Theflowersellingboy

Rabu, 10 April 2013

PERDANA MENTERI MALAYSIA : NAJIB ATAU ANWAR

Semasa membentangkan Aku Janji BN, Presiden UMNO, DS Najib bertanya kepada para hadiran di stadium Bukit Jalil bahawa diantara Anwar, Hj. Hadi dan  'dengan rendah diri' saya (Najib) siapakah yang boleh diberi kepercayaan untuk jadi PM.

"Najib", riuh rendah jeritan dari para hadirin sambil melonjak-lonjakkan kain/kertas rentangan yang bertulis I love PM. Tersenyum besar Najib mendengar sokongan para hadirin. Ada can boleh sambung khidmat sebagai PM selepas pilihanraya ke 13 nanti.

Asas yang digunakan Najib untuk jadi PM ialah kebolehpercayaan (trustworthiness). Maknanya hanya Najib saja yang boleh diberi kepercayaan untuk jadi PM. Yang lain termasuk dikalangan pemimipin UMNO/BN tidak ada peluang untuk jadi PM. Sebab Najib sebut tiga nama saja untuk diberi kepercayaan. Ertinya Muhyiddin tiada peluang dari segi pandangan para hadirin untuk jadi PM.

Soalan yang sepatutnya, dan lebih bijak ialah : Diantara calun PM dari BN dan calun PM dari PR, calun dari parti mana yang boleh diberi kepercayaan untuk jadi PM.

Soalan ini boleh menyelamatkan beliau. Pertama kalau beliau kalah dalam pilihanraya, sudah tentu beliau tidak layak jadi PM. Kedua, kalau pun dia menang tapi parti BN kalah, kemungkinan untuk dicalun sebagai BN adalah zero. Kalau pun BN menang dan Najib pun menang, dari segi Perlembagaan tidak semestinya dia saja yang layak jadi PM walaupun amalan yang telah berlalu sedemikian. Ianya masih bergantung kepada syarat 'mendapat sokongan majoriti ahli parlimen' dan diperkenankan oleh YDA.

Maknanya jika majoriti ahli parlimen tidak menyokong Najib, Najib tidak boleh jadi PM. Ada yang tidak percaya? Tanya Mahathir dan Muhyiddin.
  
Mengapa pula ada 3 nama sebagai pilihan untuk jawatan PM-Anwar, Hadi dan Najib sendiri, sedangkan persaingan adalah diantara BN dan PR? Anwar dan Hadi dari PR. Kalau PR menang, mana boleh 2 PM dalam satu masa. Mungkin bergilir-gilir antara Anwar dan Hadi? Mengarut saja, kalau ada orang yang mempunyai fikiran seperti itu.

Jadi mengapa Najib beri 3 nama? Ada mesej politik yang tersirat. Najib mahu adudomba PKR/DAP dengan PAS- biar mereka bergaduh melalui cara pecahbelah. Jangan pandang remeh mesej Najib ini. Sebab ada dikalangan penyokong PAS yang mahukan Hadi jadi PM. Kalau ada yang termakan, sekali lagi Najib tersenyum besar sebelum berlaku pengundian.

Bukan saja Anwar, Hadi dan Najib boleh jadi PM, orang lain pun layak juga asalkan memenuhi syarat. Menang pilihanraya parlimen, dapat sokongan majoriti dari ahli parlimen dan YDA memberi perkenan. Soal boleh percaya atau tidak boleh percaya, dalam politik, pengertian dan nilainya  tidak sama dengan apa yang tersurat dan tersirat dalam perkataan kebolehpercayaan itu.

Ambil satu contoh: tentang warna. Pemimpin politik boleh membuatkan pengikut atau penyokongnya buta warna walaupun sebenarnya pemimpin dan pengikut itu bukan buta warna. Apabila pemimpin itu mahu kain berwarna hitam itu dikatakan sebagai berwarna putih, maka pengikutnya pun menganggok-anggok kepala bahawa memang benarlah kain itu berwarna putih.    

Boleh percayakah pemimpin seperti itu?

Jadi soal kebolehpercayaan tidak boleh dipakai dalam politik. Mesti ada amalan bohong. Kalau ada amalan bohong maka mana kita boleh beri kepercayaan.

Jadi macam mana kita hendak membuat pilihan, Najib ke  atau Anwar ke yang wajar jadi PM

Kita masih juga boleh gunakan asas kebolehpercayaan. Tapi kebolehpercayaan yang memakai gred, ada tahap-tahapnya atau ada bilangan bintangnya. 

Atas asas kebolehpercayaan yang ada bilangan bintang itu, kita bandingkan diantara Najib dan Anwar dari aspek-aspek berikut.

i)  Perwatakan.
ii) Moral.
iii) Pengalaman.
vi) Iltizam.
 
Saya tidak akan beri bintang kepada 4 aspek diatas walaupun saya telah ada bilangan bintang setiapa dari mereka. Saya hanya mahu mengingatkan semula apa yang Najib kata  apabila Anwar/PR mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan demi faedah rakyat dan kebaikan negara. Najib dan BN  hanya ada satu perkataan yang amat keramat untuk menyakinkan rakyat bahawa apa yang Anwar/PR cadangkan itu tidak boleh diterima iaitu Bengkerap.

Bengkerap- maknanya Najib tidak suka negara jadi bengkerap disebabkan perlaksanaan cadangan Anwar/PR itu. Maknanya juga Najib tidak akan mahu melakukan apa yang dicadangkan oleh PR jika BN diberi kuasa lagi selepas pilihanraya ke 13.

Kita ambil 2 contoh saja apa yang Anwar hendak lakukan jika PR menang majoriti dalam pilihanraya ini iaitu hapus tol dan turun harga kereta.

Bagaimana respons Najib semasa buat Aku Janji di Stadium Bukit Jalil

Najib pun tertarik dengan idea hapus tol dan turun harga kereta. Dan mendapat sambutan dari kawan-kawan diatas pentas, kawan-kawan yang duduk diatas kerusi dihadapan dan penyokong-penyokong yang hadir. Menjerit-jerit suka mahukan Najib sebagai PM.

Mereka lupa bahawa mereka amat marah pada Anwar/PR bila idea ini dikedepankan dengan mengatakan negara akan jadi bengkerap. Adakah Najib dan kawan-kawannya serta penyokong yang suka menjerit itu suka negara jadi bengkerap?  Mereka sudah lupa ke?

Kalau mereka lupa ianya tidak menghairankan kerana perintis idea Melayu mudah lupa ada dihadapan Najib ketika itu. Jadi  terlupa sudah menjadi perkara biasa kepada orang Melayu. Maksud saya orang Melayu dalam UMNO. Sebab saya tidak bersetuju Melayu mudah lupa. 

Saya sentiasa ingat apa yang mereka (UMNO) kata. Setiap kali Anwar kata mahu hapus tol misalnya, negara akan bengkerap. UMNO sudah mengamalkan prinsip keterlupaan seperti yang digagaskan oleh Mahathir.
 
Atas dasar keterlupaan itulah UMNO tanpa rasa malu dan segan silu meludah kelangit sehingga jatuh ke batang hidung lalu menjilatnya - 'finger lickin'. Begitulah Najib, begitulah UMNO/BN.

Kalau begitulah halnya berapa bintang boleh diberikan kepada Najib. Ada bintang? atau beri tahi bintang saja. 

       

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan