Saya perlu istiharkan terlebih dahulu bahawa saya bukan doktor perubatan. Tidak juga seorang pengamal perubatan alternatif atau seorang dukun, bomoh atau yang mempunyai pengetahuan yang baik tentang ilmu penyakit. Namun saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana untuk menghadapi keracunan makanan.
Semua orang tahu bahawa keracunan makanan itu secara amnya bermaksud kita memakan makanan yang telah tercemar sama ada makanan sediaan kita atau dihidangkan oleh orang lain. Akibat dari itu sistem dalam perut kita akan bertindak tidak sama seperti menerima makanan yang tidak tercemar. Tindakannya luar biasa sekali.
Biasanya selepas beberapa jam makanan tercemar itu diambil, perut seseorang itu mula merasa tidak selesa, merasa mual, tidak tentu arah (amat rumit untuk menggambarkan melalui kata-kata). Pendek kata kegelisahan kita macam dalam keadaan semua tidak kena. Misalnya berbaring pun rasa mual, berdiri dan duduk pun serupa.
Semakin lama, keadaan serba tidak kena itu semakin bertambah. Maka bersedialah kita menukar pakaian untuk ke tandas. Tentukan tiada sesiapa menggunakan tandas. Tapi kalau bukan di rumah kita, masalahnya mungkin rumit dan boleh memalukan. Macam mana pun kita mesti bersedia untuk berada dalam tandas.
Najis akan keluar secara ceret beret. Keluar seperti air dalam baldi yang disimbah keluar. Banyak. Dituruti dengan najis bentuk cecair. Banyak juga. Tekak kita mula loya. Air loya mula menguasai tekak. Muntah tidak dapat ditahan lagi. Banyak muntah yang keluar. Sakit dada.
Ceret beret dan muntah-muntah bukannya sekali. Banyak kali. Ertinya kita mesti dalam pakaian yang sesuai untuk ke tandas. Tandas itu, buat ketika itu kita punya.
Setelah muntah dan ceret beret , perut kita kosong, tapi berasa lega sedikit. Ketika ini ianya masih belum pulih. Mungkin belim semua racun itu telah keluar. Masih lagi ada berbaki. Namun begitu, kita perlu mengambil air garam sebagai ganti air yang keluar bersama najis dan muntah tadi. Ambil garam ORS. Ambil makanan yang lembik-lembik seperti bubur. Jika muntah lagi, kita kurang merasa sakit.
Muntah dan ceret beret akan berterusan sehingga hari yang kedua. Cuma kurang serious. Setiap kali muntah dan ceret beret, ambil air garam dan makan makanan yang lembik. Kekurangan air dan perut yang kosong perlu sentiasa diganti.
Lama kelamaan kita akan merasa lega ke arah pulih.
Itulah caranya saya lakukan dalam menghadapi keracunan makanan. Saya tidak ke klinik atau hospital. Sekarang sudah pulih. Tapi tekak masih rasa pahit-pahit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan