Assalamualaikum wbth dan Salam Jumaat kepada anda budiman semoga sentiasa sihat.
Jam 8 malam semalam saya kira saya adalah diantara penonton siaran lansung pertandinga bole sepak diantara Pasukan Malaysia melawan Pasukan Indonesia yang berlangsung di stadium Bung Karno , Jakarta. Saya menonton melalui saluran 801.
Setelah melalui saat-saat yang mendebarkan selama 90 minit maka akhirnya merasa lega dan terlalu gembira apabila Malaysia menang 1-0 hasil jaringan di minit k e17 oleh seorang pemain gantian. Tahniah kepada pasukan dan tahniah kepada Malaysia.
Secara keseluruhannya saya dapati permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang walaupun Indonesia menguasai bola pada kadar 62 % . Malah saya berpandangan bahawa Malaysia berkemampuan menjaring lebih dari satu gol jika peluang yang terbuka dapat disempurnakan oelh penyerang no.14. Nampaknya ketajaman menyerang dan menyumbat gol perlu dipertingkatkan lagi. Dalam masa yang sama Indonesia juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tapi seperti Malaysia peluang itu tidak digunakan sebaiknya.
Dengan keputusan menang itu saya merasa lega kerana jika Indonesia mula membolosi gol kita maka saya amat khuatir sekali dengan semangat juang pasukan. Dalam pertandingan-pertandingan yang lepas apa yang berlaku ialah semangat pemain kita mudah 'terpeli'ot' sebaik saja pihak lawan membolosi gol kita. Maka berbiji gol lagi akan dapat dimasukkan kedalam gawang kita. Sekiranya terjadi begitu maka Singapura dan Indonesia yang akan ke separuh akhir kerana Singapura telah berjaya mengalahkan Thailand 2-0. Inilah satu lagi debaran yang menyerang saya sebelum tamat permainan.
Ia tidak berlaku kali ini kerana kita telah berjaya mendahului jaringan. Tapi saya merasakan semangat pasukan kita kali ini adalah amat kental sekali. Teruskan dalam persaingan seterusnya.
Kita wajar mempunyai kepercayaan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik untuk mencapai kemenagan. Tapi janganlah sampai kepada terbentuknya siakap ambil mudah dan terlalu berkhayal atas kemenangan kita itu sehingga lupa akan perjuanagan didepan yang amat penting untuk menjadi juara. Yang paling saya khuatir sekali ialah apabila pemain-pemain kita merasa besar diri atas kemenagan itu dan terus bersifat bongkak sehingga memperkecilkan pihak lawan. Ini lah pada pendapat saya yang menyebabkan Indonesia kalah kerana terlalu memandang rendah pasukan kita.
Selain dari memandang rendah saya dapati para penyokong Indonesia nampak gayanya terlalu marah dan mempunyai perasaan benci kepada Malaysia apabila saya terbaca satu kain rentang yang bertulis perkataan ;Ganyang Malaysia'. Saya teringat pada masa konfrantasi dulu, semasa Sukarno, perkataan 'Ganyang Malaysia' menjadi kat-kata yang selalu menjadi laungan mereka.
Namun tidak mengapa, biarlah mereka dengan perangainya begitu. Kita pasukan Malaysia dan orang Malaysia tunjukkan semangat juang kental kita tanpa menyakitkan hati orang lain. Kita tunjukkan skill kita. Ok. Selamat berjuang.
Jumpa lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan