1. Sesungguhnya benarlah akan seruan Allah itu agar kita menegakkan kebenaran dan membenci kebatilan. Kebenaran sama ada cepat atau lambat akan terselah jua. Pada akhirnya kebenaran akan menang. Kalau tidak di dunia, di akhirat nanti tiada siapa yang berupaya menafikan kebenaran.
2. Inilah yang telah berlaku keatas Anwar Ibrahim apabila Musa Hasan, pegawai polis yang terlibat dalam siasatan keatas dakwaan kes liwat 1, Anwar dulu, telah mengaku ada pemalsuan bukti seperti yang didakwa oleh Anwar dalam laporan polisnya. Lantas saman beliau terhadap Anwar yang didakwa membuat fitnah ke atasnya telah ditarik balik.
Adalah diharapkan berita ini adalah berita yang sahih dan benar.
3. Saya percaya mereka yang percaya bahawa kebenaran akhirnya akan menang akan mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan berita ini.
4. Bagi saya, sejak semula lagi tidak percaya dengan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar dulu.
Saya tiada kaitan dengan Anwar. Hanya mengenali beliau sebagai bekas pemimpin pelajar di UM dan sebagai TPM, sama seperti sebahagian besar rakyat Malaysia. Tetapi apabila tuduhan yang dikenakan keatas beliau itu terlalu melampau sekali sehingga tidak masuk akal untuk dilakukan oleh seorang yang menjawat jawatan TPM, saya , sebaik saja membaca tuduhan itu di dada akhbar telah menolak 100% akan kebenarannya.
Namun saya masih yakin bahawa kebenaran akan terserlah jua dalam perbicaraan di mahkamah. Saya amat bersetuju Anwar diberi peluang membela diri dimahkamah.
Malang sekali, proceeding di mahkamah tidak langsung membantu untuk mencari kebenaran. Kredibiliti saksi-saksi pendakwa cacat sekali. Bahan bukti yang meragukan. Hakim bicara yang menolak hujah pembela dengan mengulang terlalu banyak prasa 'tidak relevan'. Yang akhirnya telah menyebelahi pendakwa apabila mahkamah menjatuhkan sabit kesalahan atas tudahan yang dibuat.
Maka merengkoklah Anwar dalam penjara selama enam tahun. Nama baik dan keperibadian baik dicalar sebegitu rupa. Ahli keluarga dan sanak saudara dimalukan malah sengaja dihinakan.
Jadi Anwar masuk penjara atas bukti yang dipalsukan. Ini disahkan oleh pegawai polis yang bernama Musa Hasan. Dahsyat dan sesungguhnya amat zalim sekali.

5. Sesungguhnya saya amat gembira sekali mendengar berita ini (berita pemalsuan bukti) kerana ada diantara kawan-kawan yang bertegang urat mempertahankan dakwaan yang di buat oleh Mahathir, apabila saya tidak bersama dengan kepercayaan mereka, sehingga ada yang bermasam muka tidak mahu bertegur sapa. Putuslah tali persahabatan yang disebabkan satu dakwaan yang batil.
Diperingkat yang lebih besar , berlakulah perpecahan di kalangan masyarakat. Ini adalah hakikat. Ini sebenar-benarnya telah dan sedang berlaku. Kepercayaan songsang (fitnah) ini juga berterusan digalakkan, ditanam dan disebar luas untuk di warisi generasi akan datang.
Sesungguhnya amat malang sekali. Yang batil, buruk, hanyir, hancing, busuk, bacin, berpanau, nanah dan segala yang menyamai sifat-sifat syaitan, disokong, dipertahankan, dimajukan bahkan mendapat pujian dan sokongan.
Mengapa jadi begitu?
Itu adalah soalan spontan yang saya tanya dulu. Tapi sekarang apabila ada pihak yang mengatakan bahawa lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali berbanding dengan malaikat yang tidak di kenali, saya sedia maklum akan sebab perangai, tabiat dan tingkah laku mengapa mereka suka membuat tuduhan dan fitnah. Itu kerja mereka, kerja syaitan (iblis) yang telah bersumpah di depan Allah untuk membinasakan manusia.
6.Saya percaya banyak lagi pembohongan dan kerja-kerja jahat akan terbongkar . Cerita fasal bersahabat dengan Yahudi, fasal bersahabat dengan Soros yang dikatakan si penyangak matawang dan berbagai lagi kebatilan akan dapat kita ketahui. Yang perlu ialah kita bersabar.
Sesungguhnya Allah maha berkuasa.
Mereka mampu merancang dan melakukan kedurjanaan dengan menyembunyikan hal sebenar, memutarbelitkan cerita dan fakta, menyalahgunakan kedudukan, menyumbat orang tidak bersalah dalam penjara dan berbagai-bagai lagi penipuan, yang tidak terkecuali merompak khazanah negara berselindung di sebalik kata-kata menaikkan emosi dan semangat seperti 'Hidup Melayu' , 'Demi Agama Islam' dan berbagai-bagai lagi tabir pelindung, tapi dik kesombongan yang menguasai perasaan dan otak, mereka menjadi alpa bahawa sesungguhnya Allah tidak suka perangai dan lakucara mereka itu. Allah kutuk perbuatan itu. Mereka merancang, tapi perancangan Allah lebih hebat. Mereka bertindak zalim, tapi kezaliman mereka tidak langsung memberi kesan kepada Allah.
Lihat lepas satu demi satu pembohongan mereka terbongkar di ketahui orang. Siapa yang membongkarkannya? Dalam beberapa hal, mereka sendiri membuka/memecahkan telor tembelang sama ada melalui perbuatan mahupun kata-kata. Yang terbaru adalah kes Musa Hasan ini.
Yang paling menyedihkan, mereka buat selamba saja sambil menafikan pembohongan dan penipuan yang mereka telah lakukan.
Seperti yang saya katakan diatas tadi bahawa saya tidak hairan dengan perangai jahat mereka itu. Sebab mereka berkawan dengan syaitan yang dikenali. Itu kata-kata yang dituturkan oleh mereka sendiri.
Sesungguhnya kebenaran akan mengalahkan kebatilan. Saya penuh yakin dan percaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan