Dalam persidangan parlimen semalam, dua jawapan dari kerajaan yang menarik perhatian saya. Pertama jawapan bagi soalan yang di kemukakan oleh ahli parlimen Ipoh Timur, YB Lim kit Siang yang bertanya PM tentang kenyataan kerajaan bahawa 'Perhimpunan Bersih 3.0 bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sedangkan mereka yang berhimpun hanya membawa garam dan botol air mineral (botol yang berisi air untuk di minum).
Makna soalan itu adalah tidak logik, tidak masuk akal, tidak munasabah, tidak rasional mereka yang berhimpun itu berniat atau mampu menggulingkan kerajaan dengan hanya membawa dua barang yang terlalu penting dalam menghadapi situasi kemungkinan serangan/tembakan ges pemedih mata dari pihak polis yang bersenjata lengkap.
Jika kerajaan percaya dengan kata-kata atau kenyataan itu maka kerajaan tidak rasionallah. Tidak rasional sama juga tidak berfikiran munasabah. Sama juga tidak logik. Sama juga tidak masuk akal. Sama juga dengan mereka yang tidak menggunakan akal. Dan sama juga kenyataan itu dari mereka yang tidak berakal.
Saya percaya kerajaan atau menteri yang ada ketika ini mempunyai akal, yang mampu berfikiran munasabah, yang menggunakan logik dan yang mempunyai akal untuk berfikir secara rasional.
Tetapi mengapa pula perhimpunan Bersih 3.0 yang ahli perhimpunan itu tidak membawa senjata dan sebaliknya hanya berbekal garam dan berbotolkan air mineral dikatakan mahu menggulingkan kerajaan. Ada kemampuan ke? Ada berani ke? Ada ilmu kebal ke?
Bila berhadapan dengan polis yang lengkap bersenjata mereka mampu mara kedepan dan merampas senjata polis. Bila polis tembak ges, air berkimia dengan gagah berani mereka tetap ke hadapan mengerumuni polis. Bila kena ges pemedih mata, mata mereka tidak berasa pedih, air mata tidak meleleh dan tekak tidak kering. Bila dihambat, dikejar dan diburu kemudian ada yang kena tangkap dan dihumban dalam van dan lokap mereka tidak lari. Kalau lari dan terjatuh pun mereka tidak luka cedera. Dan kalau mereka ditendang, diterajang, disepak, dibelangkong waemah jika ditembak dengan peluru hidup mereka tidak akan cedera luka jauh sekali mati terbontang. Sebab mereka kebal tak lot dik peluru.
Hebat sungguh peserta Bersih 3.0. Sebab itu kerajaan takut. Sebab itu polis mesti bertindak menyahhalau mereka dari Dataran Merdeka.

Adakah menteri atau kerajaan berfikir begitu. Maksud saya peserta bersih itu dari manusia yang kebal?
Jawapan saya sama sifatnya seperti diatas bahawa kerajaan ada fikiran dan berfikir secara rasional serta logik. Ertinya kerajaan tahu bahawa peserta Bersih 3.0 itu tidak mampu mengalahkan pasukan polis yang bersenjata itu. Peserta itu bukanlah berani sangat dan mampu bertahan jika diserang oleh polis. Peserta itu akan lari lintang pukang apabila polis menembak ges pemedih mata dan air berkimia. Peserta itu takut kena tangkap. Peserta itu kalau kena hentam, belangkong, pukul, tendang , terajang, sepak dan herdik akan meninggalkan kesan pada fizikal dan mental. Kalau kena pukul dimata, mata akan lebam dan boleh juga keluar darah. Kalau kena herdik dan tengking, mental jadi takut dan trauma.
Sesungguhnya kerajaan atau menteri-menteri kerajaan termasuk juga polis boleh berfikir secara betul dan rasional. Mereka tidak akan dapat menunjukkan bukti bahawa peserta Bersih 3.0 yang dipukul oleh polis tidak menunjukkan kesan pukulan/terajang/sepakan/hentakan/herdikan, misalnya dalam bentuk cedera luka, keluar darah, bengkak dan benjol serta trauma ketakutan.

Jadi memang benarlah apa yang dikatakan oleh Menteri Nazri Aziz seperti yang dipetik dari sebuah berita dalam jawapannya di parlimen antara lain beliau berkata "Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang rengan".
Ya, betul kata menteri itu. Mesti pandang berat. Sebab katanya kalau rakyat tak suka kerajaan, kerajaan boleh jatuh. Tepat sekali jawapan menteri itu. Sebab itu saya katakan menteri kerajaan berakal, punya akal dan berfikiran rasional. Bahawa kerajaan menyedarai rakyat telah tidak suka kepada kerajaan. Jangan tidak ambil pusing akibatnya parah sekali, kerajaan boleh jatuh.
Ada mana-mana pihak mahu berhujah mengatakan tidak logik alasan menteri itu bahawa kerajaan akan jatuh jika rakyat tidak suka? Atau mengatakan menteri itu bercakap bohong? Tidak berdasarkan logik? Ada yang berani dan mahu berhujah?
Kalau ada orang macam ini, orang itu tidak ada akal. Tapi tidak mungkin begitu sebab manusia adalah makhluk Allah yang terbaik yang diberi akal. Jadi orang seperti ini ada akal tapi suka mengakal. Suka mengakal ini maknanya salah gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah lah. Ertinya yang putih dikatakan hitam dan hitam pula dikatakan putih. Paling mudah suka menipu, berbohong dan yang sekerabat dengannya.

Jadi jawapan menteri itu mengesahkan bahawa peserta himpunan Bersih 3.0 itu tidak mampu menjatuhkan kerajaan. Yang mampu menjatuhkan kerajaan ialah rakyat yang bencikan kerajaan. Cuma menteri itu gunakan perkataan 'tak suka' menggantikan perkataan 'benci'. Beliau nampaknya memilih perkataan yang 'lembut' (polite) sesuai dengan pembawaan beliau kot.
Sebab itu kerajaan mesti beri pandangan yang berat. Tetapi Kerajaan menterjemahkan pandangan yang berat itu dengan merujuk kepada peserta perhimpunan dan bukan kepada kebencian rakyat Malaysia seperti yang diakui oleh menteri itu. Oleh kerana salah rujukan maka yang menjadi mangsa ialah peserta Bersih 3.0 yang berhimpun secara aman. Maka kerajaan menggunakan pendekatan menyahhalaukan peserta perhimpunan secara kasar, dan ada yang kata zalim. Ini lah sebenarnya yang berlaku. Kerajaan takut kepada kebencian rakyat. Bila rakyat sudah 'tak suka' (kata menteri), kerajaan akan ditimpa celaka, akan jatuh (kata saya).
Itulah sebenarnya hakikat perhimpunan Bersih 3.0 iaitu satu perhimpunan yang aman bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Kerajaan juga sama ada secara sedar atau tidak sedar mengesahkan melalui jawapan menteri Nazri bahawa yang perlu dipandang berat, yang perlu ditakuti ialah kebencian rakyat kepada kerajaan. Dan kerajaan tahu, rakyat sudah naik mual dan bencikan kerajaan. Benci kerajaan akan menyemarakkan cita-cita dan azam rakyat untuk diterjemahkan dalam undian pilihanraya yang akan datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 50 tahun, tapi banyaaaaakkkk buat susah kepada rakyat. Itulah sebenarnya yang ditakuti kerajaan. Maka peserta Bersih 3.0 jadilah mangsa. Tapi tidak mengapa. Mana ada satu perjuangan yang tidak makan korban?
Jawapan kedua yang menarik perhatian saya ialah tentang fatwa berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0. Sebelum ini semua media dibawah kawalan kerajaan mengatakan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 itu haram. Bukan saja fatwa disebarkan bahkan diadakan perbincangan dan forum oleh orang-orang yang dikatakan berilmu yang kesemuanya menyokong fatwa itu. Nah pada persidangan parlimen ini, kerajaan melalui seorang timbalan menteri wanita pun berkatalah bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mengeluarkan fatwa, cuma nasihat saja.
Macam mana ni? Siapa yang cakap benar? Atau boleh kah dulu cakap fatwa dan hari ini cakap nasihat? Pihak lain atau orang lain misalnya Perdana Menteri tidak boleh keluar nasihat ke? Orang tak percaya ke cakap PM? Kita hanya boleh percaya nasihat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan saja ke ? Kalau macam ni susahlah. Bila ada sesuatu isu timbul maka terpaksalah Jawatankuasa Fatwa bersidang membincangkan isu tersebut dan keluarkan nasihat. Bukan fatwa. Jawatankuasa itu bertukar fungsi jadi penasihat.
Jadi pada hari ini jelaslah bahawa akal yang dianugerahkan Allah itu terlalu amat penting. Sebab itu dalam al-Quran Allah selalu meminta kita sentiasa berfikir. Gunakan otak secara yang terbaik untuk tujuan yang baik. Macam saya kata diatas tadi jangan gunakan akal untuk mengakal. Akibatnya selain dari dosa, rakyat hilang percaya. Bila rakyat hilang percaya, rasa benci atau tak suka kepada kerajaan akan meluap-luap seperti gunung berapi mengeluarkan bahang mengorbankan siapa saja yang dirempuh. Cuma rakyat tidaklah bertindak seperti gunung berapi. Rakyat bertindak melalui peti undi melepaskan luapan benci mereka kepada kerajaan.
Peserta Bersih 3.0 anda didapati tidak bersalah. Bukan perhimpunan anda yang perlu dipandang berat tetapi kebencian rakyat kepada kerajaanlah yang menjadi kerisauan. Dan perhimpunan anda juga disahkan tidak difatwakan sebagai haram. Anda cuma diberi nasihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan