Lirik Si Marhain Menghibur Duka
dalam tempoh tiada sempadan-
selagi nyawa dikandung badan.
Bicara Marhain diangin lalu
liriknya mendayu sedu sekali
tiada perhentian untuk berehat
tiada pelabuhan untuk berlabuh
tiada pantai untuk bersantai
tiada pondok untuk berteduh
semuanya lepas berlalu
begitu saja
Lirik Si Marhain Menghibur Duka
Hendak hinggap Istana tiada
Maka si Marhain
tiada dulu
tiada kini
tiada juga selepas itu
Lirik si Marhain Menghibur Duka
tiada tempoh
tiada masa
selamanya dibawa angin lalu
lepas begitu saja
Lirik si Marhain menghibur duka
perlu digubah lain cara
Si Marhain mahu bersantai dipantai
ada perhentian melepas lelah
ada pelabuhan memunggah barang
pondok kecil menumpang teduh-
kalis hujan kalis mentari
Bicara si Marhain bicara Istana
Dengan Titah Perintah
Si Marhain memulakan langkah
Istana Hinggap tempat bicara
Walau pun sebentar
Ia penuh makna
Tangan si Marhain mula memangkah
bukan yang dulu
tidak juga yang kini
tidak juga yang selepasnya
Si Marhain sudah tekad
Lirik yang basi perlu diubah baru
Biar bicara tidak berlepas diangin lalu.
Masanya menghampiri pantas
Si Marhain sudah tekad
masa untuk membalas.
dalam tempoh tiada sempadan-
selagi nyawa dikandung badan.
Bicara Marhain diangin lalu
liriknya mendayu sedu sekali
tiada perhentian untuk berehat
tiada pelabuhan untuk berlabuh
tiada pantai untuk bersantai
tiada pondok untuk berteduh
semuanya lepas berlalu
begitu saja
Lirik Si Marhain Menghibur Duka
Hendak hinggap Istana tiada
Maka si Marhain
tiada dulu
tiada kini
tiada juga selepas itu
Lirik si Marhain Menghibur Duka
tiada tempoh
tiada masa
selamanya dibawa angin lalu
lepas begitu saja
Lirik si Marhain menghibur duka
perlu digubah lain cara
Si Marhain mahu bersantai dipantai
ada perhentian melepas lelah
ada pelabuhan memunggah barang
pondok kecil menumpang teduh-
kalis hujan kalis mentari
Bicara si Marhain bicara Istana
Dengan Titah Perintah
Si Marhain memulakan langkah
Istana Hinggap tempat bicara
Walau pun sebentar
Ia penuh makna
Tangan si Marhain mula memangkah
bukan yang dulu
tidak juga yang kini
tidak juga yang selepasnya
Si Marhain sudah tekad
Lirik yang basi perlu diubah baru
Biar bicara tidak berlepas diangin lalu.
Masanya menghampiri pantas
Si Marhain sudah tekad
masa untuk membalas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan