Kita cuba elakkan dari digigit nyamuk. Gigitan nyamuk akan meninggalkan kesan. Paling kurang kita akan berasa gatal-gatal. Tempat yang kena gigit itu akan bengkak dan menjadi merah. Nyamuk menggigit untuk menghisap darah.
Gigitan nyamuk juga boleh menyebarkan berbagi penyakit bergantung kepada jenis nyamuk. Misalnya gigitan nyamuk aedes boleh menyebabkan demam denggi; dan nyamuk tiruk boleh menyebabkan demam kura-kura atau malaria. Maknanya nyamuk-nayamuk ini mesti dielakkan atau dihalang dari menggigit kita walaupun dari seekor nyamuk. Cara terbaik untuk mengelakkan gigitan nyamuk itu ialah dengan menghapuskan nyamuk itu sendiri.

Berbagai cara untuk mengapuskan nyamuk. Berbagai cara pula digunakan untuk mengelakkan dari gigitan nyamuk itu. Semua kita tidak sukakan nyamuk. Nyamuk adalah musuh kita. Musuh yang boleh juga membawa maut.
Pada suatu masa dulu sebelum kita diperkenalkan ubat atau bauan dan cairan semburan yang boleh menghalau dan membunuh nyamuk terutama digunakan semasa hendak tidur, kelambu paling banyak digunakan. Tidur dalam kelambu boleh mengelakkan dari gigitan nyamuk. Tetapi kadang-kadang nyamuk boleh juga masuk dalam kelambu jika ada laluan kecil yang boleh dilolosi. Seekor nyamuk yang dapat melolosi masuk kedalam kelambu sudah cukup untuk membuat kita marah apabila digigit.
Ada juga diceritakan orang ,disebabkan gigitan nyamuk yang seekor itu, menjadikan seseorang itu terlalu marah dan hilang akal menyalahkan kelambu lalu membakar kelambu itu. Maka dibuatlah kiasan bahawa janganlah disebabkan seekor nyamuk, kelambu hendak dibakar.
Kalau seekor nyamuk yang buat hal kita bunuh saja nyamuk itu. Kelambu jangan dibakar.
Tetapi kalau sudah terlalu banyak nyamuk boleh melolosi dan masuk ke dalam kelambu, ada yang tidak kena pada kelambu itu. Mungkin kelambu itu telah koyak rabak atau ditendang semasa seseorang sedang tidur membuatkan pintu kelambu terbuka atau kelambu menjadi terkoyak.
Dalam keadaan kelambu yang koyak rabak itu, iaya bolelah dibakar dan diganti yang baru. Tiada guna disimpaan lagi, buat menyemak saja.
Kalau nyamuk masuk disebabkan pintu kelambu terbuka dik ditendang kaki maka orang-orang yang tidur dalam kelambu itu mestilah belajar-belajar ilmu tidur supaya tidak lasak. Misalnya bacalah Bismillah, sekurang-kurangnya, sebelum tidur kerana dengan berkat bacaan itu kaki kita tidak akan jadi nakal semasa kita tidur. Tapi jika orang itu masih lagi tidur dengan lasak sehingga menyebabkan pintu kelambu terbuka luas atau kelambu itu menjadi rosak dan bocor maka humban saja orang itu keluar dari kelambu agar orang lain yang ada dalam kelambu itu akan selamat dari gigitan nyamuk .
Maknanya jangan salahkan kelambu jika nyamuk dapat masuk kedalam kelambu.
Nampaknya nyamuk yang berbahaya itu ada jalan untuk diuruskan bagi mengelak dari kena gigitan yang mendatangkan penyakit termasuk maut.
Bagaimana pula jika dalam sesebuah kumpulan, masyarakat, institusi, organiasasi dan negara terdapat seseorang yang berperangai dan bersifat seperti nyamuk itu. Perangainya jahat suka menggigit dan menghisap darah. Kita katakan orang itu berperangai durjana kerana melakukan jenayah dalam berbagai bentuk dan cara, seorang penipu, suka membuat fitnah, suka laga melaga, seorang perogol, perasuah dan berbagai perangai durjana yang lain.
Kita ambil contoh anggota dalam sesebuah organisasi. Tidak kisahlah sama ada organisasi politik atau yang bukan politik. Ada seorang dari ahli organisasi itu bersifat durjana, jahat seperti nyamuk yang boleh memberi kesan yang mudarat.
Perlukah organisasi itu mengambil tindakan keatas ahli yang durjana itu?
Jawapan segera dari saya ialah terlalu perlu dan wajib untuk menyelamatkan organisasi dan ahli-ahli lain yang tidak bersifat durjana. Semua orang saya rasa akan memberi jawapan yang sama. Ibarat seekor nyamuk yang masuk dalam kelambu tadi. Nyamuk itu mesti dibunuh. Kelambu jangan dibakar.
Tapi dalam dunia yang nyata dan fana ini, ianya tidak semudah itu. Tidak semudah apa yang kita cakap.
Dalam banyak hal apa yang terjadi ialah tindakan yang selalu dan biasa diambil bergantung kepada kedudukan dan kuasa seseorang dalam organisasi itu. Jika orang itu tiada kuasa dan kedudukan dalam organisasi maka tindakan segera mudah dilakukan seperti kita membunuh nyamuk yang berbahaya itu. Cepat kita dapat mengelakkan sifat dan gejala durjana itu menjangkiti orang atau ahli yang lain. Organisasi dapat segera diselamatkan dari tercemar dan rosak.
Sebaliknya jika ahli organisasi itu berkedudukan tinggi dan berkuasa pula maka jarang-jarang tindakan segera boleh dikenakan bagi menyingkirkan ahli itu. Dalam banyak contoh, tiada ahli yang berani menyuarakan agar tindakan diambil keatas sidurjana itu kerana khuatir diri akan tersingkir. Malah amat malang sekali kerana sidurjana itu mendapat sokongan dari sebahagian besar ahli. Maka siapalah berani mengambil tindakan keatasnya.
Si durjana itu nasibnya amat baik sekali tidak seperti nyamuk yang seekor yang berjaya menyeludup dalam kelambu tadi. Nyamuk itu dibunuh dan kelambu tidak dibakar. Sidurjana pula masih kekal dengan kedurjanaannya dan kekal berkuasa dalam organisasinya kerana masih ramai ahli yang menyokongnya walaupun perangai yang durjana itu boleh merosakkan organisasi pada suatu hari nanti.
Pada suatu hari nanti. Bila?
Itulah pertanyaan sombong dari sidurjana dan mereka yang telah meyerap sifat dan perangai durjananya. Dalam masa yang sama mereka merasa yakin akan dapat memperbaikki dan memperbetulkan kedurjanaan itu. Cuma caranya dengan melakukan kedurjanaan. Sebab dalam keyakinan mereka untuk memperbetulkan kedurjanaan itu mereka tidak sanggup mengaku bahawa mereka telah melakukan kedurjanaan. Jadi mereka berbohong mengatakan mereka tidak melakukan perangai yang durjana. Jadi bagaimana untuk memperbaikki atau memperbetulkannya?
Sebaliknya jika mereka mengaku telah melakukan kedurjanaan maka kedudukan dan kuasa mereka akan terjejas. Jadi apa pilihan yang ada jika masih lagi mahu berkuasa.
Disebabkan seekor nyamuk yang menggigit, kita tidak wajar membakar kelambu. Selamatlah kelambu itu dan dapatlah orang-orang menggunakannya bagi mengelak dari gigitan nyamuk yang membinasakan itu. Penyakit pun tidak tersebar.
Disebabkan seorang yang berkedudukan dan berkuasa, kita takut untuk menyingkirkannya walaupun ia seorang yang durjana. Malah ramai pula yang turut serta menyokong orang durjana itu.
Soalan: Selamatkah sidurjana dan pengikut-pengikutnya itu? Selamatkah organisasi mereka itu?
Jawapan: Pada suatu hari nanti sidurjana dan mereka yang bergejala sepertinya akan binasa. Organisasi juga akan turut binasa.
Kalau begitu mengapa pula dibiarkan kemusnahan berlaku jika itu jawapannya. Ayuh dengan penuh yakin mari kita singkirkan kesemua mereka itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan