Bunga-bunga ditaman yang kekeringan kerana musim ini kemarau berpanjangan. Tiada air yang mengalir disaliran.. Kering kontang. Tanah menjadi kering keras merekah seperti bibir yang menunggu jilatan lidah membasahi kekeringan dan rekahan. Air disungai menghilir perlahan . Ikan-ikan jelas kelihatan berenang-renang ke tepi ketengah tidak keruan.
Dia duduk termenung diatas sofa lusuh yang tidak langsung memberi kesegaran dan inspirasi kepada otaknya. Lembab. Beku. Kaku. Sama seperti bunga-bunga ditaman yang tidak mendapat siraman air dik musim kemarau yang berpanjangan. Batang, daun dan bunganya layu kekeringan tiada kumbang yang sudi datang.
Mengapakah hari ini dia sampai menjadi begitu sekali. Otaknya menjadi kering kontang tiada apa-apa ransangan. Sistem sarafnya seperti tidak lagi sensitif.
Dia hanya dapat melakarkan beberapa ayat saja. Ayat-ayat yang tidak dapat membawa dia kemana-mana. Semacam ada tembok tebal yang menghalang dan menggelapkan perjalanan minda dan perasaan untuk dizahirkan. Semuanya terhenti tidak tahu kemana matlamat yang hendak dituju.
Sudah berulang kali dibacanya ayat-ayat itu. Dia cuba mencari makna bagi setiap ayat-ayat itu dan cuba mengaitkan diantara ayat yang mula dengan yang selepasnya. Adakah sebenarnya wujud 'the missing link' sehingga ianya tidak dapat membentuk satu kesatuan untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan.
Bunga-bunga ditaman yang kekeringan kerana musim ini kemarau yang berpanjangan.
Tiada air yang mengalir disaliran.
Kering kontang.
Tanah menjadi kering keras merekah seperti bibir yang menunggu jilatan lidah membasahi kekeringan dan rekahan.
Air disungai mengalir perlahan.
Ikan-ikan jelas kelihatan berenanang-renang ke tepi ke tengah tidak keruan.
Perlahan-lahan otaknya mula mencerah. Dia sudah mula nampak jalan untuk menyambungkan cerita yang hendak disampaikan. Sebenarnya tidak wujud apa yang dikatakan 'the missing link' seperti yang disangkakan. Setiap ayat itu saling sokong menyokong, kuat menguatkan untuk satu maksud yang hendak disampaikan.
Dia hendak bercerita fasal musim kemarau yang berpanjangan. Dia mahu maklumkan akan kesan dari kemarau yang berpanjangan. Bunga ditaman mati kekeringan, paling kurang terkulai layu. Longkang, parit dan apa juga bentuk saliran menjadi kering tiada air yang mengalir. Tanah menjadi keras dan merekah. Air di sungai semakin kurang mengalir perlahan, sehingga ikan-ikan susah berenang mencari makan.
Tapi mengapa dia hendak bercerita fasal musim kemarau yang berpanjangan dan kesannya kepada alam. Itu sesuatu yang amat biasa yang sudah memang menjadi maklum kepada semua orang. Perkara biasa seperti juga orang biasa tiada apa istimewa yang dapat diraih. Tiada siapa pun berminat.
Dia teringat akan kisah seorang kawan. Kawan biasa saja. Tidak rapat tetapi selalu juga berbual-bual di warung di tepi longkang berdekatan dengan sebuah pasar basah sewaktu singgah minum pagi selepas berbelanja di pasar. Nampaknya kawan itu mudah dicari diwarung itu.
Kawan itu seorang kontraktor kelas F, kelas paling rendah dari segi ranking di kalangan kontraktor. Sudah lebih tujuh tahun beliau terlibat dalam projek-projek kecil khususnya projek pembinaan sama ada bangunan baru atau kerja-kerja tambahan kepada benaan yang sedia ada.
"Boleh tahan ", katanya apabila di tanya rezeki yang diraih.
Kawan itu memandu sebuah kereta mercedez prabus. Dilengan kanannya sebuah jam berjenama Rolex memancar kilauan. Baju 't' nya dari jenama pemain golf. Cincin batu berwarna ungu tersembul dijari manis tangan kiri. Dan kawan itu amat pemurah sekali yang tidak pernah gagal membayar minum paginya setiap kali mereka berjumpa diwarung itu.
Sesungguhnya dia terkeliur apabila melihat hidup kawan kontraktornya itu yang dipandang agak mewah.
Itu kisah enam tahun yang berlalu.
Minggu lepas sekali lagi dia bersua kawan nya itu. Bukan di warung tapi di pasar ketika dia sedang sibuk tawar menawar.
"Kurangkanlah harga tu sikit tauke", dia terdengar dari belakang suara yang biasa dia dengar membantu kerja tawar menawar itu. Dia segera toleh kebelakang. Tangannya terpaksa menyambut huluran tangan dari orang itu untuk bersalaman.
"Lama tak jumpa. Sihat?" Orang itu melepaskan genggaman tangan sebagai isyarat untuk dia juga melepaskan genggaman. Dia tidak segera menjawab tapi sempat memberikan senyuman kecil sambil mengecam siapakah gerangan yang memakai topi keledar itu.
"Minta maaf. Tidak berapa cam sebab pakai topi keledar. Tuan sihat ke. Dah lama kita tak jumpa", Dia sudah kenal orang itu. Kawan yang sentiasa membayar minuman paginya di warung apabila mereka minum bersama, seorang kontraktor kelas F.
Kawan itu mengajaknya minum pagi diwarung yang sama. Dia tidak berfikir lama terus bersetuju mengangguk kepala.
Di warung kawannya bercerita fasal persaingan yang hebat diantara kontrektor kelas F kerana bilangan mereka telah bertambah. Projek pula tidak tidak banyak yang turun. Maka terpaksalah mereka bersaing secara sengit. Harga yang berani ditawarkan hanya sekadar membolehkan syarikatnya mendapat kerja saja. Margin keuntungan tidak seberapa. Lagipun dia terpaksa mengenepikan sedikit keuntungan untuk sumbangan kepada kelab sukan jabatan, sumbangan kepada aktiviti-aktiviti anjuran masyarakat tempatan dibawah naungan wakil rakyat. Mereka ini katanya ada peranan dalam sesuatu projek yang diperolehi.
Dan akhirnya dengan sedikit nada mengeluh dia mengatakan hanya dapat tulang saja setelah isi diagih-agihkan. Sekarang kawannya itu hanya mampu bermotorsikal saja. Mercedez prabus? Katanya sudah berambus kerana tidak mampu meneruskan bayaran ansuran bulanan lima ribu ringgit.
Kawannya itu sudah kekeringan projek. Sudah lama projek tidak lagi melekat. Liat sungguh untuk mendapatkannya. Kawannya itu sudah menjadi seperti ikan disungai dimusim kemarau panjang. Berenang ke tepi dan berenang ketengah tidak keruan, bernafas di dalam sungai yang airnya semakin cetek menghilir perlahan.
Dia tersenyum sendirian. Sekarang makin jelas kepadanya bahawa apa yang ditulisnya pada awal tadi sebenarnya adalah mengenai kawan kontrakter kelas F. Dia terlalu simpati akan kesah kawannya yang pemurah itu semasa mewah dulu. Tapi apa boleh buat sekarang adalah musim kemarau projek. Wang simpanannya menjadi kering kontang.
Kawannya itu adalah seperti bunga-bunga ditaman yang kekeringan dalam kemarau yang berpanjangan. Itulah minda bawah sedarnya mahu bercerita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan