Apakah kejayaan UMNO sebenarnya?
Kejayaan UMNO sebenarmnya ialah dapat mengekalkan kuasa menerajui kerajaan lebih dari 55 tahun.
PRU ke 13 macam mana, terus kekal berkuasa?
Allah sahaja yang maha mengetahui. Cuma persaingan untuk mengekalkan kuasa kali ini adalah sengit sekali yang membuatkan perjalanan UMNO tidak semudah pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas.
UMNO berjaya mengekalkan kuasa kerana dapat menyakinkan majoriti orang Melayu bahawa UMNO memerjuangkan agama, bangsa dan negara. Maksudnya UMNO memperjuang dan mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu, dan negara Malaysia (dulu Persekutuan Tanah Melayu)- dari dulu, kini dan selama-lamnya.
Kejayaan UMNO meyakinkan majoriti Melayu dengan perjuangannya itu melalui 2 cara berikiut:
i) UMNO sebagai parti orang Melayu. Ertinya sebuah parti berasaskan kaum sama seperti rakannya MCA yang memperjuangkan kaum Cina dan MIC yang memperjuangkan kaum India.
ii) Menimbulkan perasaan tidak selamat, bimbang dan takut kepada orang Melayu jika selain dari UMNO dipilih dan menjadi kerajaan. Tidak selamat dari segi kedudukan orang Melayu misalnya bahasa dan kebudayaan Melayu, hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.
Melalui cara (i) UMNO adalah sebuah parti perkauman. MCA adalah juga parti perkauman- perkauman Cina dan MIC juga parti perkauman- perkauman India. Walaupun parti-parti itu telah bergabung atas nama perikatan, mereka hanya bertanding dikawasan majoriti kaum masing-masing untuk satu kemenangan yang pasti.
UMNO adalah demi Melayu? Pada awal perjuangan ianya sebenarnya begitu. Tetapi semakin mengejar kemajuan dan pembangunan fizikal, semangat kemerdekaan telah bertukar kepada mencari kekakayaan dan kemewahan. Paling nyata sekali apabila Dr. Mahathir menjadi PM. Pada tempoh itu , kerajaan telah memberi fokus yang utama kepada menguruskan negara sebagai entiti perniagaan. Maka diperkenalkan konsep persyarikatan Malaysia dan penswastaan.
Dari segi konsep dan matlamat, dua-dua perkara diatas adalah baik. Tapi dari segi perlaksanaan ianya telah mewujudkan golongan-golongan kecil yang terpilih yang terdiri dari berbagai kaum-ada orang Melayu, ada orang China dan ada orang India. Mereka, golongan yang kecil inilah telah mendapat faedah yang banyak dan besar dari perlaksaan penswastaan dan persyarikatan Malaysia.
Maknanya UMNO bukanlah sebenarnya demi Melayu. UMNO hanya menggunakan demi Melayu bagi faedah beberapa orang Melayu yang terpilih dan juga orang bukan Melayu. Sebab itu setelah lebih 55 tahun UMNO berkuasa, sebahagian besar orang Melayu masih susah dengan pendapatan dibawah paras kemiskinan.
Ada kesan yang buruk dengan cara yang dilakukan itu. Antaranya sebahagian besar orang Melayu tidak mendapat peluang untuk memperbaikki ekonomi mereka kerana peluang itu telah diambil oleh mereka yang dekat dengan kepimpinan. Tidak mewujudkan daya saing dikalangan orang Melayu yang terpilih itu kerana projek ataupu konsessi atau pun kontrak boleh didapatkan secara mudah-tersedia dihidangkan dalam dulang emas.
Bagi orang Melayu selain yang berkedudukan terpilih itu, hanya orang Melayu UMNO saja yang mudah mendapat projek, kontrak atau pun konsessi. Orang Melayu UMNO ini juga tidak berdaya saing.
Dengan demikian apabila berlaku kemerosotan ekonomi kedua-dua golongan Melayu UMNO tadi tiadak boleh bertahan dan banyak yang menghadapi masalah kewangan dan ada yang bengkerap.
Kesan yang lain ialah orang Melayu yang bukan UMNO diketepikan.
Jadi UMNO itu bukanlah demi Melayu. Ianya demi sebahagian kecil ahli yang terpilih dan orang Melayu ahli UMNO yang lain.
Demi Agama Islam?
Oleh kerana asas perjuangan UMNO ialah kaum maka UMNO bukanlah sebenarnya parti yang memperjuangkan Islam. Islam tidak berasaskan kaum. Bagaimanapun UMNO menggunakan tafsiran Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Melayu itu adalah juga Islam maka UMNO mendakwa parti itu memperjuangkan Islam. Dan ini telah diterima sebagai benar oleh majoriti Melayu terutama penduduk luar bandar.
Jika sebenarnya UMNO itu parti orang Melayu (yang ditafsirkan sebagai Islam dalam Perlembagaan) mengapa pula UMNO menerima Bumiputera bukan Islam sebagai ahli? Mengapa UMNO menentang perlaksanaan hukum Islam? Maknanya UMNO bukanlah parti demi Islam.
UMNO ialah parti demi kaum. Itupun bukan semua orang Melayu termasuk dalam pertimbangan UMNO untuk dibangunkan.
UMNO demi mempertahankan institusi Raja-raja Melayu?
UMNO tidak juga sebuah parti bagi mempertahankan institusi raja-raja Melayu. Pindaan Perlembagaan bagi mengekang dan mengurangkan kuasa raja-raja Melayu yang didahuli dengan mendedahkan perlakuan dan moral raja-raja Melayu adalah bukti nyata bahawa UMNO demi istana itu tidak benar.
UMNO demi negara?
Ini pun boleh diragukan. Sebab kepimpinan UMNO yang tertinggi iaitu PM telah terlibat dalam pemberian kewarganegaran kepada pendatang asing sama ada yang datang secara sah atau sebaliknya dengan cara yang boleh dipertikaikan sah dari segi undang-undang seperti yang didedahkan dalam penyiasatan Suruhanjaya Di raja (RCI).
Maknanya perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara. Perbuatan itu hanya semata-mata bertujuan untuk mengekalkan kuasa.
Melalui cara (ii) iatu menimbulkan rasa tidak selamat, bimbang dan takut UMNO telah mencanangkan antara lain parti DAP itu adalah parti perkauman yang anti Melayu dan anti Islam. Dan sebahagian besar orang Melayu sama ada orang Melayu UMNO atau orang Melayu bukan UMNO percaya dengan kata-kata UMNO itu. Maka DAP menjadi parti yang amat ditakuti oleh orang Melayu.
Sama ada secara sedar atau tidak DAP pula telah banyak menolong dalam memperkuatkan kata-kata UMNO itu dengan bertindak yang banyak mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan hal-hal seperti DEB.
Yang menghairankan orang Melayu tidak pula merasa takut atau ragu tentang keikhlasan orang China MCA terhadap orang Melayu walaupun MCA juga bersikap sama seperti DAP bahkan lebih teruk lagi. Cuma MCA sentiasa mendapat 'perlindungan' dari UMNO sehingga orang Melayu tidak nampak akan tingkah laku dan perbuatan MCA yang tidak mesra Melayu berbanding dengan DAP.
Itu cerita dulu. Sekarang orang Melayu telah sedar bahawa semua yang diperkatakan oleh UMNO itu adalah demi mengekalkan kuasa. Menakut-nakutkan orang Melayu supaya menjauhi DAP telah tidak berkesan lagi. Ramai juga orang Melayu telah menyertai DAP tetapi MCA masih lagi dengan orang-orang Cinanya-parti perkauman seperti UMNO juga.
Yang peliknya UMNO meminta agar orang Melayu jangan mengundi DAP kerana parti orang China. Tapi MCA pun parti orang China secara total dan totok. UMNO juga meminta orang Melayu jangan undi PAS sedangkan PAS parti memperjuangkan Islam. UMNO tidak setuju perjuangkan Islam ke?
UMNO ada jawapan ke atas soalan diatas. Kata UMNO, PAS memperjuangkan Islam 'PAS' dan UMNO memperjuangkan Islam sebenar.
UMNO memperjuangkan Islam sebenar? Pasal apa tolak hukum Hudud. Pasal apa bila Chua Soi Lek memperlekehkan Hudud orang UMNO dan kepimpinan tidak berani menegur CSL?
Sebab UMNO telah berjaya menanam dalam fikiran orang Melayu bahawa hanya UMNO dan kawan-kawan yang bersama UMNO sama ada bukan Melayu dan bukan Islam adalah pihak yang boleh dipercayai demi agama, bangsa dan negara.
Itu cerita dulu. Sekarang sudah berubah. Jadi rakyat akan buat perubaha dalam PRU ke 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan