Theflowersellingboy

Selasa, 26 Mac 2013

Saya Berjaya Melakukannya" Meneruskan Senaman Pagi

Saya menepati janji. Berjanji pada diri sendiri dan sendiri tunaikan. Sungguh seronok sekali.

Semalam saya berjanji untuk melakukan senaman selepas Subuh sebagai satu dari sebab saya kembali duduk di rumah sendiri melepaskan tanggungjawab menjaga cucu di Putra Jaya. Pagi ini selepas Subuh saya melakukannya. 

Tapi saya tidak melakukan di luar rumah kerana semua t-shirt berlengan panjang masih lagi belum dibasuh. T-shirt berlengan panjang , track suit dan kasut sukan adalah tiga peralatan senaman yang mesti ada jika mahu melakukan senaman di luar rumah bagi mengelakkan gigitan nyamuk.

Senaman dilakukan di dalam rumah dengan melakukan gerak jalan cepat turun naik rumah. Saya lakukan sebanyak 100 kali turun naik dari tingkat atas ke bawah. Paling 'mendera' ialah turun naik tangga yang jumlah mata tangganya sebanyak 13. Jarak setiap mata tangga ialah 1 kaki. Masa yang diambil untuk 100 kali turun naik ialah 40 minit. Berpeluh, lencun , basah seluar dan baju. Berbaloi sebab anggota badan terasa segar.

Maknanya tidak ada alasan untuk tidak melakukan senaman pagi. Pertama, kita wajib bangun pagi untuk solat subuh. Jadi tidak timbul soal tidak bangun pagi. Kalau diluar rumah ada nyamuk, atau atau waktu hari hujan, kita boleh melakukan di dalam rumah. Tidak perlu mencari park atau lapangan rekreasi untuk melakukan senaman. Boleh saja melakukan di kawasan rumah atau dalam rumah. Jika rumah agak kecil dan sempit, lakukan dikawasan lapang berhampiran rumah. Boleh mengelakkan kos perjalanan ke kawasan park/rekreasi yang jauh dari rumah.

Saya akan terus lakukan senaman ini setiap pagi, insyaAllah. Ini adalah cara menjaga kesihatan yang paling murah. Tidak perlu beli mesin/peralatan yang mahal bagi membakar tenaga dan menghancur kolestoral. Kadang-kadang mesin yang mahal itu dipakai seminggu dua saja, lepas itu timbul rasa jemu dan terbiar begitu saja. Misalnya saya pernah membeli sebuah basikal kayuhan
statik yang diletakkan diruang tv. Menurut yang menjual basikal itu , sambil menonton tv , saya bolehlah melakukan kayuhan. Jadi tidak perlu keluar rumah. kata-katanya amat menarik dan ada kebenaran.

Tapi setelah saya lakukan selama hampir 3 bulan, telah mula timbul perasaan jemu walaupun sambil menonton tv. Maka mulalah kayuhan itu dibuat sekali sekala dan akhirnya basikal itu terbiar begitu saja sehingga sekarang ini buat menyemakkan ruang tv.

Sebenarnya basikal itu tidak salah. Yang salah saya sendiri kerana mudah rasa jemu mengayuh basikal yang tidak bergerak. Itu saja. Ada saja alasan, jika tidak mahu melakukannya.

Tapi tentang senaman berjalan cepat ini, perasaan jemu belum lagi menguasai diri saya. Kalau adapun ialah perasaan sedikit malas jika badan rasa letih disebabkan melakukan kerja-kerja membersih rumah. Jika tidak ianya amat menyeronokkan.

Alhamdulillah, berjaya juga saya melakukannya pada pagi ini. Itulah harapan saya dan isteri untuk balik ke rumah sendiri, melepaskan tanggungjawab menjaga cucu di Saujana Aster, Putra jaya.
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan