Theflowersellingboy

Sabtu, 16 November 2013

Video-video yang refreshing........tapi tidak interesting




hahaha hahaha hahaha very refreshing .......video-video ini very refreshing sungguh..... menyegarkan mata.......membuatkan dua bibir melebar  merekah senyum.........senyum yang memanjang........disuslu dengan hahaha hahaha ....suara suka terhambur dari kotak suara melalui mulut dengan gigi yang tersingai........hahaha ....hahahahahaaaa.... 

spontan dalam otak terimbau akan peristiwa dan cerita lama yang sama......tema sama, plot dan jalan cerita  sama......exactly 100% sama .... watak pelakunya dari kalangan kerjaya yang sama.....kerjaya hebat...penggubal dasar dan undang-undang...yang menentukan hidup mati rakyat .......miskin kaya rakyat.....kenyang kebulur rakyat.....lokasi pun sama juga....disebuah dewan yang mulia.......hahahahahahhaaa .....dewan yang mulia......

tapi ketika itu aku berada dalam abad sebelum melinium..... aku tengok dengan mata sendiri......dengar dengan telinga sendiri sambil jari-jari kedua-dua tangan kiri dan kanan secara serentak mencuit-cuit kawan-kawan yang duduk sebelah....kiri dan kanan......yang kepalanya sedang geleng-,menggeleng macam tak mahu percaya apa yang dilihat dan apa yang didengar....sebuah drama hdup.......drama yang mencemarkan dewan yang mulia.

itu zaman sebelum melinium.....aku dan kawan-kawan aku tidak kenal you tube, ada ke you tube? ...aku tak tahu........kami hanya tuntun drama hidup d ihadapan mata kepala kami......aku menggeleng kepala....kawan-kawan ku yang duduk di semua barisan tempat duduk yang telah diatur, juga menggelengkan kepala......ada yang tunduk kepala melarikan muka memandang ke bawah.......malu.... tumpang malu akan gelagat dan laku orang-orang itu....orang-orang yang tidak pernah terlupa untuk menyebut dengan lunak...dewan yang mulia.... bila berbicara........

ohh maaf.... aku selalu buat silap... orang-orang itu suka bersuara tinggi, tengking menengkeng.......menjulurkan lidah ejek mengejek...... pilihan kata-kata? ooooh  terlalu jauh dari cantik lagi mulia......macam aku dulu, semasa hingus meleleh yang selamba saja aku kesat pada pergelangan tangan......semasa main kejar mengejar......yang berkesudahannya aku kena tangkap....sebab aku ni semput tak kuat lari.....yang menangkap aku tu kuat lari....tapi aku tak mahu mengaku aku kena tangkap walaupun jelas aku dah kena tangkap....... aku kata kau main tipu....kawan aku marah sebab dia dah penat kejar dan berjaya menangkap aku,.... aku pulak kata dia tipu.........

kami cabar mencabar.....aku yang mulakan dulu....aku ambil dua ketul batu dan letakkkan satu berhampiran kaki aku yang aku kata sebagai kepala bapaku dan dan satu lagi dihadapan kaki musuhku itu yang aku kata sebagai kepala bapa musuhku seraya aku mencabar: jika kau anak jantan pijak batu ni....maksudnya kepala bapa aku,.........dengan pantas lawan ku itu memijak kepala bapaku....aaplagi akupun pijak kepala batu bapak nya pula.....bergomollah kami........

refteshing video vedio ini.....menyegarkan mata.     

Saya telah beberapa kali menonton video-video yang memaparkan perlakuan, tatalaku, kelakuan, perangai, tabiat dan buang tabiat ahli-ahli Parlimen Malaysia melalui tayangan you tube. Tabiat dan buang tabiat yang memalukan, yang dipamerkan oleh penggubal undang-undang negara malaysia, negara yang bakal di masyhurkan  menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar tahun 2020.

Mereka adalah pemimpin, sekurang-kurang itulah yang selalu mereka rasa dan perasan ditambah pula dengan sanjungan yang diberikan oleh rakyat kawasan masing-masing. Mereka adalah 'pemimpin untuk diteladani'. Itulah rangkai kata yang menjadi hiasan bibir kita untuk melahirkan kata-kata pesanan dan panduan khususnya kepada anak-anak didik.  

Semasa merayu undi untuk mewakili rakyat kawasan masing-masing, mereka sungguh hebat sekali. Tiada kata-kata yang dapat melakarkan kehebatannya itu.

Jumpa sesiapa saja, mereka menghulurkan tangan bersalam, sambil membongkok sedikit, sebagai tanda merendah diri, menepok-nepok bahu tanda mesra, mengukir senyum dibibir sebagai pemanis sebelum ketawa mesra, dan ada yang manja. Tidak pernah terlupa membawa oleh-oleh buah tangan, tanda terima kasih kunjungan sudi diterima. Kalau  anak kecil yang ada dihadapan mata, cepat didukung dan dikendong, yang tua dipeluk erat dan tangannya dicium, kalau situa uzur terbaring disudut dapur maka segera dia bersila duduk disisi penuh simpati.

Cantiknya laku, cantiknya budi dan indahnya tutur kata.

Tuntunlah video-video ini. Lihat lagak lakunya. Dengar tutur katanya.  


Bagi saya sekarang ini, setelah melepaskan ikrar taat setia yang paling keramat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH', kesah yang di'youtubekan' ini, adalah paling menyegarkan mata, menyeronokkan halwa telinga...saya masukkan kedalam kategori 'Very Refreshing', AMAT MENYEGARKAN diikuti dengan ketawa hahaha hahaha hahaha....refreshing, very refreshing!

Dulu dibawah naungan SYMP, sikap dan reaksi saya amat berbeza sekali. 

Apa yang saya hendak beritahu kepada sesiapa yang tidak tahu, dan kepada mereka yang sedia tahu, saya hendak menyegarkan ingatan mereka bahawa kisah seperti dalam you tube tadi , sebenarnya telah dipentaskan di lokasi yang sama, di dewan yang mulia, di negeri dan di persekutuan.

Saya amat malu dan tidak percaya drama seperti yang boleh dituntun di you tube tadi, begitu pantas sekali di lakunkan secara hidup-hidup lagi spontan di hadapan mata kepala dan didengar oleh kedua telinga saya, dan kawan-kawan saya dibawah naungan SYMP.  Kami tunduk malu sambil menggeleng-geleng kepala tanda tidak percaya.

Saya menyaksikan dikedua-dua dewan yang mulia. 

Ya, memang tugas saya dan kawan-kawan dibawah naungan yang sama, untuk menyediakan jawapan untuk dibaca oleh menteri, timbalan menteri atau setiausaha parlimen (sekarang ini tiada setiausaha parlimen) bagi soalan-soalan dari ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat; dan  jawapan bagi dibaca oleh Ketua Menteri dan Exco negeri yang ditanya oleh wakil pembangkang di dewan undangan negeri.

Kami juga adalah tempat yang sentiasa menjadi carian mata mata bos-bos kami itu, jika ada soalan tambahan dari ahlipembangkang. Dengan setia dan segera kami cepat membantu memberi maklumat dan statistik yang berkaitan dengan soalan tambahan itu.

Maknanya kami begitu comitted sekali untuk bersama-sama kerajaan, membantu sebaik mungkin bagi menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Ertinya kami perlu menentukan bahawa maklumat dan statistik itu adalah tepat dan betul dan boleh dipertahankan. 

Walaupun menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, ketua menteri dan exco negeri mengambil tanggungjawab dengan apa yang dibaca dari jawapan yang kami sediakan, sesungguhnya kami mengambil tanggungjawab jika fakta dan maklumat yang dikemukakan itu lemah dan salah. Ertinya kami adalah bersama dengan kerajaan.

Tapi, malang sekali, kisah dan peristiwa yang berlaku seperti di'youtube' tadi berlaku juga di parlimen dan dewan undangan negeri pada masa dulu. Paling malang dan memalukan. Sebab kami adalah sebahagian dari mereka yang membaca jawapan yang ditanyakan.  Kata peribahasa 'cubit peha kanan, peha kiri sakit juga'. Atau kita ambil peribahasa yang maknanya mencemarkan kewibawaan kita disebabkan tingkah laku orang lain iaitu 'Seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit lumpur'.

Sekali lagi saya katakan bahawa dulu saya amat malu tapi tidak sekarang. 

Sekarang, tabiat atau buang tabiat ahli-ahli parlimen dari kerajaan dan pembangkang yang dirakamkan oleh you tube dan boleh dituntun dan didengar dialam maya, tidak lagi memalukan saya. Ianya refreshing. Bukan interesting, jauh sekali.

Saya tidak lagi sebagai penyedia jawapan kepada bos-bos itu.

Saya sudah memberikan respons dan menyatakan perasaan saya. Anda bagaimana? Tuntun baik-baik, dengar baik-baik video-video itu. 

Dengar tak perkataan-perkatan ini di dewan yang mulia itu: 

Usul haram, bukan saja haram tapi haram jadah, tipu tipu tipu tipux infiniti?

Nampak tak sambil berdiri orang itu dengan angkuh dan bangga mengoyak kertas. Ada yang kata buat origami.

hahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahhahahahahaha

Anda jangan marahkan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan