Semua manusia sukakan hal-hal yang baik, cantik, indah , berkasih sayang, tolong menolong, bercakap benar, menggembirakan hati, bersopan santun dan beradab, hormat menghormati, berbudi bahasa dan lemah lembut dalam pertuturan, diberi senyuman dan segala perlakuan, perangai, tabiat, sikap dan watak yang menyenangkan hati.
Manusia tidak suka kena marah, kena herdik, kena perli, kena caci, kena fitnah, kena tipu, kena songlap , kena hina, kena perlekeh, kena rompak atau harta/barang dicuri, kena pukul dan macam-macam musibah dan perbuatan pihak lain yang boleh menyakiti dan menyusahkan diri. Semua itu manusia benci atau tidak suka menimpa keatas diri.
Kesimpulannya ialah manusia mahu yang baik-baik dan tidak mahu yang sebaliknya. Mahu yang menyenangkan dan tidak mahu yang menyusahkan. Mahu yang menggembirakan dan tidak suka yang menyedihkan. Itulah yang diperlukan atau yang diharapkan oleh seseorang untuk dirinya. Dia tidak mahu orang menyusahkannya. Dia tidak mahu orang menyakitkan hatinya. Pendek kata dia hendak yang baik-baik dan yang menguntungkan saja untuk dirinya.
Secara fitrah begitulah sifat manusia. Mahu yang bersih dan tidak mahu yang kotor, busuk, jijik dan hanyir. Itulah yang sentiasa diharapkan oleh seseorang dari orang lain untuk bersikap dan bertindak keatas dirinya. Sama juga orang lain yang mahu dan harapkan hal yang sama. Maka jika begitulah halnya mengapa pula diantara manusia timbul perselisihan, pertengkaran dan permusuhan sedangkan harapan dan kehendak mereka adalah sama. Dia mengharap yang baik dari orang lain dan orang lain mengharap yang baik darinya maka matlamatnya adalah sama. Tidak ada pertentangan matlamat. Tidak ada konflik. Tapi masih juga berleluasa permusuhan.
Adakah mungkin disebabkan setiap manusia itu ada nafsu yang melampau dalam mengharapkan sesuatu kebaikan? Misalnya dalam melakukan amal ibadat menunaikan fardhu haji di Mekah. Semua orang mahu melakukan ibadat sebanyak mungkin. Sembahyang ditempat-tempat yang afdal dan penuh keberkatan. Maka atas matlamat itu berebut-rebut orang ke tempat itu. Bukan sekali bahkan berulang kali. Ada pula yang melekat begitu lama di tempat itu kerana terlalu sayang untuk melepaskannya/keluar kerana ada saja orang lain akan mengambil alih. Dan orang yang mengambil alih itu pula melakukan perkara yang sama juga.
Apa yang akan terjadi? Ramai yang lain yang juga mahu melakukan kebaikan yang sama ditempat yang afdal itu akan tidak berpeluang untuk melakukan ibadat ditempat itu. Ini merupakan satu kerugian dari segi mendapat pahala yang lebih atau keafdalan dalam beribadat. Tambah-tambah lagi peluang untuk ke Mekah bukan mudah untuk di perolehi kerana adanya quota yang telah ditentukan, perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan diluar kemampuan, kesihatan mungkin tidak mengizinkan pada masa depan dan berbagai halangan yang lain. Jadi apa perlu di buat untuk menfaatkan peluang keemasan semasa berada di Mekah untuk melakukan ibadat sebanyak mungkin khususnya ditempat yang telah ditentukan afdal itu?
Ada beberapa pilihan yang mungkin dibuat oleh seseorang. Pertama , mengalah saja kerana tidak mahu berasakan dan berebutan untuk ruang yang terha itu. Biarlah melepas dari bersusah payah dan berebutan sehingga boleh menimbul perbalahan dan pertengkaran. Ada kemungkinan pergaduhan dan pergelutan jika niat untuk mengambil tempat/ruang itu di teruskan.
Sekali renung orang itu nampaknya tidak mempunyai ketahanan untuk bersabar. Kenapa perlu berundur. Kenapa tidak tunggu saja. Bukankah kesabaran adalah sesuatu yang perlu ada kepada seseorang terutama dalam melaksanakan ibadat haji.
Tapi jika orang itu tunggu, sampai bila agaknya dia mempunyai peluang untuk dapat mengisi ruang yang tidak mahu ditinggalkan oleh orang yang telah terlebih dulu menguasainya. Dia juga tidak bersetuju untuk berebutan sedangkan orang lain yang menunggu sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Jadi tidak tepat dikatakan orang tidak tidak ada daya ketahanan untuk bersabar. Dia nampaknya bersabar dengan cara melepaskan peluang keemasan itu.
Jadi kelihatan bahawa sikap dan perbuatan yang terlampau bagi mendapatkan sesuatu kebaikan untuk diri dalam hubungan amal ibadat tadi telah membuatkan orang lain yang juga hendak mendapatkan kebaikan dari amalan itu telah terlepas peluang. Jadi dalam amal ibadat juga nampaknya perbuatan melakukan ibadat sebanyak mungkin sehingga tidak memberi peluang kepada orang lain boleh merugikan orang lain itu. Dan sudah tentu kita yang sentiasa mengharapkan yang baik dan tidak suka orang lain menyusahkan hati kita sebenarnya tidak melakukan perkara yang kita sendiri mahukan.
Itu tentang hal ibadat. Kita suka yang baik tapi dalam mas yang sama kita juga telah tidak menggembirakan hati orang lain.
Ambil pula cerita seorang pencuri. Seorang pencuri pada pandangan kita yang suka mengamalkan nilai yang baik sudah tentu
orang yang kita tidak suka. Pencuri menyusahkan kita. Merugikan harta orang yang dicuri.
Baik. Tapi adakah pencuri itu tidak akan marah jika barang/hartanya dicuri? Sudah tentu dia naik marah sebab barangnya dicuri. Malah jika barang yang dia curi itu jika orang lain pula mencurinya maka dia juga akan marah. Maknanya tiada orang yang suka disakiti atau dirugikan. Waemah barang yang dicuri itu bukan sebenar haknya, dia tetap marah juga.
Dalam hal buat perkara jahat juga , orang yang melakukan kejahatan misalnya pencuri itu , sebenarnya tidak suka perbuatan itu. Pencuri itu juga bersikap membenci kecurian.
Dengan dua contoh diatas, satu berkaitan dengan membuat perkara yang baik ( melakukan ibadat haji) dan satu lagi membuat perkara yang tidak baik (mencuri) , satu perkara yang jelas ialah kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan orang lain. Tidak kisah lah dalam menjaga kepentingan diri itu boleh menyusah dan menyakitkan hati orang lain. Sifat seperti ini nampaknya ada dalam setiap manusia sama ada dalam perbuatan yang baik atau yang tidak baik. Inilah sumber/punca kepada pertentangan dan konflik antara manusia sama ada secara indivividu, kumpulan atau negara.
Bagaimana misalnya seseorang yang melakukan perbuatan rasuah yang semua orang benci. Adakah orang itu sukakan perbuatan itu? Jawabnya tidak. Dia juga bencikan perbuatan itu kerana fitrahnya sebagai manusia tidak sukakan yang tidak baik. Sebab itu jika dia sebagai penguatkuasa akan menangkap dan menghukum orang yang melakukan perbuatan yang menjijikkan itu. Mengapa dia melakukan begitu sedangkan dia juga perasuah? Sebab kepentingan diri. Dirinya berkuasa dan perlu menguatkuasakan hukum keatas orang lain.
Begitulah sepintas paparan saya hari ini mengenai sifat dan sikap manusia temasuk diri saya yang sentiasa mementingkan diri. Tidak kira bagaimana hebat ilmu termasuk ilmu agamanya, kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan orang lain sama ada yang berkaitan perkara yang baik atau sebaliknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan