Awal tahun 1990an. Atas jawatan yang dipegang, satu dari tanggungjawab saya ialah mengumpul wang untuk membina sebuah kompleks masjid. Maka sebuah Tabung Amanah telah ditubuhkan selaras dengan kehendak peraturan kewangan.
Kompleks Masjid itu terdiri dari bangunan Masjid dan bangunan-bangunan lain pelbagai guna seperti perpustakaan, pejabat, dewan dan sebagainya. Masjid telah pun siap dibina. Tapi bangunan-bangunan yang lain masih belum dimulakan oleh kerana kekurangan wang. Sasaran kutipan 20 juta ringgit.
Maka usaha bagi mendapatkan derma diperhebatkan. Sasaran utama ialah syarikat perniagaan dan ahli korporat yang berjaya. Kami terlalu amat yakin bahawa sumber dari syarikat dan ahli korporat yang berjaya ini merupakan sumber derma yang terbesar. Derma atau sumbangan ini dikecualikan dari cukai pendapatan/korporat.
Apa yang sebenarnya terjadi?
Pada hujung tahun pertama jumlah derma dalam akaun tabung tidak banyak dikumpulkan. Terlalu jauh dari sasaran. Tahun kedua pun begitu juga. Tahun ketiga tidak ada beza, sama saja.
Satu perkara yang ketara ialah bahawa kutipan derma itu bertambah setiap tahun. Cuma tambahan yang kecil saja. Tambahan itu pula datang dari derma yang dikutip melalui tabung-tabung yang diletakkan dimasjid-masjid. Maknanya derma dari jemaah yang datang ke masjid terutama pada hari Jumaat. Ertinya mereka ini adalah orang biasa-biasa saja yang berkedudukan sederhana termasuk yang susah juga. Mereka kaya hati tapi miskin wang dan harta.
Jadi jangan pandang kepada kaya harta atau wang seseorang dalam hal kutipan derma masjid ini. Ianya tidak akan menjadi. Derma bagi tujuan lain saya tidak pasti. Cuma yang saya pasti jika penaung atau penganjur derma itu orang besar-besar yang ada kuasa maka berderetlah barisan dermawan menyerah cek masing-masing sambil membuat posing untuk gambar diambil bagi siaran akhbar keesokan harinya.
Pengalaman ini tidaklah pahit. Ianya masam-masam manis saja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan