Cuaca makin hari makin panas. Siang dan malam panas. Hujan turun juga disana sini. Tapi kesan sejuknya tidak lama. Cuaca pun tidak menentu. Dulu bulan September hingga Disember dipanggil musim tengkujuh. Banyak hari hujan dalam bulan-bulan berkenaan terutama dinegeri-negeri sebelah timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Selalu berlaku banjir. Sekarang, belum tentu berlaku walaupun amaran berjaga-jaga dikeluarkan oleh pihak metreologi. Kalau berlakupun, banjir kilat.
Lihat keliling. Dihadapan rumah , yang menyekat pandangan ialah bangunan-bangunan konkrit. Ada yang tinggi mencecah awan. Yang rendah dibelakangnya sudah tentu tidak kelihatan. Disebelah kanan dan kiri, kelihatan jalur jalan yang sesak dengan kenderaan. Bising bunyi hon jika ada yang lambat bergerak. Bergerak mesti cepat jika ada ruang kosong walaupun seinci dua. Asap hitam kelabu berkepul keluar dari saluran asap bas dan lori.
Dibahagian belakang adalah saliran dan longkang yang membawa air dan sampah sarap entah kemana. Yang pasti dari tempat tinggi ke tempat rendah. Dari ulu ke hilir menuju ke laut gamaknya.
Hari itu, disebelah pagi, dalam sebuah dewan sedang berjalan satu perjumpaan diantara penduduk untuk menerima serah tugas bagi menguruskan kondo tempat kediaman. Serahtugas dari pemaju kepada satu badan yang disingkatkan sebagai JMB.
Saya percaya ramai yang hadir tidak tahu apa itu JMB tapi tiada seorangpun yang bertanya. Mungkin malu, takut dikatakan tidak mengikuti perkembangan terkini. Yang mereka tahu ialah bahawa JMB akan mengambil alih tugas pemaju untuk menguruskan kondo kediaman mereka.
Pesuruhjaya Perumahan memberi taklimat mengenai tanggungjawab JMB serta mereka yang layak dipilih menganggotai JMB.

Tidak ada persolan dikemukakan kepada pesuruhjaya perumahan.
Diantara penduduk sebahagian besar tidak kenal mengenali satu sama lain. Maka apabila tiba giliran untuk melantik pengerusi sementara bagi menguruskan pemilihan anggota JMB iaitu dari Pengerusi, Setiausaha, bendahari dan beberapa AJK yang lain, tiada mana-mana pihak membuat cadangan bagi seseorang itu mengambil tanggungjawab pengerusi sementara. Oleh itu terpaksalah pesuruhjaya memulakan inisiatif mencadangkan supaya pihak penduduk mencadangkan agar wakil pemaju mempengerusikannya. Cadangan diterima apabila seorang penduduk mencadangkan si anu menjadi pengerusi sementara dengan menunjuk jari kepada yang dicadangkan. Ada yang menyokong.

Pemilihan berjalan dengan pantas. Setiap cadangan ada yang menyokong. Cadangan yang paling banyak ialah supaya cadangan ditutup.
Kemudian Pengerusi, Setiasusaha, Bendahari dan AJK yang dipilih maju ke meja depan mengambil tempat. Pengerusi memulakan perbincangan. Banyak perkara yang dibincang. Yang panjang dibincang ialah berapakah wang sumbangan yang perlu dikenakan. Semasa dibawah pemaju , setiap seorang pemilik dikenakan bayaran RM250.00 sebulan. Ramai yang tidak mampu bayar.
Maka ada cadangan supaya mereka yang belum bayar itu dikenakan denda dengan suatu kadar faedah.
Cadangan itu mendapat tentangan dari seorang pemilik. Katanya mengapa perlu menyusahkan penduduk sambil berhujah bahawa kadar faedah adalah satu bentuk riba yang terlarang dalam Islam.
Pengerusi menyatakan itu hanya cadangan saja. Terpulang kepada penduduk untuk membuat keputusan. Tapi yang menentang tadi menyatakan tidak akan membuat bayaran walaupun majoriti bersetuju dengan cadangan. Akhirnya mesyuarat memutuskan, kadar faedah tidak wajar dikenakan. Tapi menggesa supaya yang masih berhutang itu cepat membuat bayaran.
Walaupun persetujuan telah dibuat untuk tidak dikenakan faedah tapi orang yang menentang pengenaan kadar faedah itu masih lagi bising-bising. Mungkin bising-bising sebagai satu kemenangan.
Pemaju menyediakan makan tengah hari. Dari perbualan dengan pemaju diketahuilah bahawa orang yang bising-bising itu rupanya mempunyai banyak tunggakan.
Saya beredar keluar dari dewan. Cuaca terlalu panas. Ketika itu jam satu tengah hari.
Dalam dewan panas, luar dewan panas. Malaysia sungguh panas. Sungguh panas ketika ini. Sepatutnya pada bulan Oktober tidak sepanas seperti ini. Saya tidak pasti berapa bacaan kepanasan yang membara ini.
Adakah ini yang selalu disebutkan sebagai global warming? Dunia semakin panas?
Apakah sebabnya dunia menjadi semakin panas? Jawapan ringkas yang dapat saya faham ialah bahawa banyak yang telah tercemar. Lautnya, udaranya dan daratannya, banyak yang tercemar.
Elakkan dari gejala yang boleh menghasilkan pencemaran.
Tapi siapa yang perlu melakukannya. Siapa yang bertangungjawab untuk melakukannya.
Kita perlu melakukannya. Kita yang bertanggungjawab untuk melakukannya. Kita manusia.
Janganlah berlagak seperti orang yang menentang faedah dikenakan keatas tunggakan yang tidak dibayar berselindung disebalik riba. Benar kita perlu tentang riba. Tapi hutang kena bayar. Kita mahukan kondo tempat kediaman diurus dengan baik. Kenalah bayar. Jangan mencemarkan kesepakatan. Kesepakatan warga kondo.
Semakin terasa panas perit anggota badan semasa berjalan tanpa ada lindungan.
Malaysia hari ini sungguh panas. Hari ini, bulan Oktober sungguh panas. November dan Disember pun mungkin sama. Malah ada yang menjangka panasnya berwap-wap. Banyak yang telah tercemar.
Ada pula yang kata, tahun depan 2013, bulan Januari atau Februari atau Mac atau April, juga akan menjadi terlalu panas. Entahlah.
Yang saya boleh berimiginasi bahawa banyak orang-orang yang akan menjadi seperti cacing kepanasan. Kerana waktu itu Malaysia akan menjadi terlalu panas. Banyak yang telah tercemar terutama manusianya.
Elakkan tinggal bersama dengan manusia Malaysia yang telah tercemar ini. Tercemar luar dan dalam. Bukan saja wajah mereka hodoh, hati mereka busuk hancing. Biar mereka mati seperti cacing kepanasan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan