Yaaaiyuhallazi na aamanut taqullaha , haqqa tuqatihi- Wahai orang-orang yang beriman , taqwalah kamu kepada Allah sebenar-benar taqwa
Wala tamutunna illa wa antum muslimun- dan janganlah kamu mati melainkan didalam keadaan muslimin.
(Ayat 102 Surah Ali Imran)
Taqwa:
1.Ayat ini adalah ayat yang sentiasa dibaca oleh khatib dalam khutbah Jumaat. Bahawa seseorang yang beriman itu setelah yakin adanya Allah hendaklah sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah sehingga meresap kedalam jiwa raganya memelihara terus hubungan ini bagi memupuk dan mempertingkatkan iman dari masa ke semasa.
2. Orang yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa akan terpelihara tujuan hidupnya. Hidupnya adalah dipandu dan dipimpin dengan kepercayaan bahawa tempat untuk berlindung hanya kepada Allah SWT; menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup dan bahawa pemimpin yang sejati adalah nabi besar Muhammad SAW. Keimanan mereka tidak akan boleh diganggu gugat dengan berbagai cabaran, ancaman dan pujuk rayu bagi mengurangkan ketaqwaan mereka kepada Allah SWT.
3. Sebagai muslim hendaklah sentiasa berdoa dan mengharapkan agar kita mati sebagai seorang muslimin. Maka berpegang teguhlah kita akan sifat bertaqwa itu semasa menjalani kehidupan . Dengan demikian jiwa muslim kita menjadi besar, teguh dan kebal sehingga ke penghujung hayat kita tanpa dapat digelincirkan oleh apa saja cabaran, halangan dan ancaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan