Assalmualaikum wbth dan Salam Jumaat kepada anda budiman semoga sihat walafiat.
Bagaimana dengan anda hari ini? Ada kah anda juga bersama-sama meraikan hari ini Jumaat 11.11.11? Dan bagaimana caranya anda meraikan hari ini ?
Saya bagaimana?
Hari ini saya anggap sama seperti hari-hari yang lain . Ertinya saya akan menjalani kehidupan mengikut keperluan pada sesuatu hari itu. Angka 111111 itu tidak pula mempengaruhi saya untuk menjadikannya sebagai satu hari yang amat penting dan istimewa dalam menentukan apakah yang perlu saya lakukan.
Kalau ada pun perbezaan cara saya meraikan hari ini dengan hari-hari yang lain hanyalah dalam bentuk cara menulis tarikh itu. Saya menulis tarikh hari ini seperti tajuk paparan sebagai 11dot11dot11dotMyday menurut gaya dan kecenderungan pada masa kini.
Lagipun tarikh hari tidak semestinya menggunakan angka 1 saja. Cuba rujuk kalender Islam atau kalender selain Masihi, kita akan dapat angka yang berbeza bagi menyatakan tarikh hari ini. Maknanya angka tarikh hari ini bergantung kepada kalender mana yang kita rujuk walaupun saya maklum bahawa kebanyakan kita yang Islam tidak banyak menjadikan tarikh dalam bulan Islam sebagai panduan dan rujukan harian.
Banyak pihak nampaknya menjadikan tarikh yang menggunakan angka 1 itu sebagai tarikh yang amat istimewa yang tidak wajar berlalu begitu saja tanpa diraikan dengan peristiwa/acara yang istimewa dan penting untuk dirakamkan dalam sejarah kehidupannya.
Hari yang dicatat sebagai 11.11.11 adalah terlalu cantik bagi mereka dan perlu dikenang dengan satu peristiwa yang istimewa. Mungkin ada yang percaya bahawa tarikh ini akan memberi sesuatu keuntungan atau masa depan yang lebih baik. Jadi mengapa tidak mereka mengambil peluang keemasan ini.
Lagipun tarikh itu tidak menjadi hak eksklusif atau monopoli mana-mana pihak, tidak perlu didapatkan secara tender dalam apa bentukpun, dan semua orang boleh meraikannya dengan peristiwa/acara masing-masing tanpa sebarang halangan/sekatan.
Tidak seperti untuk mendapatkan angka pendaftaran kereta yang perlu ditender yang terpaksa bersaing harga. Itupun tidak semua angka boleh ditender kerana ada angka-angka telah sedia ada tuan yang punya.
Maka pada hari ini antara peristiwa/acara yang dilangsungkan adalah majlis pertunangan dan perkahwinan.
Adalah diharapkan mereka yang bernikah dan mendaftarkan perkahwinan pada hari ini bukan saja dapat merakamkan peristiwa yang penting itu pada tarikh pilihan yang mereka idamkan itu bahkan akan menikmati kehidupan seterusnya yang lebih baik. Harapan atau doa itu bukanlah disebabkan angka 111111 itu tetapi adalah semata-mata kerana kesediaan mereka mendirikan sebuah rumah tangga.
Jumpa lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan