Theflowersellingboy

Selasa, 5 November 2013

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1435


Hari ini Selasa 1 Muharram , hari pertama tahun baru Hijrah 1435 dalam kalender Islam. 

Petang semalam sebelum memasuki Maghrib  , umat Islam sama ada secara bersendirian atau berjemaah telah memohon doa kepada Allah agar menerima taubat dan keampunan diatas segala dosa-dosa yang telah dilakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar sepanjang tahun 1434 yang lepas. 

Kemudian selepas, solat Maghrib, berdoa pula  untuk diberikan kekuatan melakukan amal makruf dan meninggalkan yang mungkar agar Allah SWT mengurniakan kebahagian didunia dan diakhirat.

Semoga semua permohanan itu diperkenankan Allah SWT.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1435.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan