Ya, nama saya Ahmad Naqib. Saya dilahirkan pada 23 Mac 2011. Bapa saya seorang jurutera bernama Ahmad Sanihi. Bapa memilih untuk dipanggil sebagai 'Ayah' yang bermaksud bapa atau papa. Sementara emak saya bernama Hazlin Azzamiza seorang doktor perubatan yang masih muda. Dia ialah mama saya. Kedua-dua mereka adalah sebaya, cuma jarak tiga bulan yang menjadikan mama sedikit lebih muda.
Saya tidak mungkin boleh menggugurkan dua lagi personaliti yang terlalu penting dalam senarai ingatan saya, yang terlalu rapat dengan saya serapat kedua ibubapa saya. Merekalah yang menguruskan saja semenjak hari pertama saya dilahirkan sehingga....sebenarnya saya tidak tahu bilakah hari yang 'menakutkan' itu akan tiba. Saya menaruh harapan pada yang mustahil kerana saya sedar bahawa pada suatu hari nanti mereka tidak akan bersama saya. Itu satu kepastian. Mereka tiada pilihan begitu juga saya. Apa-apa pun kita mesti hidup berdikari. Itu adalah ketentuan semula jadi. Tapi saya tidak akan lupa kasih sayang mereka, layanan yang diberikan sungguh manja, lembut sekali sepenuh perasaan and kasih sayang. Dan mereka melakukan hampir kesemua rutin harian- anda boleh membayangkannya. Mereka adalah datuk nenek saya, pesara kerajaan. Mereka bersama saya, semata-mata kerana saya.
Jadi anda boleh kata saya seorang anak kecil yang amat bertuah kerana saya mempunyai seseorang untuk menjaga saya ketika ibubapa bekerja. Seseorang yang amat penyayang. Memang benar, sesungguhnya saya terlalu amat beruntung sekali, bersyukur kepada Allah.. Doa saya agar Allah mengurniakan kesihatan keatas mereka.
Tapi adalah menjadi harapan saya agar setiap orang didunia ini merenung sejenak, sejenak cuma, tanyalah kepada setiap anak-anak kecil, kawan sebaya saya, sezaman saya, Anda tidak perlu risau memikirkan tentang soalan yang sepatutnya di tanya. Saya tahu anda tidak mungkin dapat melakukannya kerana cuma kami bayi seperti saya mamapu melakukannya. Kami juga faham bahawa sentiasa dalam delima, anda sungguh sibuk yang kadang-kadang membuatkan anda jadi pelupa , banyak yang anda perlu uruskan, masa tidak menyebelahi anda, kehidupan yang penuh masaalah dan amat meggerunkan tapi ada masanya anda meyifatkannya sebagai kehidupan yang mencabar untuk keluar dari perasaan yang tertekan, satu tangkal yang amat mujarrab dan ajaib sekali. Dan kami memahami apa yang anda hadapi kerana kami adalah salah satu penyebabnya. Kami amat bersimpati sekali, itulah yang dapat saya pastikan melebihi seratus peratus.
Kami cuma anak-anak kecil. Perasaan kami, pergerakan kami , keperluan kami dan emosi kami adalah mutlak sama, bukan satu persamaan. Kami merasakan lebih baik kami menyediakan soalan untuk anda menggunakan bahasa kami dan kami menaruh harapan agar anda memahaminya.Namun sejenak kami fikirkan untuk keselesaan anda kerana anda sentiasa kesuntukan masa, kami memutuskan untuk menterjemahkan bahasa kami ke dalam bahasa anda , warga dewasa dunia lelaki dan perempuan.
Apakah ertinya seorang ibu dan bapa dalam hubungannya dengan anak-anak kecil. Satu soalan yang mudah dan jelas sekali. Tidak memerlukan sifir, tidak perlu buku log dan tidak juga mata pena, kertas dan pensil untuk merangka jawapan kepada soalan itu. Bagaimanapun , sebagai anak kecil yang sentiasa bermurah hati dan yang menyayangi , saya berikan imbasannya: Saya anak kecil seorang doktor, tolong berikan saya perasaan dan akal budi anda.
(Ikuti cerita seterusnya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan