tiada tekanan dari penyokong tempatan. Bermain tanpa tekanan ini mungkin ada baiknya untuk Malaysia mencapai kejayaan.

Rakyat Malaysia mendoakan kejayaan. Lakukan keajaiban kamu wahai pemain sekalian.  
   
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan