Sekarang saya mula membaca hikayat-hikayat lama . Sudah terlalu lama cerita-cerita dalam hikayat lama itu telah tidak saya baca waemah menyentuh hikayat itu pun jauh sekali. Semenjak habisnya pepriksaan STP (HSC) pada tahun 1968 dulu perkara itu telah saya tinggalkan. Dulupun saya baca kerana nak lulus periksa. Menyampah sungguh nak baca hikayat lama itu. Yang paling tidak menarik ialah bahasanya.
Tapi entah kenapa beberapa hari yang lepas timbul minat untuk membaca cerita-cerita dari hikayat lama . Nasib baik beberapa buah buku hikayat lama masih lagi ada tersimpan dalam perpustakaan kecil dirumah. Saya mula membaca. Makin dibaca semakin seronok. Tidak macam masa sekolah dulu. Bosan. Pegang saja hikayat lama itu mulut mula menguap. Mata cepat layu, kuyu macam dijahit-jahit tak boleh buka. Tambah-tambah lagi baca sama berbaring, alamat terbongkanglah sampai pagi.
Sekarang saya sudah jatuh hati pada hikayat lama. Bukan saja pada ceritanya bahkan pada olahan cerita, gaya bahasa dan perkataan-perkataan lama yang pada ketika ini sudah jarang digunakan. Maka timbullah hasrat untuk mengarang atau berbicara dalam paparan dengan gaya hikayat lama. Saya cuba aplikasikan dalam sebuah kesah imiginasi tahun 1980an dengan tajuk : Al Kesah Sebuah NGO.
Sebermula pada zaman yang baru berlalu, zaman sebelum melinium, pada sekitar tahun sembilan belas lapan puluhan ada sebuah badan yang lebih dikenali sebagai badan bukan kerajaan, yang semua orang lebih mesra menyebut sebagai NGO. Shahdan telah lupa akan hamba akan nama NGO itu. Almaklum saja lah Pengkalan Data zaman sebelum melinium disimpan dalam satu sistem yang mudah digodam oleh berbagai virus sehingga menjadi korup . Hilang lenyaplah segala data yang tersimpan termasuklah nama NGO tadi. Habis padam semuanya.
Akan tetapi ianya tidak mengapa. Pokok pangkalnya yang penting apa kah kerja gerangan NGO itu. Atau apa khidmat yang hendak disampaikan. Siapakah sasaran yang hendak dituju? Pendek kata apakah jasa-jasa yang hendak dibuat oleh NGO itu.

Maka ketika itu ada sebuah kerajaan dibawah payung lindungan bayangan segala datuk-datuk menteri. Ada sebelas orang semuanya datuk-datuk menteri, masing-masing ada gedungnya sendiri. Salah satu dari gedung yang memang menjadi idaman dihati dikalangan datuk menteri itu adalah gedung Khazanah. Kata orang zaman itu, dapat jaga khazanah, dunia ana punya.
Gedung Khazanah ini diketuai oleh datuk menteri dari keturunan bangsawan. Maka juak-juak yang bekerja dalam gedung itu sentiasa berhamba berpatiklah apabila datang berbicara dengan datuk menteri itu. Menjunjung perintahlah sekalian juak-juak itu apabila saja ada titah disampaikan. Semua titah itu terjunjung diatas batu jemala, ubun-ubun juak-juak itu. Tiada satu pun yang berat melainkan rengan semata. Semuanya sedia dijunjung dengan penuh sembah kasih. Pantang sembah derhaka.
Pada suatu hari, waktu siang yang terang benderang, maka mencemar duli sebuah warkah titah dari yang mulia datuk menteri. Maka dengan penuh sembah takzim seorang juak membongkokkan badan menadah kedua belah tangan menyambut warkah titah yang sudi mencemar diri itu.
Dalam sebuah kamar, sijuak itu memulakan bacaan akan warkah itu untuk memahami apakah kehendak dan titah datuk menteri sehingga sudi mencemarkan warkah bersalut emas kuning itu.
Setelah membaca maka terkeluarlah akan kata-kata dari sijuak,"Ampun Tuanku Datuk Menteri beribu-ribu ampun. Patik pacal yang hina ini merasa lega dihati, hilanglah segala gundah gulana apabila menerima titah perintah Tuanku ini. Sungguh besar dihati patik akan kesudian Tuanku meletakkan beban diatas batu jemala patik yang hina ini. Sembah kasih dari patik, pacal yang hina ini", si juak itu dengan penuh dakapan meletakkan warkah itu ke dadanya setelah dua bibirnya mengucup kasih akan warkah itu.
Ada pun warkah dari datuk menteri itu, sarat dengan perintah supaya dimasyhurkan kepada semua rakyat jelata bahawa anakanda baginda siputeri tujuh gelaran telah pun disebut-sebut diangin lalu akan kesah keberahian seorang putera raja dari negeri tujuh petala awan akan siputeri tujuh gelaran itu. Maka segala rakyat sekalian hendaklah berdatang sembah menjunjung diatas kepala sekalian rakyat itu akan persembahan sebagai tanda sembah kasih menjunjung sayang kepada ke bawah duli tuanku.
Maka mencari akal lah akan sijuak itu memikirkan bagaimana caranya untuk menumpahkan jiwa dan raga akan taat sentiasa kepada ke bawah duli yang mulia datuk menteri itu. Setelah penat berfikir maka sekonyong-konyong datanglah buah fikiran akan caranya yang patut dilakukan bagi menyenangkan hati kebawah duli datuk menteri. Sijuak pun tersenyum lebar akan kepandaiannya memikirkan cara untuk mendapat persembahan dari rakyat jelata untuk dijunjung sembah pada hari keberahian puteri tujuh gelaran itu.
Bertempik lah sekuat hati akan sijuak itu sambil berkata "Patik akan tubuh sebuah NGO. Semua hamba sahaya wajib jadi ahli NGO ini. Akan patik kerahkan semua hamba sahaya dari hujung hilir ke hujung hulu, dari bawah yang dibaruh ke atas yang di darat, yang di lurah, di gunung di bukit , dihutan ,di rimba semuanya wajib berkumpul merapak sembah".
Shahdan semua rakyat jelata bersetuju menjadi ahli NGO itu. Semuanya telah mendapat berita akan cerita hari keberahian puteri datuk menteri ini. Masing-masing yang empunya diri memerah keringat mengumpul dan mengutip apa saja yang terjumpa untuk dibuat persembahan kebawah duli datuk menteri. Akan tetapi ada seorang hamba sahaya buat 'dek' saja tidak mahu ambil pusing berita yang dimasyhurkan oleh sijuak itu.
Apabila tiba masa di hari keberahian itu, semua rakyat jelata menjunjung persembahan diatas batu jemala masing-masing menuju ke gedung datuk menteri. Yang celik laju jalannya, yang buta meraba-raba, yang pekak terpinga-pinga, dan yang bisu , tangan bersilat sentiasa. Maka sampailah hamba sahaya rakyat jelata itu mengadap kebawah duli datuk menteri sambil duduk mencangkung , menjunjung persembahan yang terlekat tegak diatas kepala.
Si juak pun mula mengira. Penat sudah diulang kira namun masih lagi kurang seorang. Maka menyiraplah darah si juak ini. "Aku tibai sibahalul ini. Degil tak dengar kata".
Datuk menteri memulakan titah bertanya "Sudah sempurna kah semua wahai sijuak?" Sijuak fahamlah akan maksud disanubari datuk menteri itu. Sijuak mula bermuka sedih . Akan tetapi tetap juga melangkah perlahan-lahan menunduk kepala dan merapat kedua tapak tangan datang mengangkat sembah, "Ampun Tuanku datuk menteri. Ada pun apa yang dititahkan itu telah patik pacal yang hina ini usahakan. Patik-patik semua telah tubuhkan sebuah NGO untuk menjayakan hari keberahian puteri kebawah duli datuk menteri. Semua pacal-pacal ada bawa bersama persembahan untuk puteri tujuh gelaran. Melainkan ada seorang pacal yang buat 'dek', degil. Akan tetapi tuanku datuk menteri , usahlah gundah gulana. Patik akan tibai pacal yang degil itu selepas hari keberahian puteri tujuh gelaran".
Datuk menteri pun tersangat murka akan berita yang disampaikan itu. Maka titahnya, "Beta akan tibai semua orang biar kamu semua mampus. Beta tidak perlukan kamu semua. Beta banyak harta. Beta kaya".
Mendengar titah datuk menteri itu, sijuak pun berdiri tegak, tidak membongkok lagi. Sepantas kilat sijuak menuding jarinya kepada datuk menteri seraya berkata, "Ok, kalau you nak tibai kami sampai mampus, dipersilakan. Bila kami semua mampus, siapa nak datang jumpa you. Siapa nak panggil you ke bawah duli datuk menteri. Siapa nak bawa hadiah banyak-banyak . You tahu tak, macam nak mampus kami cari hadiah. You senang main order saja. Yang you tau nak tibai saja". Semua yang hadir menepuk tangan menyatakan sokongan kepada sijuak itu.
Datuk Menteri pun tercengang-cengang. Dalam hatinya berkata "Berani sungguh ahli-ahli NGO ini. Aku nak tibai pun mereka berani lawan".
Itulah cubaan pertama saya menggunakan gaya penyampain mengikut hikayat lama. Macam mana ? Dapat markah penuh agaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan