Assalamualaikum wbth dan Salam Jumaat buat anda yang dikasihi semoga Allah merahmati kehidupan anda semua. Amin.
Sekarang musim haji dan dua hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Kurban pada 10 Zulhijjah setelah jumaah haji berwukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Kita mendoakan mereka yang sedang menjalankan ibadat haji itu sihat-sihat dan dapat melakukan ibadat haji dengan sebaik mungkin untuk dihadiahkan dengan Haji Yang Mabrur. InshaAllah.
Sekiranya ada para jemaah itu yang tidak sempat atau gagal bertemu dengan mana-mana pihak untuk memohon kemaafan atas salah silap dan kesalahan yang telah dilakukan maka hendaklah kita dengan besar hati dan penuh kasih sayang memaafkan mereka. Dengan cara ini saya rasa boleh membantu dan memudahkan mereka menunaikan ibadat haji itu. Kita pun banyak membuat kesilapan dan kesalahan. Jika kita mengharapkan orang lain memaafkan kita maka sewajarnya kita memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita.
Pada tahun ini juga seperti yang diberitakan Perdana Menteri kita juga bersama dengan jutaan manusia melakukan ibadat haji. Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya Perdana Menteri dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Sekiranya ada hal-hal yang telah menimbulkan salah faham atau rasa kemarahan kita terhadap Perdana Menteri marilah secara besar hati memafkannya. Semoga kemaafan yang kita beri itu akan memudahkan ketua kita itu melaksanakan ibadat hajinya. InsyaAllah.
Semoga kesemua jemaah haji dapat melakukan ibadat itu dalam keadaan yang aman. Kepada jemaah haji Malaysia saya ucapkan selamat menjalankan ibadat dan selamat kembali ke tanah air.
Sekian . Salam Jumaaat dan jumpa lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan