"Waktu begini ramai orang. Tak cukup tempat". Saya menerima huluran tangan dari orang tua itu. Salam disambut. Kami memperkenalkan diri masing-masing. Orang tua itu namanya Ahmad Zahari. Panggil saja Zahari, begitu yang dikehendakinya. Saya menerima pelawaannya untuk makan tengah hari dirumahnya. Sudah tentu lauk pauk, sayur mayur dan nasi dari warung ini. Dapat juga menunaikan solat Zohor ditempat yang lebih selesa.
Kami melangkah menuju kebarisan lauk pauk dan sayur mayur untuk memilih yang berkenan dik selera. Maklumlah , warung ini warung layan diri.
Saya mempersilakan orang tua itu mendahului saya dalam membuat pilihan.
Dalam hati serba salah. Apakah panggilan yang saya patut gunakan. Pakcik? Tuan? Encik? Tuan Haji? Datuk? Jadi untuk lebih selamat saya menggunakan tangan kanan dengan tapak tangan terbuka luas mengunjukkan kepada orang tua itu agar mendahului saya. Orang tua itu tersenyum dan melangkah kehadapan mendahului saya.
Datuk? Tidak mungkin kerana menurut firasat mata saya orang tua ini paling tua adalah sama usia aruah bapa saya. Jika abah masih hidup, usianya sudah masuk 80 tahun atau tidak kurang dari usia itu. Maka orang tua itu wajar dipanggil pakcik saja, bukan datuk. Tapi mungkin, dia ni 'Datuk' bergelar . Gelaran yang diberikan sebagai menghargai sumbangan dan perkhidmatannya. Saya rasa tidak mungkin orang tua ini dikurniakan datuk bergelar kerana kehadirannya tidak mendapat perhatian dari sesiapapun diwarung itu termasuk tuan punya gerai.
Tuan Haji? Orang tua ini tidak pakai serban atau sekurang-kurangnya ketayap. Ketayap putih ke, hijau ke atau apa saja warna, barulah padan dipanggil Tuan Haji.
Encik? Panggilan ini terlalu formal. Ini panggilan semasa kita berurusan di pejabat. Berurusan dengan orang yang ada kuasa, yang muda-muda dan bukan dengan orang setua orang tua ini.
Tuan? Panggilan ini pun tidak kena. Panggilan ini sama dengan panggilan Encik. Terlalu formal. Panggilan yang biasa digunakan kepada orang yang berkuasa seperti anggota polis yang berpangkat.
Pakcik? Inilah yang paling sesuai kerana usia orang tua itu sebaya dengan usia abah saya. Tapi semasa memperkenalkan diri tadi, orang tua itu tidak menggunakan ganti nama 'pakcik', sebaliknya menggunakan ganti nama 'saya'. Lebih formal sifat dan gayanya.
Atau panggil saja Zahari seperti yang diberitahu semasa berkenalan tadi. Tapi bukan kah itu kurang ajar? Tidak tahu menghormati orang tua. Saya tidak tergamak melakukannya. Tidak, saya tidak akan melakukannya. Saya bukan orang putih atau orang Amerika yang boleh 'I' , 'U', 'I', 'U' diantara anak dan ayah atau diantara yang muda dengan yang tua. Saya masih lagi mengkehadapankan adab dan adat lama.
Waktu sedang melayan rasa serba salah itu, orang tua mengingatkan saya untuk membuat pilihan makanan. Walaupun agak tergamam juga, saya sempat mengukir senyuman sambil mengangguk kepala, dan memulakan pilihan. Siap saja makanan pilihan dibungkus, saya menuju ke meja bayaran. Orang tua itu telah sedia menunggu dan meminta tuan warung mengira jumlah harga semua, makanan pilihannya dan pilihan saya.
"Biar saya bayar pakcik", terkeluar secara spontan kata-kata itu, sambil saya menyeluk kocek seluar. Orang tua itu tersenyum saja dan beliau terus mengeluarkan wang bagi membayar harga makanan kami itu.
Saya telah panggil pakcik. Orang tua itu tersenyum. Maknanya dia boleh terima panggilan itu. Maka selesai tentang masaalah panggilan.
Rumah pakcik Zahari terletak diseberang jalan, jaraknya lebih kurang 100 meter dari gerai. Kami melintasi jalan dengan mudah kerana ketika itu tiada kenderaan yang meluncur.
"Pak Zed boleh katakan hari-hari beli makan di gerai. Kadang-kadang digerai dihujung sana. Malas nak masak. Duduk sorang je".
Pak Zed? Bukan pakcik seperti yang telah terkeluar dari mulut saya tadi. Tidak mengapa, sekarang sudah muktamad, panggil 'Pak Zed' dalam perbicaraan seterusnya.
Pak Zed menuju ke ruang makan dimana terdapat sebuah meja makan empat kerusi. Saya mengekori dari belakang sambil mata memandang ke ruang-ruang lain. Ruang dalaman rumahnya sungguh kemas, bersih dan cantik sekali. Sudah tentu ada pembantu rumah yang menguruskannya. Pak Zed yang sudah tua dan bongkok itu tidak mungkin melakukannya.
Pak Zed mengambil beberapa mangkuk dan pinggan serta sudu camca ke meja.
Saya telah sedia duduk diatas kerusi. Saya turut saja cara makan yang ditunjukkan oleh Pak Zed. Makan menggunakan sudu dan camca walaupun saya kekok melakukannya, terutama makan di rumah. Tidak ada kepuasan. Selera saya lebih puas jika menggunakan tangan. Dapat meramas nasi yang bercampur lauk untuk disuap ke dalam mulut. Tapi ini rumah orang, adab makan dimeja perlu dihormati.
"Maaf Pak Zed", terkeluar permohonan maaf saya apabila daging ayam yang saya cuba potong dengan sudu itu terpelanting keluar dari pinggan dan jatuh ke bawah meja". Saya sungguh malu.
Pak Zed senyum saja. Peha ayam dipinggannya habis sudah di ratah. Pakai sudu dan camca juga.
Pak Zed orang tua yang sudah kerepot. Saya merasakan diri masih belum tua. Dan masih punya tenaga. Tapi potong daging ayam dipinggan pun tidak pandai sehingga terpelanting keluar dari pinggan. Bikin malu kompeni saja.
"Cantik sungguh rumah Pak Zed. Kemas", saya cuba mencari jalan melupakan peristiwa daging ayam terpelanting itu.
Pak Zed tersenyum dengan pujian itu. "Daging ayam tu, ayam kampong. Sebab itu tidak semudah ayam injek. Ayam injek lembut. Mudah dipotong. Ayam kampong liat tapi khasiatnya bukan kepalang, badan jadi keras, tak lembik".
Saya kira kata-kata Pak Zed itu ada membawa sesuatu mesej untuk saya. Menurut bisikan hati kecil saya, Pak Zed adalah orang tua yang sudah kerepot, bongkok pula dan tidak punya banyak tenaga. Saya, bisikan hati mengatakan masih muda dan bertenaga. Tapi sayang, potong daging ayam pun kantoi. Kalah dengan situa kerepot. Saya senyum malu.
Pak Zed mencadangkan supaya kami solat Zohor berjemaah. Dan saya imamnya.
Saya jadi imam? Sudah. Matilah aku.
Bersambung.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan