"Jangan dekat dengan ABCD. Bahaya kerana sudah terlalu sengit.
Kalau diibarat sebagai kapal ianya sudah hampir hendak tenggelam.
Bila seluruh kapal itu tenggelam?
Bermula 5 April ini , hanya yang boleh nampak serombongnya saja.
Masuk 6 April, MATA sebagai saksi mengatakan kapal itu tidak lagi boleh kelihatan. Maka pemandangan sekitarpun bertukar menjadi lebih bersih, indah, menarik dan cantik. Meriah dan mesralah kita semua dibawah SINARAN BULAN PURNAMA kerana atas PAKATAN RAKYAT, kita akan dibawa terbang keangkasa raya dengan ROKET yang sedia menunggu".
Itulah kesan yang baik jika kita sebagai pengundi menjauhi atau jangan duduk dekat dengan jenama ABCD pada 5 April ini. Perkataan yang mudahnya tolak jenama ABCD. Lebih mudah lagi jangan beri undi pada ABCD.
Apa itu ABCD?
ASALKAN BUKAN CAP DACING.
Maknanya jangan undi BN.
Undilah PAKATAN RAKYAT kerana PR beri pilihan. Boleh undi PKR. Boleh undi PAS. Boleh undi DAP.
BN tidak beri pilihan. Hanya terpaksa undi BN. 12 kali pilihanraya yang lalu kita asyik undi BN. Oleh kerana terlalu lama berkuasa, orang BN sombong, angkuh, salah guna kuasa, perasuah dan penyebar berbagai fitnah dan pembohongan. Mereka sukalah sebab hidup mereka mewah. Yang susah kita , rakyat terbanyak.
Satu lagi perangai BN ialah mulutnya manis, lidahnya lembut untuk menutur kata, tangannya tidak renti-renti bergerak- salam sanalah, salam sinilah, dokong anak-anak kecillah, usap kepala anaklah, dukung orang kurang upayalah dan macam-macam jenis gerakan tangannya terpaksa dilakukan. Yang paling suka dilakukan ialah salam berisi wang. Dah dapat BR1M? Dah pergi KR1M? Dan macam-macam lagi 1M.
Tapi perangai itu ada tarikh mula dan tarikh luputnya. Bermula nak pilihanraya dan luput sehabis pilihanraya. Kalau menang , perangai lama semula jadi mengambil tempat. Sebahagian besarnyalah. Ada yang baik.
Kalau kalah, mereka akan bermuhasabah. Merenung, mencari, berfikir dan bertanya diri sendiri apakah silap mereka. Sebenarnya mereka sendiri tahu apa silap atau salah mereka tetapi dik ketagihkan kuasa, dik sayangkan kemewahan dan dik sayangkan kedudukan mereka terhayal dan menjadi hayal sehingga mereka lupa siapakah yang meletakkan mereka berkuasa, menjadikan kehidupan mereka lebih baik dan kedudukan mereka ditempat yang terhormat. Tambah-tambah lagi diberi kuasa lebih 55 tahun. Maka mereka jadi sombong dan angkuh sehingga apabila kita memberi pendapat atau hujah yang berbeza dengannya, mereka dengan cepat memotong dan sombong berkata:
"AKU ke boss atau kau"
"SIAPA KETUA MENTERI/MENTERI BESAR? AKu ke kau?"
Dan macam-macam kata-kata yang tidak manis dan santun, tidak seperti semasa mereka meraih undi.
Tapi yang paling malang sekali ianya tidak amanah kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Akibatnya rakyat terbanyak yang menderita.
Jadi mengapa kita mahu membiarkan perbuatan seperti itu berterusan? Jika kita beri BN menang, kita juga bertanggungjawab untuk tidak membantu calun-calun BN itu bermuhasabah, untuk memperbaikki diri dan membetulkan yang salah. Bukankan lebih baik kita membantu cara begitu?
Dengan itu berilah undi kepada PR kerana disana ada MATA yang memandang, Bulan yang menyinari alam dan Roket yang membawa kita keangkasa raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan