Paparan saya semalam yang bertajuk Cepatkan Pilihanraya ke 13, saya ada menyebut sifat manusia yang malu-malu kucing dan yang senyum buaya. Walaupun dua sifat ini kelihatan berbeza tetapi matlamatnya sama juga iaitu untuk memilik dan mendapat sesuatu dengan pendekatan yang berbeza.
Saya tidak pula merujuk buku perumpaan atau peribahasa dalam memaknakan perlakuan atau sifat malu-malu kucing itu. Justeru apa yang saya mahu jelaskan tentang sifat malu-malu kucing ini mungkin tidak mempunyai persamaan dengan yang dinyatakan dalam buku tersebut atau seperti yang difahami oleh masyarakat terbanyak.
Malu-malu kucing saya ini lebeh menunjukkan sifat atau perlakuan yang mahukan sesuatu tetapi tidak mahu menyerlahkannya secara terang-terang. Dalam hati memang telah terpasang hajat untuk memperolehi atau memiliki, dan keberahian kepada benda atau sesuatu itu memuncak sekali dalam hati sanubari. Cuma orang itu ada sedikit simpanan perasaan rasa malu yang dapat membantunya dari menzahirkan secara jelas hajat dihati. Dia tidak gelojoh dan tidak mahu jadi orang pertama menyatakan hasrat dihati secara terang-terang.
Namun begitu orang yang malu-malu kucing ini kalah juga dengan keberahian yang ada dalam hatinya. Ini jelas melalui perbuatan yang suka mengendeng. Saya percaya, ramai yang faham apa itu mengendeng. Makna mengendeng bagi saya adalah perbuatan cuba merapatkan diri dengan seseorang yang ada kelebihan, kedudukan, keistimewaan, kuasa dengan tujuan untuk mendapat menfaat atau faedah atau pun keuntungan.
Kelebihan itu ada dalam berbagai bentuk misalnya seseorang yang cantik pun dianggap sebagai mempunyai kelebihan. Orang yang cantik ini menjadi endengan ramai orang. Misalnya remaja perempuan yang cantik sudah tentu menjadi endengan ramai remaja lelaki. Tetapi remaja lelaki itu tidak berani berterus terang mengatakan 'saya minat dengan awak'. Kena mengendeng dulu. Kata orang 'slow slow dulu'. Dimulakan dengan memberi salam, memperkenalkan diri, senyum , membuat berbagai pujian, belanja makan dan berbagai lagi untuk dapat rapat dan berhubung dengan sicantik itu. Maksudnya dia tidak boleh gelojoh, mesti ambil masa. Tetapi perlakuannya dilakukan berulang-ulang.
Perlakuan mesti dibuat berulang-ulang. Tidak boleh jemu. Dengan perlakuan yang berulang-ulang itu, dia mengharapkan pihak yang diendeng itu dapat membaca maksud yang tersimpan dalam hatinya, yang malu untuk dizahirkan.
Orang yang mengendeng ini sedar bahawa risiko perbuatannya itu memang ada. Misalnya dalam contoh remaja lelaki yang mengendeng remaja perempuan yang cantik diatas. Ada kemungkinan sicantik itu boleh membaca isi hati remaja itu, dan disebabkan perlakuan yang ditunjukkan oleh remaja lelaki itu menampakkan kesungguhan maka sicantik itu tiada halangan untuk menunaikan hajat remaja lelaki yang mengendeng itu. Ini adalah risiko yang berbentuk pulangan yang berbalaoi yang ditunggu-tunggu. Kata orang kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
Tapi ada juga kemungkinan risiko yang tidak berbaloi, yang tidak dihajati. Misalnya sebelum sempat dia cuba lebih rapat dengan sicantik itu, sicantik sudah dapat baca hasrat yang tersimpan dihatinya, lalu segera menjauhkan diri. Atau sicantik itu dengan terang mengatakan 'saya tidak berminat dengan awak'. Maka malulah remaja lelaki itu lalu berjalan longlai meninggalkan sicantik itu.
OK. Itu cerita sicantik diendeng oleh remaja. Bagaimana pula dengan cerita pada pilihanraya ke 13 nanti?
Telah dibayangkan bahawa pilihanraya ke 13 nanti adalah sebuah pilihanraya yang mewah. Melimpah ruah rezeki bakal mendekati pengundi. Banyak projek segera, wang tunai segera dan macam-macam faedah boleh tersedia dengan segera. Minta apa saja pasti anda akan mudah tersenyum gembira. Maka dengan itu pengundi mesti mengambil peluang secara terbaik untuk meraih rezeki ini. Cuma apakah bentuk sikap dan sifat yang perlu ada lakunkan. Tak kisahlah sama ada anda mahu berdrama, bersendiwara atau main wayang kulit atau apa saja dengan menggunakan satu pentas saja atau pelbagai pentas. Yang penting gunakan peluang ini secara yang terbaik. Rezeki seperti ini tidak selalu datang.
Anda jangan banyak fikir. Jangan ambil peduli harga diri, integriti, rasuah, kena beli dan macam-macam kata yang boleh membantutkan hasrat dihati untuk meraih rezeki. Lagi pun perkataan-perkataan itu langsung tidak membawa anda kepada satu kehidupan yang lebih baik. Dari dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila anda tidak senang juga. Anda serupa saja. Dulu menjadi pemotong rumput, kini sama juga. Tahun depan sama juga. Tahun depan punya tahun depan, entah-entah anda tak ada kerja, sebab mesin rumput dah rosak. Nak beli wang tak ada. Apa salah ambil rezeki yang diberi itu. Saya katakan tidak salah. Ambil jangan tak ambil.
Hanya sanya saya hendak mengingatkan anda, bukan nasihat, tapi ingat mengingat sesama kita. Apa dia?
Anda mesti mengambil sikap yang betul dan tepat. Tepat setepatnya. Betul sebetulnya. Kata orang 'zero defect', 'sempurna gila', kata anak remaja sekarang. Lupakan nilai-nilai yang saya katakan tadi iaitu integriti , harga diri, bersih dan suci dari rasuah dan kena beli. Sebab yang tukang beri itu lebih teruk dari anda. 'Pulun habis'. Maaf, bukan pulun habis. Kalau pulun habis, anda tak merasa pula. Lebih molek kita panggil, "Dia dapat isi, anda dapat tulang. Tulang kering saja".
Jadi apakah sikap dan sifat yang perlu anda ambil? Malu-malu kucing?
No, no, no. Jangan sesekali anda bermimpi untuk menerap, menyerap,menurap, menghisap sifat itu. Risikonya terlalu besar walaupun ada kemungkinan anda akan dapat juga sedikit rezeki. Baca semula cerita remaja lelaki dengan sicantik diatas. Jadikan iktibar.
Sebelum saya cadangkan skap dan sifat yang perlu diambil dalam hal meraih rezeki pilihanraya ke 13 ini , saya hendak cerita sedikit fasal kucing. Cerita ini relevan dengan sikap yang hendak kita putuskan.
Anda sudah tentu pernah ke restoran atau kedai makan. Anda juga pernah didatangi oleh kucing.
Baik. Semasa anda sedang seronok makan, datanglah seekor kucing mendekati kaki anda sambil menggesel-geselkan badannya ke kaki anda yang sedang enak menikmati makanan. Apa reaksi anda?

Saya menjangkan reaksi anda seperti berikut:
i) Oleh kerana makanan itu terlalu enak, anda tidak sedar ada kucing yang datang menggesel-gesel kaki anda.
ii) Walaupun anda sedang enak menikmati makanan, geselan kucing yang berulang dan penuh manja itu telah menarik perhatian anda sehingga memberi kefahaman kepada anda bahawa kucing itu hendakkan sesuatu. Anda akan bertindak dengan dua cara iaitu, a) terajang saja kucing itu, menghalau jauh dari anda supaya anda dapat meneruskan kelazatan makanan direstoran itu, atau b) anda ambil makanan anda sedikit seperti tulang ikan (isinya anda makanlah) dan campakkan kepada kucing itu. Maka kucing sambutlah tulang ikan itu dan dikunyah-kunyah terus ditelan.
Faham gesel-gesel? Gesel-gesel itu sama dengan perbuatan mengendeng.
Jadi kalau anda mengambil sikap gesel-gesel seperti kucing itu anda sebenarnya mengendeng. Anda adalah seorang pengundi yang malu-malu kucing. Satu sikap dan sifat yang tidak dapat meraih rezeki secara maksima. Anda sepatutnya 'maximise your profit', seperti falsafah sebuah entiti korporat.
Jadi sifat yang dapat menjana keuntungan yang maksima dalam masa PRU ke 13 nanti ialah sifat dan sikap ' Senyum Buaya'. Ertinya senyum, senyum juga, mulut ternganga luas dan taring tajam sentiasa bersedia memamah lumat apa yang ada dihadapan.
Jangan malu-malu kucing. Jadilah buaya yang tersenyum sebab yang dihadapan anda pun buaya juga. Sama-sama senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan