Pada hari kedua Tahun Baru Cina , Selasa 11 February 2013 kami sekeluarga mengunjungi Menara Kuala Lumpur diBukit Nanas. Ini adalah kinjungan kedua saya dan isteri selepas lebih dari 20 tahun melakukannya. Tapi kunjungan kali ini agak berbeza sedikit. Sekarang kami suami isteri telah mempunyai dua orang cucu lelaki masing-masing berusia menghampri tiga dan dua tahun. Dalam kunjungan ini hanya disertai cucu yang menghampiti 3 tahun beserta kedua ibubapa dan emak saudaranya. Cucu yang seorang lagi berada di Bandung, Indonesia makan angin bersama ibubapa, atuk dan opah serta bapa dan emak saundara.
Kain Rentang MENARA KUALA LUMPUR dalam tulisan Rumi dan Jawi |
Harga tiket bagi dewasa RM29.00. Bagi pasangan suami isetri diberi diskaun RM3.00 satu pasangan. Warga emas seperti saya dan isteri RM19.00 |
Bergambar Sekeluarga. Yang kecil tangannya dipegang oleh umminya Ira itu ialah Yousef Imran. Bapanya Yad yang ambil gambar. |
Saya sempat juga berbual pendek dengan pelancung itu. Secara amnya beliau terlalu memuji tentang Malaysia terutama tentang masyarakat yang berbilang kaum yang dapat hidup dalam keadaan harmoni dan persekitaran Malaysia yang dikatakan bersih. Saya tersenyum dengan pujian itu sambil mengucapkan ,' Thank you sir. Hope you will come again in the near future". Sehabis saja saya berkata, pelancung itu bertanyakan sesuatu yang saya tidak sangka, yang menjadi minat kepadanya sebagai pelancung. "Excuse me sir, what shall I say 'welcome' and 'thank you' in your native words, your Malaysian language?" Dengan cepat mata saya memandang ke arah tulisan yang dipaparkan di banner yang tergantung itu. Saya naik malu apbaila perkataan Melayu yang ditanya itu tiada tertulis. Saya terkedu diam membisu buat seketika. Tapi apabila saya hendak memberitahu perkataan-perkataan yang ditanya itu, pelancung yang baik itu bersuara lembut, "I like to collect souvenirs whenever I visit foreign countries. And one which I will never forget to add to my collections is the greeting words of the people of the host country, such as welcome and thank you".
Dengan malu-malu saya pun memberitahu, "Selamat Datang for welcome dan Terima Kasih for Thank You". Pelancung itu menoleh melihat banner di belakangnya kalau-kalau ada tertulis perkataan itu. Matanya terbeliak besar, 'tak jumpa pun', mungkin itu yang membuatkan matanya terbeliak besar.
Macam mana kita rakyat Malaysia, khususnya pihak berkuasa yang mengurus Menara Kuala Lumpur, tak perasan ke akan keperluan pelancung tentang bahasa kita untuk dijadikan sebahagian dari kumpulan suvenir mereka? Kalau tak mampu tulis banyak-banyak, tulis selamat datang dan terima kasih pun sudah menjadi satu daripada produk sebagai galakan pelancung untuk datang ke Malaysia. Bertambah lagi kantung kita. Meningkat juga sumbangan sektor pelancungan kepada ekonomi negara kita.
Kalau tak perasan juga pentingnya bahasa sendiri pada pelancung, BELIAKKAN MATA LUAS-LUAS , TENGOK BANNER ITU SEMULA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan