18 Disember, 2012.
Setelah melalui gelombang laut China Selatan yang kadang-kadang mencapai 5 meter tinggi akhirnya rombongan kami sampai di Pelantar Telok Exxon Mobil yang mengambil masa prjalanan 18 jam dari Pengkalan Kemaman, Terengganu. Sebahagian besar dari kami muntah-muntah dik lambungan ombak yang begitu kuat ke atas kapal yang kami naikki.
Setelah melalui gelombang laut China Selatan yang kadang-kadang mencapai 5 meter tinggi akhirnya rombongan kami sampai di Pelantar Telok Exxon Mobil yang mengambil masa prjalanan 18 jam dari Pengkalan Kemaman, Terengganu. Sebahagian besar dari kami muntah-muntah dik lambungan ombak yang begitu kuat ke atas kapal yang kami naikki.
Kami adalah pekerja dari Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) yang telah ditugaskan di Pelantar Telok Exxon Mobil. Kami terdiri dari berbagai kepakaran dan kemahiran. Kami ditugaskan ke off shore adalah secara bertukar ganti dalam tempoh tertentu. Kalau sepanjang masa di pelantar di tengah-tengah laut tanpa menjejak tanah besar, rasanya boleh jadi gila. Baru sampaipun sudah rasa satu macam.
Saya, Lukman Hakim bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan non-destructive. Saya mengambil giliran kawan saya yang telah mendarat setelah bertugas selama 45 hari.
Sesampai saja di destinasi, kepala saya pening dan badan rasa lemah setelah disebabkan beberapa kali muntah. Kawan-kawan yang lain pun serupa juga. Oleh itu saya tidak berdaya untuk menghubungi/menalipon kedua ibubapa di Putra jaya bagi menyampaikan berita yang mereka harap dan tunggu, saya dan rombongan selamat sampai.
Esoknya setelah segalanya kembali normal, saya telah menghubungi kedua ibubapa. Mereka terlalu gembira dengan berita itu.
Sesiapa yang tidak pernah atau belum bekerja di Pelantar, ditengah-tengah laut mungkin mempunyai imiginasi bahawa kerja di pelantar amat rumit dan memenatkan. Sebenarnya tidaklah begitu. Kurang lebih sama saja dengan kerja di daratan. Dari segi risiko keselamatan memanglah lebih berbanding di darat. Tapi semua yang bertugas di pelantar telah menjalani prosedur keselamatan, telah di beri latihan dan mempunyai lesen.
Jika gelombang terlalu besar misalnya sampai 6 atau 7 meter tingginya, petugas yang tinggal diatas kapal tidak akan dibenarkan untuk pergi ke pelantar, bahaya. Jadi ada ketikanya saya dan kawan-kawan duduk-duduk saja, tiada kerja. Ada juga kawan-kawan yang mencuri-curi memancing kerana memancing tidak dibenarkan.
Saya duduk dalam bilik berkongsi 4 orang. Makan minum disediakan. Tapi makanan yang disediakan tidak sesuai dengan selera saya. Ada pihak yang menguruskan cucian pakaian kita. Saluran tv pun ada termasuk Astro. Untuk berhubung dengan keluarga di darat disediakan talian talipon. Tapi kenalah berbaris untuk membuat panggilan secara bergilir-gilir. Semua petugas faham dan dengan itu tidak ada yang bergantung dengan talipon terlalu lama.
Petugas-petugas tediri dari berbagai warga negara. Ada warga Nepal, Bangladesh, Filipina, Myanmar dan Indonesia selain warga Malaysia. Saya berkesempatan berborak dengan warga Nepal dan Bangladesh yang boleh berbahasa Melayu. Mereka begitu gembira sekali bekerja di pelantar. Seorang dari mereka yang terlibat dalam kerja 'scalfholding' berkata sedikit lebih kurang begini, apabila ditanya perasaan mereka bekerja di'offshore' berbanding di darat, "Bagush, sangat bagush. Makan ada, minum ada semua free. Baju ada orang basuh. Kerja tada, gaji ada. Gaji boleh tahan".
'Kerja tada gaji ada itu' , ditujukan kepada hari-hari yang ombak laut terlalu besar dan tinggi yang tidak membolehkan pekerja dibawa ke pelantar kerana berisiko tinggi. Maka duduk berehatlah mereka tanpa kerja. Gaji tetap juga dibayar. Gaji pun lebih tinggi dari gaji bekerja didarat.
Sudah masuk hari yang ke 40an. Rasa jemu mula timbul, teringatkan daratan. Hari-hari pasang telinga kalau-kalau nama naik melalui 'paging'. Ada saja kapal yang datang, harapan sentiasa ada dalam hati bahawa giliran sudah sampai untuk ke darat.Tunggu punya tunggu, akhirnya pada 17.2.2013 nama saya naik untuk ke darat.
Perjalanan memakan masa yang sama18 jam untuk sampai ke Pengkalan di Kemaman. Yang bezanya kali ini saya tidak muntah-muntah, tapi sedikit keletihan. Di sebelah petang kamipun bertolak pulang ke Johor Baru dengan menaikki bas. Tapi bas buat perangai pula, rosak berhampiran Mersing.
"Aduuuuuuh, dah le penat dan mengantuk, bas rosak pula. Nasib-nasib".
Saya ambil cuti seminggu, nak berihat jumpa keluarga dan kawan-kawan.
Dengar berita bulan Mac ini, sekali lagi ke Pelantar Telok, di offshore Terengganu.
"Pergi lagi". Bagi saya tidak ada masalah, boleh saja, bukannya lama sangat. Bagi warga Nepal dan Bangladesh, sudah tentu mengalu-alukan berita ini, "Kerja tada, gaji ada. Gaji boleh tahan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan