Berbicara tentang perangai buruk harian yang kita dapat lihat, senarainya terlalu panjang. Selain perangai-perangai itu kita dapat lihat, kadang-kadang kita (saya tidak terkecuali) tidak sedar bahawa kita juga salah seorang dari pelakunya. Dan sudah tentu apabila kita sedar akan kesilapan kita itu maka kita akan mencari alasan-alasan yang dapat 'meneutralisekan' perangai buruk kita itu. Begitulah sifat manusia yang tidak mudah mengaku melakukan perkara yang tidak baik.
Pagi tadi pukul lapan setengah pagi , saya dan isteri ke pasar basah di Presint 8, Putra Jaya dengan memandu kereta. Sesampai saja dipasar tersebut, saya dapati tempat letak kereta di hadapan pasar tersebut telah penuh kecuali satu petak. Maka dengan segera saya menunju ke petak tersebut. Sebelum sempat masuk kedalam petak itu saya ternampak tanda ingatan bahawa tapak letak kereta itu dikhaskan untuk OKU.
Bagaimana perasaan saya memberi jawapan untuk membuat keputusan dalam keadaan yang seperti itu?
Ada dua perasaan mula mempengaruhi saya untuk membuat keputusan. Perasaan pertama ialah meneruskan meletakkan kereta ditempat OKU itu. Alasan: Kerana selama berurusan di pasar tersebut , saya belum pernah melihat ada OKU yang memandu kenderaaan di pasar itu. Saya juga melihat tempat itu sentiasa digunakan oleh orang yang bukan OKU. Lagipun dibelakang saya telah ada beberapa kereta yang berderetan. Jadi sekiranya saya masuk terus ke dalam petak itu ianya boleh membantu mengurangkan kesesakan.
Tapi, entah macam mana satu lagi perasaan timbul yang berbisik, 'jika saya masuk juga maka saya telah melakukan satu perangai yang tidak baik. Saya akan menyusahkan OKU yang memang telah sedia susah'. Di sebelah pula ada isteri. Jika saya melakukan perbuatan seperti ini, sudah tentu beliau akan membayangkan banyak lagi perlakuan yang tidak baik yang saya mungkin lakukan.
Jadi akhirnya dengan izin Allah, perasaan jahat yang pertama itu dapat dikalahkan. Berundurlah saya mencari petak yang lain jika ada yang kosong. Tapi semuanya penuh. Maka terpaksa juga meletakkan kereta dibahu jalan dalam kawasan pasar itu sambil menentukan ianya tidak mengganggu lalulintas.
Selepas saya berundur, sebuah kereta di belakang saya terus menuju ke petak OKU itu. Saya tidak pasti sama ada orang itu ternampak akan papan tanda OKU itu. Tapi papan tanda itu tegak berdiri dihadapan petak letak kereta itu dan amat susah bagi mata kita untuk tidak melihatnya kerana ianya tertegak di laluan untuk masuk ke dalam pasar. Mungkin mata orang itu nampak tapi hatinya tidak nampak akan kesusahan yang bakal dihadapi oleh OKU. Atau dia berkata 'OKU tidak akan memandu kereta untuk ke pasar. Jadi daripada kosong lebih baik petak kosong itu di menfaatkan'.
Bagaimana pula dengan perbuatan saya meletakkan kereta dibahu jalan dalam kawasan pasar itu? Ya, memang benar ianya tidak mengganggu lalulintas. Tapi bolehkah dilakukan kerana tempat itu tidak di peruntukkan untuk meletak kereta.
Dalam masa yang sama kelihatan beberapa buah kereta berderetan di letakkan dikiri kanan jalan besar berhadapan dengan pasar itu. Yang ini mengganggu kelancaran lalulintas.
Jadi saya bertambah yakin bahawa perbuatan saya meletak kereta di jalan dalam kawasan pasar itu tidak salah kerana ianya tidak mengganggu lalulintas tidak seperti mereka yang meletakkan kereta kiri kanan diatas jalan raya utama. Itulah alasan saya bagi membenarkan perbuatan saya itu.
Benarkah fikiran saya itu?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan