Theflowersellingboy

Sabtu, 9 Jun 2012

PTPTN Sudah Cair Di Unisel

PTPTN sudah cair di UniselUniversiti Selangor (Unisel) itu milik Kerajaan Selangor dibawah tadbiran PR. BN tidak sebulu dengan PR. Maka bila PR hendak berikan pendidikan percuma , BN tidak bersetuju. Sebagai membuktikan pendirian tidak bersetuju itu BN pun bekukan pemberian pinjaman dari dana PTPTN itu kepada pelajar yang memasuki Unisel milikan kerajaan negeri dibawah tadbir PR. BN kata tindakannya itu adalah adil kerana hendak memberi peluang kepada PR membuktikan hasrat bagi melaksanakan pendidikan percuma. BN mahu menguji PR di Selangor sama ada 'cakap seperti bikin' atau 'cakap kosong' saja'.

Walaupun tindakan itu tergelincir dari asas yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, BN merasakan tindakan membekukan pinjaman itu suatu tindakan yang betul. BN tidak dapat membezakan diantara tanggungjawab dengan kaedah pembiayaan. 

Pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan yang pada masa ini dikuasai BN. Maka jika BN berpendirian bahawa salah satu dari kaedah pembiayaan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi adalah melalui pinjaman PTPTN maka kaedah itu perlu dan wajib dilaksanakan secara menyeluruh meliputi semua institusi pendidikan di Malaysia ini. Adalah tidak betul dan salah sangat jika pelajar yang memasuki Unisel dinafikan pinjaman PTPTN. 

Jadi alasan untuk menafikan pinjaman itu bukanlah kerana memberi peluang kepada PR supaya dapat mengotakan janji dasar pendidikan percuma. Sebab PR tidak/belum menguasai kerajaan persekutuan. Kalau BN bersedia menyerahkan kerajaan persekutuan untuk ditadbir oleh PR, maka barulah boleh dicabar untuk melaksanakan pendidikan percuma. Jadi asas tindakan BN itu tidak kena, salah dan bersifat budak-budak. Mungkin ada dendam kesumat kerana terlalu marah sangat sehingga bertindak tidak rasional.

Bila MB Selangor memutuskan untuk membantu pelajar yang teraniaya itu dengan memutuskan untuk mencairkan aset  Unisel maka mengelabah pula BN membuat keputusan menarik balik pembekuan pinjaman itu. Maka menjadi cairlah PTPTN di Unisel. 

Alhamdulillah.  Jangan pula rasa terhina dengan langkah terbaru ini, iaitu menarik balik pembekuan pinjaman. Cuma jadikan peristiwa ini sebagai satu sesalan, sama seperti orang bertaubat, dan berjanji tidak mengulangi lagi pada masa depan.

Macam tu lah cara bertindak. Rasional. Jangan ada sifat berdendam. Yang telah diamanahkan kepada kita laksanakan dengan sempurna. 



 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan