Pakatan Harapan Rakyat adalah manifesto pilihanraya yang telah disitiharkan oleh parti PAKATAN RAKYAT (PR). Manakala Janji Ditepati adalah program memberitahu kepada rakyat akan penunaian janji-janji yang telah dibuat parti Barisan Nasional (BN).
Walaupun nama dan pendekatannya berbeza tetapi kedua-dua parti yang bersaing itu mempunyai satu matlamat yang sama iaitu bagi memenangi pemikiran dan hati rakyat untuk memilih salah satu dari mereka dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang, sekali gus yang menang akan menerajui negara.
Tetapi kurang sesuai untuk saya bandingkan diantara keduanya itu. Durian tidak kena dibandingkan dengan buah epal. Kita tunggulah nanti manifesto yang akan dikeluarkan oleh BN . Khabarnya akan dikeluarkan sebaik saja parlimen dibubarkan menurut kenyataan TPM seperti dilaporkan oleh sebuah berita.
Namun bagi saya PR telah maju kehadapan mendahului BN. Satu kemenangan moral.
Ya benar BN begitu hebat menjelajah ke seluruh negara dalam Program Janji DiTepati, berkempen memberi tahu rakyat bahawa apa yang telah mereka janjikan sudah ditepati. Dalam hal ini sudah tentu penerimaan rakyat adalah pelbagai bergantung kepada tahap pendidikan dan penguasaan sumber maklumat. Ertinya ada yang menerima seadanya tanpa banyak soal dan ada yang berfikir panjang, merenung dan membuat penelitian sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Dan ada yang mengatakan pembohongan sehingga mendakwa BN telah mungkir janji, bukan menepati janji.
Rujukan terbaik rakyat ialah dengan melihat, merasa dan menilai kedudukan mereka sendiri dalam menjalani kehidupan harian. Perkara pokok yang mereka tanya ialah kos sara hidup, harga barang dan perkhidmatan, kualiti tempat tinggal dan harga untuk menyewa dan memiliki tempat tinggal, kemudahan kesihatan, kemudahan penjagaan anak kecil kepada ibubapa yang bekerja, kemudahan pendidikan dan peluang pekerjaan dan berbagai lagi.
Macam mana? Perit, susah, payah, berhutang, meminjam, meminta derma dan belas ikhsan, mengemis, mencuri, meragut, merompak, merempet, tidur dilorong sempit dan kotor, dibawah jambatan dan berbagai-bagai kesusahan lagi.
Macam mana? Hidup tenang tiada tekanan, tempat tinggal berpatutan harga (sewa dan beli) dan selesa, wang cukup untuk berbelanja- menyekolah anak, taska, tadika, tuisyen, bayar tol pergi balik, membayar saman automatik (AES), bayar minyak motor atau kereta, bayar cukai jalan, yang penting untuk membeli gula, beras, asam garam, sayuran dan ikan. Kalau ada lebih boleh pasang internet dan tv berbayar Astro.
Itulah sepatutnya yang perlu dijawab dalam Program JANJI DITEPATI. Bukan hanya berjaya mengulangi program JOM HEBOH. Heboh sehebohnya tapi hasil yang positif 'ELEK'. Hanya menghiburkan saja seperti sebuah dongeng penglipur lara.
Jadi sebab itulah saya mengatakan bahawa Program Janji DiTepati itu tidaklah wajar dan tidak adil, bahkan tidak sesuai disaingkan dengan manifesto pilihanraya PR bagi menilai parti mana yang perlu diberikan mandat untuk menerajui negara.
Tetapi jika ada pihak yang begitu yakin bahawa program Janji DiTepati ini boleh bersaing dengan manifesto PR itu, maka bersedialah BN untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Menyentuh manifesto PR pula, saya dapati ianya 'menimbulkan/membangkitkan' satu harapan baru kepada rakyat. Saya gunakan perkataan 'menimbulkan/membangkitkan' satu harapan baru dan tidak tidak menggunakan perkataan 'memberikan' satu harapan baru ialah kerana ianya satu janji dalam sebuah manifesto parti politik. Rakyat yang mendengarnya akan timbul/terbangkit rasa teransang akan janji-janji yang diperkatakan. Teransang untuk mendapatkannya. Tetapi belum tentu ianya terlaksana untuk memberi harapan baru yang lebih baik kepada rakyat. Ianya perlu diuji melalui pemberian mandat kepada PR dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang ini untuk menerajui negara.
Apa pun yang hendak diperkatakan, PR telah mendahului BN dalam hal cuba meyakinkan kepada rakyat akan satu kehidupan masa depan yang lebih baik.
Bertemakan 'PAKATAN HARAPAN RAKYAT', manifesto PR itu telah dilancarkan pada 25 Februari 2013 yang memberi fokus utama kepada Tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat yang memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat.
Manifesto itu tertegak diatas Empat Paksi Utama/Teras Utama iaitu:
i) Rakyat Bersaudara
ii) Ekonomi Rakyat
iii) Kesejahteraan Rakyat
iv) Kerajaan Rakyat.
Paksi Utama itu akan dicapai antaranya melalui pelaksanaan dasar kearah pencegahan rasuah dibawah dasar yang diberi nama Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), menghapuskan dasar monoploi dengan penubuhan Suruhanjaya Anti Monopoli, dan menilai semula konsessi yang berat sebelah, pelaksanaan tender terbuka dengan penubuhan Suruhanjaya Kontrak Awam.
Yang menariknya ialah secara dokumen telah dinyatakan bahawa PR akan memansuhkan PTPTN, AES,tol dan pengambilanalih tol secara berperingkat, menurunkan harga minyak, harga kereta, bil utiliti dan dasar pendidikan negara percuma sebagai mengesahkan apa yang telah sentiasa PR suarakan dalam setiap perjumpaan dengan rakyat.
PR juga menterjemahkan program-program yang hendak dilaksanakan itu dalam nilai wang iaitu lebih 45 bilion ringgit.
Sesiapa pun termasuk BN boleh mengkritik manifesto itu. Tetapi kritikan tanpa hujah yang konkrit misalnya mendakwa bahawa program PR itu boleh membawa negara ke arah muflis tidak mudah diterima oleh orang yang boleh berfikir. Mudah saja pihak PR atau penyokong PR atau sesiapa saja yang mahu berfikir, berhujah balas bahawa hutang negara yang semakin bertambah (RM540 bilion) sehingga mencecah kepada had tertinggi yang dibenarkan oleh undang-undang adalah sebenarnya jalan yang terbuka luas menuju kepada kebengkrapan. Ini satu pemikiran yang logik dan rasional yang mudah difahami.
Oleh itu BN mesti segera mengeluarkan manifesto pilihanrayanya. Tidak cukup dengan program heboh-mengheboh Janji DiTepati. Dan perjelaskanlah faedah dan kebaikan kepada rakyat akan perkara-perkara yang terkandung dalam manifesto itu bagi meyakinkan rakyat terutama mereka yang mengundi. Jika sekiranya BN terlalu yakin akan kekuatan dan kelebihan tawaran dalam manifestonya berbanding dengan yang ditawarkan oleh PR maka adakan satu persemukaan disaksi dan didengar oleh khalayak ramai untuk mereka membuat penilaian masing-masing sebelum ke peti undi.
Ada kah BN telah bersedia dengan manifesto. Atau masih meraba-raba untuk menyediakan manifesto. Atau penyediaan manifesto menjadi tersekat-sekat tidak lancar kerana ada banyak hal yang mengganggu?
Sepatutnya BN mendahului PR dalam hal manifesto pilihanraya ini. Pertama BN sebuah kerajaan yang telah mempunyai banyak pengalaman. Kedua, BN mempunyai segala kekuatan dan kemudahan, jenteranya, orangnya, wangnya dan tidak lupa kuasanya. Segala-galanya tersedia ada dan bisa diatur pada bila-bila masa saja.
Oleh kerana PR telah mendahului BN maka PR adalah pihak yang sesungguhnya serius dan komited dalam hasrat mereka untuk menerajui negara demi kesejahteraan rakyat. Maka berilah peluang kepada PR untuk membuktikan apa yang ditawarkan dalam manifestonya akan dilaksanakan. Mengapa kita perlu menolak tawaran yang menguntungkan kita.
Tak mahu pendidikan percuma?
Tak mahu PTPTN dihapuskan?
Tak mahu tol dihapuskan?
Tak mahu harga minyak diturunkan?
Tak mahu harga utiliti seperti elektrik dan air diturunkan?
Tak mahu harga kereta murah?
Tak mahu AES dihapuskan?
Ingat sebahagian besar rakyat masih lagi hidup susah. Bukan disebabkan negara kita miskin tapi tidak diuruskan dengan baik. Wang dan aset negara yang lain terbazir kerana rasuah, hilang lesap kerana mengalir keluar secara haram, hutang yang bertambah dan agihan kekayaan yang memihak kepada minoriti elit yang mempunyai capaian mudah dengan pemerintah.
Sebenarnya kita boleh menikmati hidup lebih baik jika negara kita diurustadbir dengan baik. PR menawarkan tata kelola yang lebih baik.

Capaian maklumat menjadi penentu
BalasPadam