Theflowersellingboy

Ahad, 26 Oktober 2014

Bertaubat mengajar kita agar tidak mudah berputus asa.




Tanyalah setiap orang, jawapannya adalah sama. Soalannya: Adakah anda mahu jadi orang baik?

Melainkan orang itu ada tujuan tertentu atau mempunyai cara berfikir songsang, persoalan itu akan dijawab oleh semua orang, "Sudah tentu saya mahu jadi orang baik".

Kadang-kadang seseorang itu akan menyatakan sebalik dari apa yang ada dalam hatinya oleh kerana sebab tertentu misalnya untuk menyindir sipenyanya soalan apabila merasakan yang menyoal itu mempunyai perangai atau yang diketahui berperangai tidak baik. 

Misalnya dalam hal membenteras perlakuan rasuah. Telah sedia diketahui dan makluman orang ramai bahawa orang yang bercakap yang beriya-iya sangat untuk menghapuskan rasuah sedangkan kehidupannya adalah penuh dengan perbuatan rasuah. Maka bagi setengah pihak akan memberi respons bahawa perlakuan rasuah itu adalah sesuatu yang wajar dilakukan bagi membolehkan seseorang itu hidup senang.  Bukankah kepapaan/kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran? Tanya orang itu dengan sinis.

Dan ada yang menambah dengan memberi justifikasi bahawa dengan adanya banyak wang/harta dari perlakuan rasuah itu, wang itu boleh diderma atau dimenfaatkan bagi membantu orang yang susah/miskin. Ertinya, perlakuan rasuah itu akan akhirnya boleh membantu orang susah. Bukankah itu sessuatu yang baik? Begitulah sinis sindiran bagi menjustifikasi rasuah.

Mereka yang berfikir songsang pula adalah mereka yang berpegang kepada nilai yang bertentangan dengan nilai yang diterima secara am dan sepakat oleh orang ramai. Mereka suka berbeza kerana mahu berbeza. Mungkin mahu mencari identiti. Mungkin tidak lagi percaya pada nilai-nilai baik yang diterima ramai disebabkan ramai yang percaya nilai-nilai baik itu melakukan sebaliknya. Misal yang paling kecil ialah tentang seorang bapa melarang anak-anaknya merokok sedangkan bapa itu adalah perokok tegar.

Pernahkah saudara mendengar seseorang itu mengatakan bahawa jika semua orang berbuat baik seperti yang diperintah Allah maka tiadalah penghuni neraka. Jadi sis-sialah Allah mewujudkan neraka.

Kalau anda ada mendengar dan tahu ada orang berkata begitu maka orang jenis inilah yang dimaksudkan berfikiran songsang.

Berbalik kita kepada mahu jadi baik. 

Ya, semua orang mahu jadi baik dan mahu serta menyeru orang lain jadi baik. Perintah Allah, hendaklah kamu berbuat baik dan membenci dan menjauhi kemungkaran. Inilah asas bagi orang Islam yang  mahu berbuat baik.

Soalannya: Berapa ramai dikalangan kita yang sebenar-benarnya patuh dengan perintah itu? 

Soalan ini mudah ditanya. 

Jawapannya juga mudah dijawab dengan melihat kepada realiti yang ada. Bagi saya tidak ada seorang pun yang sebenarnya melakukan sepenuhnya seperti yang diperintah Allah. Ada cacat cela yang kita lakukan dalam menjalani kehidupan.

Oleh itu disamping menyedari kekurangan dan kelemahan kita dalam mematuhi perintah Allah kita juga sentiasa perlu ingat bahawa ada peluang yang telah disediakan Allah bagi kita memperbaikki kelemahan dan memperbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan, dengan terus berdoa agar Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhai pada masa hadapan.

Kita sentiasa Bertaubat dan terus mengharapkan bimbingan Allah.

Wallahualam.


  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan