Ada macam-macam cerita. Ada yang kecewa, ada yang marah, ada yang nangis, ada yang beri amaran pecat keahlian, ada yang katanya reda menerima ketentuan tidak dinamakan sebagai calun, ada yang pura-pura tidak tahu mengapa yang telah dipersetujui menjadi calun tidak hadir mendaftar sebagai calun, ada yang berbagai-bagai ada......macam-macam perangai manusia. Dan yang paling banyak ramai yang terlalu suka kerana menjadi calun.
Apakah sebenarnya yang melahirkan atau yang mendorong terzahirnya perasaan yang bermacam-macam itu? Apa dia, cuba teka?
Jawapannya sudah tentu berhubung kait dengan perkhidmatan untuk rakyat, untuk negara, untuk bangsa dan ada yang kuat agama akan lantang berkata demi agama yang kusayangi.
Jadi fasal kecewa, marah dan nangis? Sebab tidak dapat memberi perkhidmatan bagi maksud itu.
Fasal apa pula beri amaran pecat keahlian? Sebab lawan tokey jadi calun bebas.
Bukankah lebih baik reda menerima ketentuan pimpinan parti apabila tidak dicalunkan? Itu yang sebaik-baiknya. Itu yang keluar dimulut, dalam hati aku sendiri yang tahu.
Fasal apa mahu jadi kura-kura dalam perahu sedangkan itu yang kita mahu? Apa boleh buat, terpaksa, ada remote control.
Apa benda yang bermacam-macam ada itu? Politik semuanya boleh . Yang ada ditiadakan, yang tiada diadakan. Itulah namanya bermacam-macam ada.
Yang ramai suka tu boleh suka memanjang ke? Kalau kalah nangis tak berlagulah.
Punca hanya satu iaitu mengabdikan diri memberi perkhidmatan . Maka berebut-rebutlah yang mahu bertanding. Tapi kawasan untuk bertanding terlalu sedikit berbanding dengan yang rela memberikan perkhidmatan. Jadi kalau tidak terpilih marah lah, kecewa dan nangis. Nasib baik ada yang reda. Bila lawan tokey sudah tentu kena pecat. Tapi kalau tokey pula diremotecontrolkan, terpaksalah jadi kura-kura dalam perahu.
Benar ke puncanya untuk mengabdikan diri memberi perkhidmatan? Mereka yang berebut-rebut itu mestilah kata begitu.
Apa kata saya?
Mereka gilakan kuasa. Itu saja jawapannya. Ada kuasa, ada masyuk....... banyak projek masyuk...... banyak wang dalam poket...hidup mewah. Tak percaya? Tengok apa yang ada. Tengok nanti apa yang akan terjadi jika mereka menang. Saya berani mengatakan jika perangai seperti yang sedia ada ini diteruskan maka bertambahlah jutawan segera , 4 atau 5 tahun sekali mengikut umur pilihanraya.
Jadi kita undi untuk mewujudkan jutawan segera nampak gayanya.
Tapi kita harapkan kali ini tidak akan berlaku atau dapat dikurangkan perangai seperti itu. Semoga sangka buruk saya itu tidak menjadi satu realiti yang amat menakutkan, insyaAllah.
Oleh itu tugas kita sekarang undilah mereka/parti yang belum lagi mabuk dengan kuasa disebabkan telah lama berkuasa. Pilih parti yang baru, kita uji mereka. Jika perangai pun sama, tendang mereka.
Tanya mereka siapa yang berkuasa? Rakyat atau mereka yang menang dari undi rakyat.
Baik.
Satu cerita lagi calun BN bagi Parlimen Syah Alam begitu mempunyai keyakinan 101% untuk menang. Saya rasa ramai tahu manusia ini, yang boleh bertukar wajah dan wadah. Sombong.
Nyahkan dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan