Akhirnya dia yang kita tunggu dah sampai. Siapa dia tu? Pagi tadi kurang lebih pukul 11.30 pagi ada orang beri tahu bahawa saatnya telah pun tiba, dia dah sampai. Telah sampai masanya Parlimen Malaysia dibubarkan seperti yang diumumkan oleh PM, DS Najib .
Sebelum 11.30 pagi , Rabu 3 April 2013, Najib masih lagi PM Malaysia yang sah. Tapi selepas diumumkan bahawa parlimen dibubarkan , Najib bukan lagi PM Malaysia seperti yang disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk menjadi PM, seseorang itu mestilah seorang ahli dewan rakyat yang mendapat kepercayaan ramai dari kalangan mereka dan yang diperkenankan oleh YDA. Sekarang, Najib dan yang lain-lainnya telah lupus tarikh sah menjadi ahli dewan rakyat.
Maknanya tidak layak menjadi PM. Tapi mengapa masih lagi meneruskan tugas sebagai PM? Adakah YDA mempunyai budibicara untuk meneruskan Najib sebagai PM? Jika begitu orang lain juga layak menjadi PM dalam tempoh pembubaran Parlimen sehingga keputusan pilihanraya ke 13 diketahui.
Sebenarnya saya bukan mahu bicarakan soal PM dalam tempoh parlimen dibubarkan. Biarlah YDA buat keputusan, tak ada hal.
Yang saya nak bicarakan ialah sudah kah kita bersedia untuk mengundi? Maksud saya bukan saja suka-suka memangkah tetapi memangkah bagi tujuan mendapatkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah, adil, tidak angkuh dan sombong. Itulah kerajaan yang kita cari.
Bagaimana caranya?
Saya simpulkan begini dalam dua ungkapan yang telah saya paparkan terdahulu, berbunyi:
"Jika kita menolak BN pada pilihanraya ke 13 ini, kita telah mengeluarkan diri kita dari derita yang telah kita lalui lebih dari 55 tahun".
dan
"Rakyat tidak bodoh. Jika PR pun sama atau lebih teruk dari BN, tindakan yang sama kita boleh lakukan, nyah PR dari tampuk kuasa kerana kita menderita selam 5 tahun".
"Jika kita menolak BN pada pilihanraya ke 13 ini, kita telah mengeluarkan diri kita dari derita yang telah kita lalui lebih dari 55 tahun".
dan
"Rakyat tidak bodoh. Jika PR pun sama atau lebih teruk dari BN, tindakan yang sama kita boleh lakukan, nyah PR dari tampuk kuasa kerana kita menderita selam 5 tahun".
Dua ungkapan diatas terdapat dalam paparan terdahulu bertajuk: Harapan Saya, Harapan Kita.
Ungkapan itu menjawab pertanyaan bagaimana caranya kita boleh mendapatkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah, adil, tidak angkuh dan sombong.
Ungkapan itu menjawab pertanyaan bagaimana caranya kita boleh mendapatkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah, adil, tidak angkuh dan sombong.
Kita tolak BN. Kita undi PR.
Ini kalilah kita beri tahu dengan jelas dan berani bahawa orang politik (kerajaan dan pembangkang) jangan permain-mainkan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. Kita beritahu kepada BN bahawa jangka hayat kamu telah tamat kerana selama lebih 55 tahun kamu adalah kerajaan yang bongkak dan sombong sehingga rakyat menderita dalam tempoh berkenaan.
Mungkin BN dan penyokong BN tidak faham apa yang saya maksudkan derita itu kerana pada mereka pemberian wang BR1M 500.00 itu yang dilakukan sekali dalam tempoh penggal pemerintahan sudah cukup untuk membersihkan perangai bongkak dan sombong selama lebih 55 tahun. Saya akan bicarakan lebih lanjut lagi.
PR pula apabila diberi tanggungjawab, jangan lupa diri berlagak sama atau lebih teruk dari BN. Jika demikian humbankan mereka jauh dari sumber kuasa.
Kita tolak BN, lepas senggara selama lebih 55 tahun. Pilih PR, ianya telah menjanjikan sebuah kerajaan yang memberi fokus kepada tata kelola tadbir yang baik demi kebajikan rakyat dan kebaikan negara. Rujuklah kepada manifesto PR: Pakatan Harapan Rakyat.
Tapi kita ingatkan kepada PR, jangan menipu kerana kita tidak bodoh, undi ditangan kita, PR boleh juga menerima nasib yang sama seperti BN.
Jadi kalau sesiapa ada keraguan dengan janji PR, jangan susah hati. Kita boleh buang mereka.
Kesannya dari mengundi PR itu ialah kita dapat kerajaan yang baik. Jika kita kena tipu, kita hanya merana selama 5 tahun saja. Kalau teruskan dengan BN, kita melanjutkan derita yang telah kita lalui selama lebih 55 tahun.
Mengapa kita perlu tolak BN?
Mengundi BN kita akan menghadapi satu keadaan yang sudah tentu akan terjadi. Kita akan melanjutkan perangai orang yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah (mungkir janji), zalim (tidak adil), sombong, angkuh dan bongkak untuk menerajui negara sekali lagi. Bermakna secara terkumpul kita akan menderita selama 60 tahun.
Mahukah kita?
Sudah tentu kita tidak mahu.
Tapi saya percaya penyokong tegar BN masih mengatakan BN perlu diteruskan. Sebab mereka ini terpedaya dengan pemberian wang segera BR1M dan lain-lain bantuan/kemudahan atas jenama 1M. Mereka tidak lagi boleh berfikir secara tenang, tertib dan rasional. Taksub menguasai hati nurani mereka kerana mereka diajar supaya rakyat mesti sentiasa berterima kasih, mesti mengenang budi dan sentiasa bersyukur diatas pemberian yang telah diberi oleh kerajaan.
Mereka yang menerima bantuan sekali dalam 4/5 tahun pemerintahan tidak pula berani bertanya siapakah sebenarnya patut mengenang budi? Parti dan orang politik yang telah dimenangkan itu atau Rakyat? Sudah tentu mereka, parti dan orang politik itu yang sepatutnya mengenang budi rakyat yang telah meletakkan mereka pada kedudukan sebagai peneraju kerajaan.
Maknanya rakyat yang menyokong BN tidak faham apa ertinya sebuah pilihanraya dan tanggungjawab sebuah kerajaan. Sebab itu mereka (pemimpin BN) terlalu sombong dan bongkak meminta rakyat sentiasa berterima kasih kepada kerajaan. Jika tidak mereka akan dizalimi dalam berbagai bentuk- menyalahguna kuasa, rasuah, berbelanja besar dan bermewah sedangkan rakyat susah, dan dinafikan untuk mendapat projek bagi kawasan-kawasan yang diwakili pembangkang. Dan yang paling hina sekali ialah menafikan hak yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi sesuatu negeri bukan dibawah BN untuk mendapatkannya. Contoh paling jelas ialah royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan PAS.
Kita tanya penyokong BN khususnya UMNO : Adakah ini tidak zalim? Adakah ini tidak jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu? Adakah ini tidak menyalahi ajaran Islam?
Soalan-soalan itu adalah bagi hal-hal yang selalu digembar gemburkan oleh UMNO sebagai nyawa perjuangan mereka. Mereka memperjuangkan demi Melayu. Mereka memperjuangkan demi Islam. Konon.
Apakah tindakan mereka itu memberi kebaikan kepada orang Melayu atau yang selalu disebut sebagai 'Hidup Melayu'? Adakah majoriti rakyat Kelantan itu orang bukan Melayu dan tidak beragama Islam?
Nampak? Sudah tentu mereka nampak sebab mereka ada mata. Cuma mereka tiada hati yang baik. Sebab itu fitnah memfitnah dan mengaibkan orang dengan dakwaan seks songsang dan perlakuan moral yang rendah sudah menjadi budaya mereka yang diterima sebagai benar, yang telah mendaging seluruh anggota badan mereka dan boleh dilakukan sebebas-bebasnya tanpa ada apa-apa tindakan dari pihak yang berkuasa.
Saya percaya mereka dengan gila-gila dan marah menafikan. Sebab mata hati mereka tidak pernah melihat dan merasakan bahawa perbuatan itu terlalu kejam kerana mereka sentiasa mendapat perlindungan. Sebab itu mereka adalah manusia yang sombong dan bongkak. Mereka tidak pernah takut disaman kerana apalah ada pada saman sedangkan Allah mereka boleh permainkan.
Untuk membuktikan bahawa mereka dipihak benar maka hebuhlah mereka dengan cabaran bersumpah dengan al-Quran. Maka mereka dengan berani dan tidak malu-malu mencabar pihak yang didakwa agar membuktikan bahawa video seks itu tidak melibatkan pihak lawan yang didakwa. Caranya dengan bersumpah.
Mengapa perlu bersumpah. Bersumpah atau tidak Allah amat mengetahui. Kenapa tidak ditangkap saja semasa orang itu sedang melakukan perbuatan itu? Sebab perbuatan itu kononnya dilakukan bukan sekali. Bahkan dikatakan ada video yang bersiri. Maknanya pihaknya sudah mengetahui bahawa perbuatan itu akan dilakukan.
Tidak salahkah dari segi hukum negara menyebar dan menayangkan filem lucah. Tidak salahkah dari segi hukum Islam perbuatan menonton, menayang dan menyebarkan filem/video seperti itu?
Dari segi hukum negara ianya salah, dan mereka terlalu maklum akan perkara ini kerana mereka bukan orang biasa-biasa tetapi telah pernah menjadi pemimpin. Dan mereka juga tahu bahawa mereka sentiasa dilindungi. Ok, kita terima realiti bahawa mereka ada kuasa dan tahu menyalahgunakan kuasa.
Tapi bagaimana dari sudut Islam yang mereka terlalu bangga dan menaruhkan pergantungan dalam survival politik mereka. Adakah Islam membenarkan perkara itu? Sudah tentu tidak. Jadi hebuhan mereka mengatakan demi Islam itu adalah satu pembohongan yang jelas dan nyata. Dia hanya tinggal sebagai cerita dongeng yang dihebuh-hebuhkan.
Itulah saya katakan BN ini sombong dan bongkak. Mereka lakukan kepada manusia dan mereka juga lakukan kepada Allah.
Kita lihat pula bagaimana BN menguruskan wang negara. Terlalu panjang kalau mahu disenaraikan salah urus wang yang dilakukan. Ambil contoh beberapa projek dan urusan. Projek beli kapal selam scorphene- melibatkan rasuah 500 juta dalam bentuk komisyen; projek lembu- melibatkan pinjaman mudah dari kerajaan kepada keluarga menteri yang gagal mencapai maksud projek; projek pusat pertahanan negara- tidak dibena walaupun tanah 200 ekar lebih telah diberikan kepada pimpinan UMNO untuk dilaksanakan secara penswastaan, kemudian lebih dahsyat lagi orang yang gagal menjalankan tanggungjawab itu diberikan wang sebanyak 160 juta dari sumber LTAT. Banyak lagi terutama yang melibatkan cara membuat perolehan, pembelian dan tawaran kontrak. Ada saja wang yang disalah uruskan.
Apa lagi? Soal moral dan akhlak?
Saya telah nyatakan diatas contohnya- membuat fitnah dan video seks. Baik dan tinggikah moral dan akhlak orang seperti ini. Kalau BN dan penyokong BN kata baik saya tidak hairan. Cuma yang saya hairan ada juga rakyat yang menyebelahi BN walaupun dia sendiri amat benci dengan perbuatan seperti itu. Finomina seperti ini bagi saya sungguh gila.
Jadi kalau sudah gila maka mereka pilihlah kerajaan yang macam-macam gila. Gila kuasa, gila berbohong dan gila wang ringgit dan segala gila yang lain.
Saya tidak mengatakan BN selama memerintah tidak melakukan yang baik-baik. Ada dan terlalu banyak jika mahu disenaraikan terutama dalam membangunkan infrastruktur dan taraf sosial dan ekonomi rakyat. Tapi malangnya mereka mengambil kesempatan yang melampau sehingga sebahagian besar pembangunan yang dibawa akan memberi keuntungan kepada mereka dan orang yang dekat dengan mereka dengan cara yang tidak betul. Contoh- sekiranya kos projek itu 5 juta ianya akan menjadi 20 juta. Kos yang berlebih itu akan ditelannya. Berbagai cara digunakan bagi mendapatkan wang haram itu . Satu dari caranya ialah menggunakan sistem tawaran tender tertutup, design and build dan tender secara rundingan terus. Bahkan cara yang nampaknya sebagai selamat masih lagi boleh di salahgunakan kerana yang berkuasa ialah mereka (pemimpin politik) dan yang sentiasa menerima arahan dan patuh pada arahan ialah penjawat awam. Saya Yang Menurut Perintah.
Dengan demikian ambillah peluang terbaik kali ini untuk merehatkan BN dari memimpin negara. Beri peluang mereka bermuhasabah diri.
Undilah PR dan beri peluang kepada PR membuktikan bahawa mereka boleh melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat. Risiko memang ada. Tapi jika rakyat tidak memberi peluang kepada PR bagaimana parti itu boleh membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir negara dengan baik.
Untuk lebih yakin lagi, lihat dengan tenang pentadbiran negeri-negeri dibawah PR berbanding negeri-negeri dibawah BN. Rujuklah Laporan Ketua Odit Negara, disana ada maklumat dan fakta yang jelas menyatakan bahawa negeri-negeri dibawah PR adalah lebih baik berbanding dengan negeri-negeri dibawah BN.
Kaji dan telitilah manifesto PR dengan berlapang dada, tenang dan tertib.
Adakah anda hanya mahukan BR1M dan jenama 1M yang lain sekali dalam tempoh pemerintahan kerajaan seperti yang dilakukan oleh BN atau mendapat faedah yang untuk kebaikan jangka masa panjang. Kalau tanya saya, saya pilih feadah jangka masa panjang. Anda juga perlu pilih seperti yang saya pilih.
Anda sanggup berbaris berjam-jam untuk mendapatkan BR1M seakli dalam tempoh 4/5 tahun sebab anda memang memerlukannya. Maknanya anda masih lagi orang susah, orang miskin setelah anda berada dibawah pemerintahan BN selama lebih dari 55 tahun. Jadi tidakkah lebih menguntungkan anda jika anda menerima tawaran dari PR, yang antaranya seperti berikut:
i) Dasar Pelajaran Percuma.
ii) Menghapuskan PTPTN dan hutang PTPTN.
iii) Menghapuskan AES.
iv) Mengurangkan harga letrik.
v) Menurunkan harga minyak.
vi) Menghapuskan tol berperingkat.
vii) Menurunkan harga kereta dan motorsikal
viii) Banyak lagi. Telitilah manifesto PR.
Ingat anda masih susah dan miskin. Kalau anda perlu BR1M maka anda juga terlalu memerlukan apa yang ditawarkan oleh PR. PR hanya boleh melakukannya jika anda memberi undi kepadanya dalam pilihanraya yang ke 13.
Ingat, bahawa yang patut kenang budi dan berterima kasih ialah orang dan parti politik yang kita pilih menjadi kerajaan, bukan kita. Jika kita pilih PR maka mereka lah berterima kasih kepada kita atas budi kita meletakkannya sebagai kerajaan. Jadi jika ada diantara mereka nanti meminta kita berterima kasih maka kita beri satu jawapan, sama seperti yang kita beri kepada BN, boleh jalan dan bye-bye.
Dia dah sampai dan kita rakyat telah bersedia untuk undi PR dan tolak BN. Bukan begitu? Saya harap begitulah kerana BN terlalu bongkak dan sombong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan