Mengapa BN jadi angkuh dan sombong? Mengapa BN berani saja, bersahaja dan selamba melakukan apa yang dia suka walaupun didepan mata kita: melakukan berbagai penyelewengan dan yang keji-keji? Mengapa dan mengapa mereka mengulangi perbuatan-perbuatan itu walaupun kita telah selalu ingat dan tegur? Mengapa BN itu angkuh sangat?
Selama 12 kali pilihanraya kita telah panjangkan hayat BN dengan harapan agar BN dapat mengubah dan memperbaikki diri dan menjauhkan yang keji-keji. Tapi apa yang telah BN lakukan? Masih meneruskan yang keji-keji.
Mengapa jadi begini?
Sebabnya hanya satu. Kita beri undi tanpa syarat. Undi kita, BN anggap sebagai simpanan tetap- fixed deposit. Bila tiba tempoh matang, BN raih keuntungan yang sudah tentu dapat. Itulah salah kita. Itulah 'dosa' yang kita telah buat sebanyak 12 kali pilihanraya.
Sebab itu, BN selalu kata, hantar batu dan kayu pun, asalkan ianya jenama BN, parti itu tetap menang. Begitulah sombong dan angkuhnya BN sehingga menganggap kita yang mengundi ini seperti manusia yang tidak ada otak, tidak ada perasaan.
Memang betulpun kata BN itu sebab mereka buat yang keji-kejipun orang tetap pilih BN. Sampai sekarang pun ada juga orang dari jenis itu.
Sepatutnya undi kita itu undi bersyarat yang perlu dikaji paling lama setiap 5 tahun atau bila pilihanraya diadakan. Jika syarat kita diperkenankan dan ditunai menurut apa yang sepatutnya maka sambungkan hayat parti itu bagi tempoh seterusnya.
Tapi jangan keliru tentang penunaian syarat itu. Jangan mata kita mudah jadi kelabu. BN juga ada syarat semasa menunaikan syarat pengundi (janji ditepati). Renungkan hal dibawah ini.
Bila kita mintak projek, dia beri projek
Kita senyum suka tapi kita lupa berapa banyak wang dia ambik
Bila kita minta jalan, dia beri jalan
Kita jangan lupa berapa banyak duit yang dia ditelan
Apa lagi?
Semua dia akan beri
Asalkan dia untung kita rugi.
Hendak masjid dan surau?
Bisa saja diatur
Sebab rasuah itu tidak kotor.
Apa masalah kalau tiada wang
BN buat banyak hutang
Kalau negara jadi pokai
Senang saja, kena dan naikkan cukai
Apa yang berlaku sepanjang tempoh 12 kali pilihanraya ini ialah keadaan-keadaan seperti yang digambarkan diatas.
Jadi untuk PRU ke13 ini kita perlu menolak BN. Pilihlah PR. Tapi undi kita juga undi bersyarat. Kalau PR pun nanti melakukan perangai yang sama seperti BN, kita perlu tolak PR pada PRU ke 14.
Ingat, undi kita sangat berharga. Sebab itu kita berhak menetapkan syarat. Dan lihat pula bagaimana cara parti itu menunaikan syarat kita. Kalau dia yang banyak untung dan kita sentiasa rugi dan hidup dibebankan dengan banyak masalah maka tolaklah parti seperti itu. Buat masa sekarang, jelas parti yang kita perlu tolak ialah BN. Ini kalilah. Lain kali kalau BN jadi parti yang baik dan PR pula buat yang keji, lain kalilah kita undi BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan