1. Tarikh 1201 pada hari dan tahun yang berbeza telah ditakdirkan kepada kami suami isteri dan keluarga sebagai suatu tarikh yang disambut dengan dua perasaan yang berbeza/berlawanan tetapi penuh kesyukuran dan keredhaan.
2. Pada 12011976 kami suami isteri telah dianugerahkan seorang putera sulong yang telah kami berikan nama Hazlin Azrin. Sudah tentu kami terlalu amat gembira kerana status kami telah bertukar menjadi seorang bapa dan seorang ibu. Tapi kami telah bersepakat untuk di panggil sebagai papa dan mama oleh anak tersayang.
3. Anak dari anugerah Allah SWT ini terlalu berharga dan bermakna kepada kami berdua dengan masing-masing mengambil amanah Allah ini dengan penuh tanggongjawab. Anak kami ini dilahirkan sebagai anak jantung berlubang. Menjaga anak jantung berlubang atau saya percaya sakit yang lain juga, semenjak mula dilahirkan bukan alang kepalang kesabaran yang perlu ada.
4. Menangis dan meragam adalah satu rutin bagi kami, siang mahu pun malam sehingga kami berasa bersalah dengan jiran sebelah atas gangguan dari tangisan setiap waktu tidur malam. Lama sekali, ada masanya sampai kepagi. Kebetulan pula jiran itu bekerja shift. Maka ada ketikanya tidur beliau tidak wajar diganggu. Tapi nasib baik, kami mendapat jiran yang amat memahami.
5. Keadaan anak kami ini membuatkan kami hanya dapat melakukan ziarah menziarah rumah ibubapa dan sanak saudara sesekali saja kerana anak itu akan menangis sebaik saja sampai dirumah mereka. Menangis panjang yang biasanya gagal untuk kami redakan. Dan kami suami isteri sentiasa bergilir-gilir setiap malam mendukung anak kesayangan itu sambil menyanyi dan membaca ayat-ayat al-Quran sebagai usaha untuk mententeramkan tangisannya. Saya pernah tertidur sekelip mata semasa berdiri mendukungnya kerana terlalu mengantuk. Nasib baik tidak jatuh.
6. Pada usia 2 tahun kami telah bersetuju anak kesayangan itu dibuat pembedahan bagi menutup jantungnya yang berlubang itu. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun kami hanya dapat bergembira bersama didunia hanya sehingga usianya 6 tahun saja. Anak kesayangan itu telah menmemui Allah pada hari raya ketiga akibat dari satu kemalangan jalan raya yang saya sebagai pemandu kereta melanggar belakang sebuah lori hantu di Jalan Kuantan-Segamat. Kami mengasihinya dan Allah lebih kasih.
7. Pada tarikh 12011998 pula perasaan kami dirundung duka tidak seperti 12011976 semasa kami dianugerah anak yang pertama. Tarikh pada tahun 1998 kami telah ditakdirkan kehilangan anak lelaki kedua yang ketika itu masih belajar di ITM (UiTM) di tahun tiga (diploma). Kami tidak tahu setakat mana kesedihan yang kami rasa. Cuma dapat menyatakan terlalu sedih. Semoga roh anak kami itu dimasukkan dikalangan orang-orang yang dipelihara Allah. Kami terima ketentuan itu dengan sedih dan redha.
8. Maka tarikh 1201 adalah tarikh suka duka kami suami isteri.
Subhanallah..besar dugaan Allah pada sekeluarga.saya terjumpa article ni waktu nak cari info ttg penjagaan anak yg mempunyai penyakit jantung berlubang..anak kedua saya baru 10 bulan lebih dan didiagnos mengidap penyakit ini seminggu lalu..rasa macam nak runtuh dunia bila menerima berita ini..harap pihak anda sudi berkongsi tips penjagaan anak spt ini..
BalasPadamsaya tiada tips yang terbaik. cuma dapatkan rawatan doktor dan jika di nasihatkan untuk menjalani pembedahan lakukannya dengan penuh harapan dan doa kepada Allah agar ianya berjaya. satu lagi kita perlu terlalu sabar. tidak mudah kerana kadang-kadang kita keletihan/penat dan merasa bersalah kpd jiran sebelah yg mungkin terganggu dik tangisan anak yang tidak berhenti-henti diseblah mlm. jgn marah sebb dia skit.kalau tak skit tak kan dia menangis
BalasPadam