Salam,
Tidak lama lagi kau akan bersara wajib. Kau akan jadi warga KTM macam aku dan geng-geng tua yang lain. Selamat bersama, mudah-mudahan kita boleh berbicara panjang dalam KTM.
Rasanya tidak terlewat aku mengucapkan tahniah kerana kau dan penjawat awam yang lain telah dihadiahkan kenaikan gaji. Bersyukur dan berterima kasihlah kamu sekalian penjawat awam. Terus taat dan setia, turut perintah.
Sebelum memasuki alam KTM rasanya kau tunggu dulu untuk bertanya apa itu KTM. Nanti, kau akan tahu juga tanpa sesiapa pun beritahu apa itu KTM. Cuma buat ketika ini aku hanya ingin memberi tahu kau bahawa KTM itu bukan singkatan Keretapi Tanah Melayu.
Mana ada Tanah Melayu lagi. Habis semua kena lelong. Tanah perwira ke, tanah keretapi ke, tanah simpan untuk orang melayu ke, sudah kena lelong. Kita ada banyak tukang lelong yang berlesen. Jadi perlelongan itu dilakukan secara sahlah. Tidak boleh didakwa dakwi.
Lagi pun apalah ada pada KTM. Ianya tidak lebih dari penerusan satu perjalanan menuju ke satu titik penamat. Apalah ada pada nama, pada gelaran pada pangkat dan pada keturunan kalau keberadaannya itu tidak mampu memberi nilai tambah kepada sekalian insan dan makhluk Allah. 'Buat abih boreh, jo', kata orang negeri sembilan.

Maaf, baru di peringkat intro aku sudah melalut dengan falsafah orang merajuk. Maklumlah KTM, orang pencen yang sensitif, banyak bercakap dari membuat kerja. Tapi jangan ketawa, kau pun akan berperangai macam aku juga sedikit hari nanti.
Aku tidak tahu sama ada kau sedang atau telah mengikuti berbagai program yang disediakan bagi bakal-bakal pesara sebagai persiapan dalam menghadapi kehidupan hari tua.
Untuk makluman, aku tidak mengikuti satu pun program yang dianjurkan dulu. Aku kurang yakin ianya boleh memberi apa-apa faedah kepada bakal pesara apabila bersara nanti walaupun aku sendiri tidak tahu apa yang disampaikan.
Ya, satu pandangan yang negatif.

Biasalah, orang yang menentang arus macam aku ni, selalunya banyak yang tidak setuju dari bersetuju. Sebab itu berlapuk jadi kayu mati, tak naik pangkat.
Jangan pula kau cepat bersangka buruk terhadap aku. Aku hanya menentang arus durjana, itu saja. Aku tahu aku tidak akan boleh menang sebab kedurjanaan itu datangnya dari orang Ghaib. Boleh nampak, tapi tak boleh diheret dan dipegang, apatah digari untuk dihumban dalam penjara.
Terpulang kepada kaulah untuk memberi makna yang mana satu arus durjana dan yang mana satu sebaliknya.

Di penghujung perkhidmatan kau sebagai penjawat awam ini, aku hanya nak bercerita sebagai seorang pesara.
Aku percaya sekarang ini kau sedang ligat buat kira-kira berapa upah 'salam emas' (golden handshake) yang bakal kau terima. Berapa ganjaran selama kau berkhidmat yang akan dibayar. Sudah tentu tidak lupa mengira berapa wang pencen bulanan yang akan masuk dalam akaun kau.
Aku rasa, banyak sungguh wang yang bakal kau terima nanti. Boleh joli sakan.

Aku dulu pun boleh tahan juga walaupun pangkat tidak setinggi kau.
Bukan main suka aku ketika melihat dalam akaun bank satu jumlah wang yang tidak pernah aku mimpi boleh miliki. Selama lebih 33 tahun beb, aku berkhidmat aku dapat hampir RM100,000.00. Itu sudah cukup baik. Syukur Alhamdulillah.
Kau nanti mesti memberi ucapan yang sama, syukur alhamdulillah.
Malas pula aku nak convert RM100,000.00 itu kepada nilai wang satu hari berkhidmat sebagai penjawat awam dalam tempoh 33 tahun 4 bulan 18 hari. Aku sudah jemu dan muak tentang kira mengira ini kerana itulah kerja aku dulu. Tapi kalau ada sesiapa yang mahu berikan aku wang, aku tak pandai jemu, aku sanggup kira, tak tidurpun aku sanggup.

Kalau dapat misalnya wang komisyen 500,000 ringggit atau tanah 200 ekar lebih beserta dengan tambahan wang satu ratus enam puluh ribu saja, alangkah seronoknya! Begitulah antara angan-angan aku bila cakap fasal kira duit ini. Aku sanggup kira.
Aku harap kau faham maksud aku. Tak faham pun tak mengapa asalkan jangan silap faham, jadi lain pula ceritanya.

Bila dapat banyak wang nanti jangan pula kau bercita-cita hendak berniaga. Pada aku, bila dah berhenti kerja, jangan susah-susah diri nak berniaga. Apalah yang hendak dicari lagi.
Lagipun dunia penjawat awam ini terlalu jauh bezanya dengan dunia berniaga. Kau dilatih untuk turut perintah. Turut perintah tidak semesti patuh kepada undang-undang dan peraturan. Kau turut perintah kerana kau diperintahkan, tidak lebih dari itu. Kebetulan jika ianya sama dengan undang-undang dan peraturan, sudah tentu kau rasa puas hati dan senang hati. Sebab tidak ada apa-apa yang kau perlu takutkan terutama semasa kau bersara nanti.
Jika timbul masalah, misalnya masalah sesuatu projek yang tak sampai satu tahun runtuh, aku percaya muka kau akan jadi pucat lesi walaupun kau tahu bukan kau yang bersalah. Bermati-matian kau mempertahankan bahawa kau buat atas dasar turut perintah itu.
Ada orang ghaib yang beri perintah walaupun kau boleh nampak dan tunjuk orang itu. Tapi orang lain tidak nampak atau pura-pura tidak nampak.
Mereka tanya mana hitam dan putihnya. Maksud aku mana buktinya. Yang buat kerja proses memproses kau, yang buat perakuan kau, yang melaksanakan keputusan kau, yang menandatangani surat kelulusan kau juga. Yang memantau projek kau juga.
Lambat bayar projek pada kontrektor, kau juga kena balun, terutama kontrektor Bumiputera . Kau dituduh sebagai tidak memudahkan tapi penghalang kepada kemajuan Bumiputera. Mungkin kau telah biasa dengar ungkapan pengkhianat kepada Bumiputera.
Jangan pula kau tersenyum bila aku cakap fasal Bumiputera ini. Nak tersenyum, senyumlah kerana aku tahu hati kau kena geletek sampai geli geleman apabila kau nampak si ah chong dan si tambirajah sentiasa ada ditapak projek . Si amat yang dapat projek itu hanya kau jumpa semasa memasukkan tawaran dalam peti tawaran.
Aku faham mengapa jadi begitu kelaku si amat itu. Dia dapat projek atas dulang mas. Tak payah susah-susah. Dapat 5 peratus dari harga tawaran pun sudah patut bersyukur seperti yang selalu diminta oleh orang ghaib. Si amat pun kena kenang budi, jadi dia tak kan nak lupa berkongsi dengan si gahib dan ghaib-ghaib yang lain. Dapat rasa air tulang pun tidak mengapa.
Biarkan si ghaib dapat lebih, dapat meratah, mengunyah dan menelan daging masuk dalam tembolok. Yalah, dapat dari si amat sekian-sekian, dari si ah chong dan si tambirajah sekian-sekian banyaknya. Orang ghaib mestilah diberi hidangan yang lebih seperti tok pekong yang disuruh makan berbagai buah yang terhidang dalam pinggan yang diletakkan dihadapannya. Buah itu tak pernah habis dimakan, tapi sentiasa bertukar ganti.
Kalau orang ghaib itu putuskan dalam kerangka peraturan dan undang-undang, ianya tidak menjadi masalah kepada kau. Tapi dia orang ghaib. Suka hati dialah nak buat keputusan. Kau pula penjawat awam, ikutlah perintah. Bukan ke begitu?
Kau kata nilai projek itu RM 3juta. Orang ghaib boleh kata RM 10 juta kerana dia lebih tahu dari kau sebab dia ghaib. Setakat kata tidak jadi hal. Tapi bila kau tandatangan surat setuju terima nanti, aku percaya kau akan berubah fikiran, terpaksa tidak bersetuju dengan nilai asal kau tadi.
Jadi bagaimana kau nak sesuaikan perangai turut perintah kau yang statik itu dengan dunia perniagaan yang haru biru, tidak menentu? Bertambah pening kepala kau dibuatnya. Bukan saja mabuk laut, mabuk darat dan udara pun kau akan kena.
Dan apabila kau kemabukan, orang-orang ghaib akan betul-betul jadi ghaib. Jangan pula kau cuba meraba-raba mencari jasad si ghaib itu apabila ada orang tanya mengapa jadi 10 juta? Lagi bertambah pusing kepala, bila soalan itu timbul semasa kau telah bersara, macam aku, macam yang tua-tua pencen yang lain. Bezanya aku tak kena tanya soalan macam itu sebab aku lawan arus durjana.

Apa-apa pun selamat datang ke KTM. Salam dari saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan