Cepat sungguh masa berjalan?
Sekarang kita telah berada dipertengahan bulan Mac 2013. 'Rasanya' kita baru saja memasuki tahun 2013.
'Rasanya' adalah satu ukuran masa melalui tafsiran 'perasaan'.
Tafsiran perasaan ada dua macam. Satu berasaskan perasaan yang mengharap dan menyukakan hati akan sesuatu yang ditunggu. Kita mengharapkan sesuatu itu cepat tiba atau berlaku. Tetapi perasaan mengatakan peristiwa yang ditunggu itu terlalu lambat menjelma.
Satu lagi berasaskan perasaan mahu menjauhkan atau tidak mahu melaluinya. Ini merupakan hal atau perkara atau sesuatu yang tidak mahu ditunggu-tunggu. Kehadirannya dirasakan terlalu cepat.
Tapi masa yang diukur oleh perasaan itu sama saja gerak jalannya atau kepantasan lajunya dengan ukuran masa yang berdasarkan saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun , abad atau pun kurun.
Bagi seseorang yang menunggu kelahiran anak, secara amnya masa yang ditunggu adalah selama 9 bulan. Orang yang menunggu, mengharapkan kelahiran itu cepat berlaku. Apatah lagi perasaan sisuami yang menunggu isteri bersalin di luar dewan bersalin dihospital. Tempoh menunggu itu dirasakan terlalu lama sehingga ada yang mengatakan bahawa 'menunggu itu satu penyiksaan'. Pada hal lama menunggu itu tetap sama menurut ukuran saat, minit atau pun jam.
Menunggu seperti itu adalah menunggu kerana telah bersedia. Bersedia menghadapinya.
Bagi yang akan menjalani hukuman gantung, katakan dua tahun lagi, akan merasakan masa berjalan begitu cepat kerana dia tidak mahu melaluinya atau mahu menjauhkannya.
Menunggu seperti diatas itu adalah menunggu sesuatu yang belum sedia untuk menghadapinya atau tidak mahu menghadapinya.
Masa terus berjalan. Kita pula sentiasa dalam keadaan menunggu. Misalnya esok hari kita mula bekerja maka kita tunggulah sehingga esok hari. Atau sebentar lagi nasi akan masak. Maka kita tunggulah sehingga nasi masak sebelum kita dapat makan. Tapi masa tetap juga berjalan. Sebab itu kita tidak mampu mengejar masa atau mendahului masa.
Jadi apabila bersaing dengan masa, masa tidak pernah menunggu kita. Masa sentiasa bergerak. Oleh itu tidak kenalah kita mengatakan seseorang itu menunggu masa untuk melakukan sesuatu. Masa sentiasa ada dan berjalan. Kita lakukan saja.
Bagaimana pula dengan menunggu habisnya berhutang? Katakan tempoh bayaran balik 2 tahun. Sudah tentu kita merasakan terlalu lama untuk menghabiskan bayaran hutang itu sehingga selalu merungut atau mengeluh 'bila masa nak habis bayar hutang ni', sedangkan kita tahu tempoh bayar balik hutang 2 tahun. Perasaan kita mengatakan terlalu lama sebab kita tidak suka membayar hutang. Tapi dari segi mendapat kelulusan pinjaman kita mahu segera diluluskan. Kalau pihak yang beri pinjaman mengatakan ianya akan diluluskan dalam tempoh 2 bulan mengikut standard yang ditetapkan, kita merasakan ianya terlalu lambat.
Bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan, biasanya merasakan perjalanan masa terlalu cepat terutama pelajar yang belum bersedia untuk menghadapinya.
Masa dan menunggu. Masa tetap berjalan dan menunggu berlakunya sesuatu peristiwa, perkara , hal atau sesuatu akan melibatkan perasaan untuk mengukurnya, dan untuk membentuk sikap terhadapnya - lama atau cepat, yang diharap-harapkan atau yang mahu dielakkan.
Sekarang rakyat Malaysia sedang menunggu pilihanraya ke 13. Ada yang merasakan telah terlalu lama menunggu tapi belum tiba lagi. Ada yang merasakan baru saja mendapat kuasa, lalu merasakan masa terlalu cepat berlalu untuk satu pilihanraya.
Macam mana pun atau apa pun perasaan kita masa tetap berlalu tidak perlu tunggu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan