Theflowersellingboy

Sabtu, 7 September 2013

Harga Naik: Orang Kaya vs Orang Susah





Hahahaaaaaaa orang itu kata harga akan naik 5%. Minyak naik 20 sen, harga barang dan perkhidmatan yang lain naik 5% saja. Murah tu Tun. Katakan gula naik 5%, garam 5%, ikan 5% dan semua naik 5% berapakah agaknya tambahan beban kewangan kepada pengguna terutama orang yang susah-susah. Mungkin benar purata kenaikan 5%, tapi 5% itu merebak pada semua barang. Jadi kesan beban bukanlah 5%.

Katakanlah cakap orang itu sebagai yang kita boleh pakai, iaitu harga naik 5% . Tapi orang yang susah-susah, tak larat nak tanggung kenaikan walaupun sekecil 0.0000000000000001%. Mungkin tun ni tak pernah terasa dan terkesan kenaikan harga walaupun 50000%. Semua bereskan.

Katanya lagi pengeluar dan pengusaha akan serap kenaikan itu. Eh sejak bila pengeluar dan pengusaha ni terlalu baik hati? Mungkin pengeluar dan pengusaha ini tidak sesuai jadi pengeluar dan pengusaha kerana tidak berperangai sebagai kapitalis yang menjadi penganut utama falsafah 'memaksimakan keuntungan'. Mereka ini sanggup rugi ke?

Tapi apa nak dihairankan akan pendapat orang yang ada berbagai gelaran seperti Tan Seri , Tun dan sebagainya yang terlalu taksub dengan kepercayaan bahawa kenaikan harga tidak memberi kesan dan tekanan kepada kehidupan. Sebab, mereka itu telah terbiasa dengan kehidupan bahawa semuanya telah, akan dan boleh diatur. Semua beres pak! 

Semua beres bos. Semuanya selesai YAB. Semuanya ok YB.

Ertinya, semuanya tidak jadi masalah, boleh diselesaikan. Jangan ambil pot. Ada orang atau pihak yang menguruskannya.

Anda tak percaya?

Ini adalah 2 contoh diantara banyak contoh tentang cerita 'semuanya beres' dan 'boleh/bisa di atur'.

i) Kalau mereka menerima saman lari kereta laju melepasi had yang dibenarkan oleh undang-undang . Adakah mereka susah hati berbanding dengan anda orang yang tiada apa-apa seperti mereka. Mereka tidak perlu buat apa-apa kerana akan terurus dengan sendirinya atau ada juak-juak yang membereskannya. Anda? Uruslah sendiri. Kalau lambat bayar bersedialah terima waran tangkap.

ii) Anda jarang dan mungkin tidak pernah naik kapalterbang, sebab siapalah anda simiskin  papa kedana yang mampu berbuat demikian. Jadi kalau begitu anda cuba buat imiginasi naik kapal terbang melancung ke Paris, Perancis. Kemudian anda pasang angan-angan membeli belah. Beli barang mewah, tak kisahlah yang kena cukai atau yang tidak kena cukai.

Anda balik dan sampai di KLIA. Siapakah yang urus barang-barang yang anda beli itu untuk melepasi kastam? Sudah tentu andalah. Siapa yang bayar cukai kastam? Anda juga yang bayar.

Orang yang ada gelaran tadi sudah lali dengan lancung melancung keluar negeri. Bershopping, adalah minat yang sudah menjadi darah daging. 

Mereka sampai di KLIA. Sudah tentu anda tidak akan dapat melihat wajah mereka semasa anda menunggu bagasi dan barang-barang belian anda. Mereka tak ambil kisah untuk menunggu. Semuanya beres dan telah diatur. Jangan juga anda cuba tinjau-tinjau kalau-kalau mereka ada berbaris mengistiharkan pershoppingan mereka. Semuanya beres. Ada bayar cukai kastam seperti yang anda kena? Beres. 

Jadi, tun cakap itu memang betullah bahawa kesan kenaikan harga minyak kepada barang dan perkhidmatan yang lain tidak besar, 5% saja. Boleh diserap pula oleh pengusaha dan pengeluar.

Cuma apa yang dikatakan benar itu hanya menjadi benar kepada orang yang bergelar saja. Anda tetap membayar harga kenaikan minyak dan harga baran-barang dan perkhidmatan yang lain. Ertinya kalau satu barang naik 5% , dan anda beli 10 barang, jumlah harga barang yang naik ialah 50% saja dan bukan 5%. Apa macam? Susah dan perit tak.

Saya tahu jawapan anda. Anda terlalu marah.

Saya juga tahu jawapan orang itu. Hanya 5% saja. Tak susah. Boleh beres. Boleh diatur. Bisa diatur pak!


Hahaaaaaaaahaaahhhaahhhhahhhhhaaaaaaaaaaa-----begitulah ketawa mereka.

Mati akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu-----beginilah keluhan dan jeritan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan