Assalamualaikum wbth dan Salam Jumaat kepada anda budiman semoga sentiasa sihat adanya.
Hari ini Jumaat 29 Zulhijjah 1432 bersamaan 25 November 2011.
Kalau pun ada pihak/orang yang cuba mengingatkan peralihan hari/tahun Hijriah itu biasanya peraturan yang diikuti ialah sekadar menyamakan tahun itu dengan tarikh tahun Masihi. Misalnya mana-mana pihak termasuklah Kerajaan yang akan mengadakan acara pada hari Isnin ini akan mencatatkan bahawa 'majlis ini akan diadakan pada 28 November 2011 bersamaan 2 Muharram 1433'.
Yang jelas bahawa tahun Hijriah itu hanya disedari kerana hari itu termasuk hari-hari yang diistiharkan sebagai hari cuti umum negara. Itu saja. Tentang hal-hal lain yang berkaitan tahun itu misalnya apakah nama bulan selepas Muharram dan seterusnya , berapakah bilangan hari bagi setiap bulan dan berapakah bilangan bulan dalam tahun Hijriah ada kemungkinan tidak ramai yang tahu.
Satu lagi mungkin tahun Hijriah itu disedari wujud kerana adanya penganugerahan Tokoh Maal Hijriah.
Maka mengapa kita, termasuk pihak Kerajaan yang selalu bercakap fasal perlunya perubahan kearah kebaikan tidak pun memulakan langkah kearah memberi keutamaan kepada penggunaan tarikh Hijriah dalam urusan harian. Surat/dokumen dan lain-lainnya masih lagi mengutamakan tahun Masihi walaupun ianya datang dari jabatan yang menguruskan soal-soal agama Islam. Penggunaan tahun Hijriah kalau adapun seperti yang dinyatakan diatas hanya setakat taraf bersamaan sahaja dengan tahun Masihi. Ertinya tiada keutamaan langsung setelah lebih setengah abad merdeka.
Mungkin alasan bahawa tahun Masihi adalah tahun yang digunakan oleh semua negara didunia. Dengan demikian adalah praktikal supaya tahun itu digunakan dalam sebarang urusan. Dan Hijriah ini hanya sesuai diraikan bagi memberi cuti am negara dan juga memberi penganugerahan Tokoh Maal Hijriah saja. Dalam hal penganugerhan ini pun aturcara dan surat jemputan untuk menghadiri ke majlis itu berkemungkinan akan ditulis 'penganugerahan ini akan diadakan pada misalnya 12 Januari 2011 bersamaan 23 Muharram 1433.
Kita pun sedar bahawa penggunaan tahun Masihi itu lebih praktikal dan memudahkan perhubungan terutama yang melibatkan perhubungan antarabangsa. Tetapi tidakkah kepentingan tahun ini boleh dipertingkatkan dalam acara-acara yang ada kaitan langsung dengan urusan agama Islam misalnya acara musabaqah al-Quran, tarikh perasmian masjid dan sebagainya. Rasanya tidak menjadi satu keresahan kepada yang bukan Islam (yang sepatutnya tidak wajar resah, seperti orang Islam dengan rela menggunakan tahun Masihi) jika penggunaan yang amat terhad digunakan pada acara/dokumen yang melibatkan pengurusan berkaitan dengan Islam seperti beberapa contoh yang dinyatakan diatas.
Kita selalu diminta untuk menghormati agama orang bukan Islam. Dan saya amat bersetuju supaya kita mesti menghormati agama mereka. Cuma jangan pula apabila yang berkaitan penggunaan tahun Hijriah dalam beberapa hal yang terhad akan mendapat tentangan dari mereka. Saya mengharapkan tidak akan jadi begitu. Jangan jadi seperti perkara berkaitan dengan Hukum Hudud yang mendapat ulasan/tentangan dari orang bukan Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka.
Tapi merenung sejenak akan reaksi orang bukan Islam itu, saya merasakan mereka berbuat demikian mungkin kerana kurang faham atau tiada maklumat yang mencukupi bagi mereka memahami perkara berkaitan dengan Islam itu. Maka tugas kita kena beri kefahaman kepada mereka.
Bagaimana dengan orang Islam yang menentang misalnya dalam hal Hudud dan meningkatkan penggunaan tahun Hijriah dalam urusan harian? Perkara ini pun kita perlu beri maklumat dan penjelasan yang sebaiknya. Cuma saya ada sedikit rasa kecewa akan reaksi seperti itu.
Maka jika Kerajaan/Ketua Kerajaan ditanya apakah azam tahun Hijriah yang akan disambut dalam beberapa lagi ini , saya ingin mencadangkan supaya penggunaan tarikh tahun hijriah akan diperluas dan diutamakan dalam beberapa urusan tertentu. Jika itu dapat dilaksanakan dan kita mendoakan supaya ianya berlaku maka sebenarnyalah kita mahukan satu perubahan yang tebaik kepada maruah umat Islam.
Jumpa lagi.

Pada hari Ahad yang akan datang ini maka bermulalah tahun baru bagi umat Islam iaitu tahun 1433 Hijriah. Ada kemungkinan diantara kita orang Islam yang tidak menyedari perkara ini kerana kita telah terbiasa dengan tahun Masihi yang menjadi panduan serta rujukan kita dan semua orang yang bukan Islam dalam mengingati dan mencatatkan peralihan hari ke hari dalam sesuatu tempoh/tahun. Tarikh tahun Masihi juga adalah tarikh yang digunakan untuk kesahihan dalam sesuatu dokumen.
Kalau pun ada pihak/orang yang cuba mengingatkan peralihan hari/tahun Hijriah itu biasanya peraturan yang diikuti ialah sekadar menyamakan tahun itu dengan tarikh tahun Masihi. Misalnya mana-mana pihak termasuklah Kerajaan yang akan mengadakan acara pada hari Isnin ini akan mencatatkan bahawa 'majlis ini akan diadakan pada 28 November 2011 bersamaan 2 Muharram 1433'.
Yang jelas bahawa tahun Hijriah itu hanya disedari kerana hari itu termasuk hari-hari yang diistiharkan sebagai hari cuti umum negara. Itu saja. Tentang hal-hal lain yang berkaitan tahun itu misalnya apakah nama bulan selepas Muharram dan seterusnya , berapakah bilangan hari bagi setiap bulan dan berapakah bilangan bulan dalam tahun Hijriah ada kemungkinan tidak ramai yang tahu.
Satu lagi mungkin tahun Hijriah itu disedari wujud kerana adanya penganugerahan Tokoh Maal Hijriah.
Maka mengapa kita, termasuk pihak Kerajaan yang selalu bercakap fasal perlunya perubahan kearah kebaikan tidak pun memulakan langkah kearah memberi keutamaan kepada penggunaan tarikh Hijriah dalam urusan harian. Surat/dokumen dan lain-lainnya masih lagi mengutamakan tahun Masihi walaupun ianya datang dari jabatan yang menguruskan soal-soal agama Islam. Penggunaan tahun Hijriah kalau adapun seperti yang dinyatakan diatas hanya setakat taraf bersamaan sahaja dengan tahun Masihi. Ertinya tiada keutamaan langsung setelah lebih setengah abad merdeka.
Mungkin alasan bahawa tahun Masihi adalah tahun yang digunakan oleh semua negara didunia. Dengan demikian adalah praktikal supaya tahun itu digunakan dalam sebarang urusan. Dan Hijriah ini hanya sesuai diraikan bagi memberi cuti am negara dan juga memberi penganugerahan Tokoh Maal Hijriah saja. Dalam hal penganugerhan ini pun aturcara dan surat jemputan untuk menghadiri ke majlis itu berkemungkinan akan ditulis 'penganugerahan ini akan diadakan pada misalnya 12 Januari 2011 bersamaan 23 Muharram 1433.
Kita pun sedar bahawa penggunaan tahun Masihi itu lebih praktikal dan memudahkan perhubungan terutama yang melibatkan perhubungan antarabangsa. Tetapi tidakkah kepentingan tahun ini boleh dipertingkatkan dalam acara-acara yang ada kaitan langsung dengan urusan agama Islam misalnya acara musabaqah al-Quran, tarikh perasmian masjid dan sebagainya. Rasanya tidak menjadi satu keresahan kepada yang bukan Islam (yang sepatutnya tidak wajar resah, seperti orang Islam dengan rela menggunakan tahun Masihi) jika penggunaan yang amat terhad digunakan pada acara/dokumen yang melibatkan pengurusan berkaitan dengan Islam seperti beberapa contoh yang dinyatakan diatas.
Kita selalu diminta untuk menghormati agama orang bukan Islam. Dan saya amat bersetuju supaya kita mesti menghormati agama mereka. Cuma jangan pula apabila yang berkaitan penggunaan tahun Hijriah dalam beberapa hal yang terhad akan mendapat tentangan dari mereka. Saya mengharapkan tidak akan jadi begitu. Jangan jadi seperti perkara berkaitan dengan Hukum Hudud yang mendapat ulasan/tentangan dari orang bukan Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka.
Tapi merenung sejenak akan reaksi orang bukan Islam itu, saya merasakan mereka berbuat demikian mungkin kerana kurang faham atau tiada maklumat yang mencukupi bagi mereka memahami perkara berkaitan dengan Islam itu. Maka tugas kita kena beri kefahaman kepada mereka.
Bagaimana dengan orang Islam yang menentang misalnya dalam hal Hudud dan meningkatkan penggunaan tahun Hijriah dalam urusan harian? Perkara ini pun kita perlu beri maklumat dan penjelasan yang sebaiknya. Cuma saya ada sedikit rasa kecewa akan reaksi seperti itu.
Maka jika Kerajaan/Ketua Kerajaan ditanya apakah azam tahun Hijriah yang akan disambut dalam beberapa lagi ini , saya ingin mencadangkan supaya penggunaan tarikh tahun hijriah akan diperluas dan diutamakan dalam beberapa urusan tertentu. Jika itu dapat dilaksanakan dan kita mendoakan supaya ianya berlaku maka sebenarnyalah kita mahukan satu perubahan yang tebaik kepada maruah umat Islam.
Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan