Theflowersellingboy

Jumaat, 31 Oktober 2014

Kerajaan Yang Suka Berhutang




A. Jawapan PM di Parlimen menyatakan antara lain:

i) Kedudukan Hutang Negara (Kerajaan) pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 billion (52.8% dari KDNK).

ii)  Dari RM568.9 b sebanyak RM 582.7 b (97.1%) adalah hutang domestik dan 16.2 b (2.9%) hutang luar pesisir.

iii) Kedudukan hutang sejumlah RM 568.9b itu dikatakan  sebagai sederhana, dibawah 55% KDNK.

iv) Pengurusan hutan dilakukan secara berhemah dengan sebab itu hutang  dibayar teratur dan mengikut jadual.

v) Kerajaan berhutang kerana mempunyai kemampuan bayar balik dan bagi tujuan membiayai pembangunan negara.

vii) Pembayaran khidmat hutang (debt service) sebanyak 10.3% daripada hasil kerajaan. Kadar ini masih jauh dibawah 15% seperti yang ditetapka dalam peraturan pengurusan fiskal.

viii) Kedudukan hutang tahun 2010 sehingga 2014 dan peratusan daripada KDNK:adalah:
        2010     407.1 b (51.1%)
        2011     456.1 b (51.5%)   meningkat 49 b
        2012     501.6 b (53.3%)   meningkat 45.5 b
        2013     547.6 b (54.7%)   meningkat 46.0 b
        2014     568.9 b (52.8%)   meningkat 21.3 b

B.Apakah ulasan/pandangan kita terhadap fakta dan kenyataan PM itu? Pandangan/ulasan saya adalah seperti berikut:

i) Butiran khidmat hutang (debt service) adalah satu butir perbelanjaan tetap dalam bajet tahunan kerajaan. Setiap tahun peruntukan sebanyak 10.3 % daripada hasil kerajaan di sediakan untuk tujuan khidmat hutang (faedah). Untuk tahun 2015 adalah dalam anggaran sebanyak RM 34 b. ( 10.3% x  235.2 b)

ii) Walaupun pertambahan jumlah hutang menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun melainkan pada tahun 2013 yang meningkat berbanding 2012, tapi setiap tahun kerajaan melakukan hutang menyebabkan hutang sentiasa bertambah.

iii) Tujuan hutang adalah untuk membiayai pembangunan. Tahun 2015 lebihan hasil selepas diperuntukkan untuk belanja mengurus adalah sebanyak RM 11.8 b ( 235.2 - 223.4). Kerajaan memperuntukkan sejumlah 50.5 b untuk belanja pembangunan yang mana sebahagiannya akan diambil dari lebihan hasil sebanyak 11.8 b. Kerajaan masih kurang sebanyak 38.7 b. Ertinya kerajaan akan memerlukan sumber pinjaman (hutang) sebanyak 38.7 b.  Bertambah hutang kerajaan bagi tahun 2015, dan melebihi hutang bagi tahun 2014.

iv) Hutang domestik kerajaan yang begitu tinggi (97%) menjadikan pihak swasta mempunyai sumber pinjaman yang kurang bagi bersama-sama menggerakkan pembangunan negara.

v) Bajet kerajaan adalah bajet bagi menguruskan hutang. Ini menjadikan kerajaan kurang mampu untuk memperkembangkan ekonomi melalui pembangunan bagi menjana pendapatan.

Sekian setakat ini saja ulasan saya. Sebenarnya banyak lagi yang boleh disentuh.
 

     
       




Tiada ulasan:

Catat Ulasan