Satu dari minat saya ialah mendengar bicara penjual ubat jalanan. Saya minat bukan isi kandungan bicaraannya, betul benar yang diperkatakannya, ubat yang dijajanya, umpan silap mata yang tidak akan berlaku atau pun pakaian yang dipakainya. Saya minat kerana sipenjual jalanan ini sungguh petah berbicara, tidak terhungap-hungap, lidahnya tidak pernah tersekat-sekat dalam mengeluarkan kata-kata, tidak gagap, lancar berbicara dan pandai berjenaka pula.
Itu sikap saya masa dulu.
Sekarang ini saya telah juga tertarik akan isi kandung ceritanya. Kali ini amat luar biasa sekali.
Berceritalah sipenjual ubat itu bahawa dia boleh terbang melayang, boleh berjalan diatas air, boleh hidup apabila lehernya dipenggal sambil memegang kepala yang telah terpisah dari badannya dan melihat tengkuknya, boleh bercakap dalam bahasa yang tidak pernah pelajari iaitu bahasa Russia, boleh berlari tapi tidak bergerak dan macam-macam lagi yang saya tidak sempat ingat.
Agak berbeza cara sipenjual ubat ini menjaja untuk melakukan ubatnya. Apa yang dia cakap saya rasa tiada kena mengena langsung dengan ubat yang hendak dijualnya. Atau adakah beliau yakin bahawa orang yang mendengar kelentonganya akan percaya bahawa dengan memakan ubatnya orang akan boleh melakukan seperti apa yang beliau lakukan? Mustahil ada orang yang percaya.
Tapi dalam dunia ini tiada yang mustahil. Sesuatu yang semua orang terima sebagai tidak baik boleh juga jadi baik. Sesuatu yang jelas kelihatan berwarna hitam, ada juga orang mengatakan berwarna putih, bukan sebab orang itu buta warna. Sesuatu yang memang dihukum sebagai salah dan menyalahi hukum agama dan moral masyarakat, boleh juga dikatakan dan dipertahankan sebagai benar dan betul dan disebar luaskan.
Jadi bolehkah cerita sipenjual ubat jalanan itu ditolak mentah-mentah begitu saja? Mungkin dia berkata benar?
Tapi saya masih lagi tidak percaya. Perangai beliau saya rasa sama dengan pengiklan produk dan perkhidmatan dalam tv. Sama juga dengan perangai penjual-penjual makanan tambahan (supplement) yang selalu muncul dalam tv.
Dengar dan lihat dengan teliti setiap iklan dalam tv. Semuanya hebat-hebat. Ada unsur menipu tak? Saya rasa ada. Menipu dan mengelirukan.
Bukankah menipu dan mengelirukan itu satu perbuatan yang salah? Hukum agama mengatakan berdosa. Dari segi moralpun ianya tidak mengajar anak-anak atau sesiapa untuk bercakap benar. Bahawa boleh diterima yang perbuatan berbohong dan mengelirukan adalah tidak salah. Kalau salah, iklan itu tidak disebar luas. Bukan begitu?
Dengar pula apa yang diperkatakan oleh penjual sesuatu produk apabila ditemu ramah atau dalam ruang bicara mempromosi produkmya. Bahawa produk supplementnya boleh mengubati berbagai jenis pemyakit- sakit kanser, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gaut dan macam-macam penyakit lagi. Yang hebatnya boleh mengelakkan cepat tua, katanya awet muda.
Untuk meyakinkan lagi, si promoter itu mengatakan bahawa diantara pelanggannya adalah terdiri dari kalangan doktor.
Saya tidak percaya bahawa supplement itu boleh mengubat semua penyakit. Kalau begitu kita tidak perlu pakar kanser atau rawatan dihospital yang mahal.
Jadi mengapa tv terus menyiarkannya. Mungkin ada kena mengena dengan sumber pendapatan. Jika begitu tidak salahlah cara yang dibuat oleh sipenjual ubat jalanan itu. Sebab diapun nak cari makan.
Soal tipu menipu dan mengelirukan orang bukanlah asas yang perlu diambil kira.
Tapi apa yang dicakapkan oleh sipenjual ubat jalanan itu tidak langsung ada kena mengena dengan khasyiat ubatnya. Yang saya boleh fikir ialah dia mahu menimbulkan satu keadaan yang luar biasa agar orang yang mendengar terus berdiri mendengar ceritanya. Maka ianya boleh mempengaruhi orang lain untuk sama mengikuti kelentongnya. Tapi adakah ini boleh melakukan ubatnya?
Saya percaya caranya itu tidak membantu untuk melariskan ubatnya. Tapi saya nampak dia selamba saja. Laku atau sebaliknya macam dia tidak ambil kisah. Anih.
Benar, ramai yang mendengar dari membeli, termasuk saya. Pendengar nampaknya bertukar ganti tapi bilangannya tetap ramai juga. Rupanya ramai juga orang seperti saya, suka mendengar tapi membeli jauh sekali. Sebab saya hanya berminat mendengar kepetahannya berbicara saja. Itu sudah cukup menghibur, sudah jadi satu ubat menyenangkan hati. Duduk di KL ni macam-macam stress ada, bawa keretapun stress, jem memanjang.
Saya menulis satu nota untuk sipenjual ubat itu, bertanya betul ke apa yang saudara ceritakan itu, 'boleh terbang melayang dan laian-lain lagi?
Saya membeli sebotol ubat dan menghulurkan wang bersama nota itu. Ada sedikit perasaan bimbang takut dimarahi. Wang bersama nota itu diambil. Wang dimasukkan ke dalam poket dan nota itu dibaca. Dia tersenyum. Saya membalas senyumannya sambil menarik nafas panjang kerana tidak dimarahi.
Sambil bercakap dia menulis sesuatu diatas kertas nota yang saya serahkan itu. Kemudian dia berikan kepada saya. Penonton yang lain cuma memandang saja. Ada juga yang saya nampak berbisik. Saya tak kisah.
Saya keluar dari tempat menjual ubat itu berjalan jarak beberapa kaki dari tempat itu dan membuka kertas nota tadi. Tahu apa yang dia tulis? Semua itu mimpi saya.
Mimpi? Nampaknya semua sudah kena kelentong. Tapi dia tidak berbohong kerana semuanya itu boleh berlaku dalam mimpi.
Saya malu tersipu-sipu. Malu pada diri sendiri kerana berperasangka buruk terhadap sipenjul ubat jalanan. Mentang-mentang penjual ubat jalanan, cerita yang dibawanya walaupun betul, cepat-cepat saya kata dia menipu. Malu saya.
Namun saya tidak berasa malu mengatakan banyak iklan dan promoter produk di tv melakukan penipuan.
( Kandungan cerita ini adalah benar, tapi penyampaiannya diubahsuaikan untuk sedap dibaca).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan