Theflowersellingboy

Isnin, 27 Oktober 2014

Mengharapkan yang terbaik



Saya mengharapkan yang terbaik saja. 

Esok 28.10 dan esoknya lagi 29.10.14 kes Anwar di bicara dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Kalau disabitkan kesalahan, masuklah Anwar dalam penjara bagi kali kedua atas tuduhan kes yang sama. Tempoh masuk penjara juga akan diputuskan. Jika mahkamah bersetuju dengan hujah pendakwa untuk mengenakan hukuman lebeh berat melebihi lima tahun maka merengkoklak Anwar pada tempoh yang ditetapkan.

Sebaliknya jika Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar tidak bersalah, bebaslah beliau dari di penjarakan.

Sama-samalah kita berdoa agar hakim-hakim yang terlibat dalam membuat keputusan akan membuat keputusan secara adil tanpa dipengaruhi atau dibawah tekanan dari mana-mana pihak. 

Saya cuma mendoakan agar hakim-hakim dapat petunjuk dan bimbingan dari Allah dalam mempertimbang dan memutuskan kes Anwar ini. Dan yang terbaik itu hanya datang dari Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan