Dia seorang yang baik hati. Seorang yang penyayang. Dia seorang yang pemurah. Seorang yang perihatin. Suka menolong orang. Berbudi bahasa dan sopan santun. Pandai menghormati orang.
Seorang yang amat mesra dan mudah pula mesra.
Dia seorang yang baik hati kerana jarang sekali apa yang diminta tidak diberi. Anak kecil, yang muda ,dewasa, yang tua , yang susah, yang miskin, yang tidak sihat, berpenyakit dan diserang penyakit, yang terbaring merana , yang cacat segala- mata, telinga , suara, lumpuh dan sebagainya adalah menjadi dakapan dan pelukan apabila tiba masanya kerana apa gunanya jadi seperti dia kalau ketika itu kasih sayang tidak mahu dicurahkannya.
Tidak akan menjadi satu kerugian rezeki yang melimpah ruah
dikongsikan sedikit pada waktu ini dengan segala orang dimana saja bersua. Kata orang cara itu akan menambahkan rezeki, murah rezeki.
Pada masa ini semuanya dia ambil tahu kerana itulah sifat orang prihatin.
Apa lagi soal bantu dan tolong, semua yang hadir tiada yang hilang dimata, yang tiada hadir ditanya khabar berita dengan pesan akan datang tengok segera kerana dia faham akan keperluan hidup mereka waktu ini. Dia tahu waktu ini amat berharga , tolong dan bantu adalah tepat masanya.
Dia tahu, apalah ada pada budi kalau tiada manis bahasa, tiada santun dalam berbicara. Tangan sentiasa mendahului menghulur salam, badan sedikit membongkok tanda hormat, bibir merekah mengukir senyum, tepuk menepuk badan dan berpelukan kerana dia pun tahu pada waktu ini kemesraan adalah kesetiakawanan.
Dan kesetiakawanan terlalu berharga dalam waktu-waktu yang diperlukan.
Dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Dia adalah peraih undi untuk menghadapi pilihanraya.
Dan dia pun tahu menjadi orang yang baik hati, penyayang, pemurah, prihatin, suka membantu, berbudi bahasa, bersantun menghormati orang dan senyum bergaul mesra itu boleh saja dilakunkan apabila masa memerlukan.
Hanya dia seboleh mungkin untuk mengelakkan berbicara soal AMANAH. Entah mengapa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan