Semalam 1 Oktober, 2012, hari Isnin. Hantar Naqib dan Yousef ke taska iplay Cyber Jaya. Sebaik saja sampai di lif bangunan untuk ke tingkat 2 taska, air muka Naqib telah nampak agak sedih. Kata Naqib "na nak", yang bererti tidak mahu ke taska itu. Tapi kami bawa juga mereka berdua masuk lif. Kemudian menuju ke taska. Nenek dihadapan mendukung Naqib dan saya di belakang membimbing tangan Yousef yang mula agak keberatan untuk memasuki taska itu. Sebaik saja pintu taska dibuka, Naqib mula menangis, memanggil 'nenek dan tokpa bersilang ganti' seolah-olah meminta tolong agar dia tidak di tinggalkan. Apabila Naqib menangis, Yousef pun turut menangis tapi tidak kuat sambil menarik tangan saya supaya tidak masuk.
Biasanya Yousef tidak menangis walaupun wajahnya muram saja apabila dihantar ke taska.
Naqib belum lagi dapat menerima alam baru. Dia tetap menangis, kuat pula sambil memanggil nama-nama orang yang dekat dihatinya. Dia akan panggil mama, ayah, nenek dan tokpa. Sesekali terkeluar juga 'acu', emak saudara yang bongsu dan acik man. Kedua-dua mereka ini orang yang dia sudah kenal dan biasa walaupun ketika ini tidak tinggal bersama dengan kami.
Naqib belum lagi dapat menerima alam baru. Dia tetap menangis, kuat pula sambil memanggil nama-nama orang yang dekat dihatinya. Dia akan panggil mama, ayah, nenek dan tokpa. Sesekali terkeluar juga 'acu', emak saudara yang bongsu dan acik man. Kedua-dua mereka ini orang yang dia sudah kenal dan biasa walaupun ketika ini tidak tinggal bersama dengan kami.
Menurut cerita pengasuh taska bahawa Naqib banyak menangis sepanjang masa berada di taska. Makan dan minum sedikit saja. Yousef menangis sekejap saja. Makan dan minum tiada masalah. Menurut cikgu lagi kedua-duanya pandai bercakap dan tidak pelat. Yousef yang lebih usia 7 bulan dari Naqib yang berusia 1 tahun 6 bulan , banyak mengemukakan pertanyaan, itu dan inilah.
Pada hari semalam , adalah merupakan hari pertama mereka ke taska setelah ambil cuti sendiri selama seminggu. Mama Naqib pergi kursus. Saya dan isteri termasuk Naqib dibawa sama. Yousef pula menjalani pembedahan dikaki bagi kali yang kedua untuk membuang nanah dalam kaki. Saya lupa nama penyakitnya walupun doktor telah memberitahu. Kami semua berharap supaya ianya tidak akan berulang lagi. Kesian Yousef, dah lah bapa tiada bersama ( bertugas di German) kena bedah kaki buat kali kedua pula.
Sebelum cuti sendiri seminggu itu, dua minggu sebelumnya mereka bercuti sendiri juga selama seminggu. Maka mereka lebih banyak bercuti dari ke taska.
Oleh itu proses untuk membiasakan diri dengan alam taska teramasuk untuk memberikan kasih sayang dan kepercayaan kepada pengasuh atau yang mereka panggil teacher menjadi terencat, terutama Naqib. Naqib terlalu posessive karekternya. Hanya orang yang dia kenal yang sentiasa berdamping dengannya yang akan dapat kepercayaannya. Maksudnya orang itu saja yang boleh memegang tangannya, mendukung dan mahu menerima barang yang diberikan kepadanya. Jadi jangan harap dia akan menerima suapan dari orang lain. Apatah lagi untuk menciumnya. Dia akan tolak mentah-mentah dan menangis. Kami juga tidak mudah untuk dapat menciumnya kalau tidak dibuat secara paksa rela. Cuma dia tidak menangis apabila kami menciumnya.
Yousef, tiada masalah. Mudah saja dipujuk dan menerima siapa saja yang memegang dan mendukungnya. Boleh menerima makanan dari suapan dari sesiapa saja. Tidak memilih.
Tapi ada satu perkara yang sama iaitu kedua-duanya akan menunjukkan sikap memilih dan 'mengada-ngada' (saya panggil syada-syada) jika ummi (emak Yousef) dan mama (emak Naqib) ada bersama. Jangan harap kita diberi perhatian malah diucapkan "dadai tokpa" (suara Naqib yang bermaksud bye bye), "ba bai tokpa (suara Yousef). Kedua-dua mereka juga akan tidak memberi peluang langsung untuk emak-emak mereka untuk bercakap talipon, berborak dan makan dalam keadaan yang tenang dan selesa, mereka sentiasa mengganggu dengan berbagai permintaan dan kacauan termasuk menangis.
Jadi mereka menangis ke taska pada hari Isnin semalam adalah disebabkan sudah lama bercuti. Kami akan mengelakkan sebaik mungkin supaya mereka tidak bercuti lama dari menghadiri taska.
Dan hari ini, Naqib masih lagi menangis. Yousef pun sama saja tapi tidak mengeluarkan suara minta tolong seperti Naqib. Entahlah bila agaknya Naqib akan ceria untuk ke taska.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan