InshaAllah, petang nanti kurang lebih pukul enam petang kapal terbang Egypt Air yang membawa anak kami si ct dan kawan-kawannya serta penumpang yang lain dari Cairo akan selamat mendarat di KLIA.
Diam tak diam sudah empat tahun ct belajar di negara Arab yang baru saja mendapat presiden yang baru melalui pilihan rakyat setelah rakyat Mesir bangkit menjatuhkan regim Husni Mubarak. Ada baki dua tahun lagi untuk tamat pengajian. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada ct dan kawan-kawan dalam menghadapi dan meneruskan pelajarannya itu sehingga tamat dan berjaya. Semoga Mesir yang baru ini akan aman dan makmur. Amin.

Peristiwa di Dataran Tahrir-kebangkitan rakyat Mesir menentang regim Mubarak pada 25 Januari 2011 memberi kesan kepada ct dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain di Mesir. Sedikit sebanyak pelajaran mereka terganggu juga. Namun sekarang nampaknya ada tanda-tanda menunjukkan Mesir akan menuju kearah yang lebih baik. Harap-harap begitulah.
Satu persoalan yang selalu berlegar di otak kepala saya ialah tentang keperluan mendapat pelajaran dalam bidang perubatan dan yang berkaitan dengannya di luar negara. Maksudnya mengapa perlu hantar pelajar belajar disana atau mengapa mereka perlu belajar ilmu tersebut di luar negara. Tidak kisahlah sama ada belanja sendiri atau tajaan kerajaan (persekutuan/negeri dan badan-badan yang lain).
Bukankah ini merugikan kerana wang banyak beredar dalam ekonomi negara lain. Mengapa tidak dibina lebih banyak universiti lagi atau diperbesarkan bilangan pengambilan pelajar perubatan di fakulti-fakulti perubatan dan fakulti yang berkaitan di univesiti-universiti yang sedia ada di Malaysia ini. Petronas telah sedia ada universiti teknologi. Mengapa Petronas tidak mahu memasuki dalam pendidikan perubatan dan sains kesihatan? Apakah Formula 1- bidang perlumbaan permotoran itu lebih penting dari sains kesihatan sedangkan hari-hari pemimpin kata Malaysia masih perlukan doktor, farmasi dan jururawat serta para medik yang lain?
Terlalu wajar Petronas mengambil langkah untuk memasuki bidang sains kesihatan ini dengan mewujudkan dan membina institusi yang berkaitan atau adakan fakulti perubatan di UTP yang ada sekarang ini.
Apakah alasan untuk Petronas tidak terlibat. Tidak ada kemampuan kewangan? Ini tidak mungkin.
Petronas sendiri telah mempunyai Hospital untuk keperluan anggota yang berkhidmat dengannya. Ini sudah tentu satu asas yang baik untuk memulakan kursus perubatan dengan menjadikan hospital itu sebagai 'teaching hospital'.
Sekiranya kita dapat menampong bilangan pelajar yang besar maka tidaklah perlu kita hantar ke Ireland yang memakan belanja jutaan ringgit bagi seorang pelajar. Mengapa perlu habiskan wang yang banyak bagi seorang pelajar. Bukankah wang itu boleh membiayai lebih banyak pelajar lagi terutama jika belajar di dalam negara.
Adakah alasan hantar pelajar ke Ireland itu kerana mutu ajarannya tinggi dan akan melahirkan doktor yang terbaik? Kalau begitu alasannya ianya bermakna doktor-doktor keluaran dari tempat lain termasuk dari dalam negeri adalah doktor yang tidak bermutu dan tidak akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik, dan tidak selamat.
Menghantar pelajar ke luar negeri sepatutnya dijadikan satu keistimewaan dan bukan satu pilihan. Maksudnya bilangan yang dihantar hanya sedikit saja , yang telah mencapai satu tahap penilaian yang terbaik dari segi berbagai sudut , baik dari segi pencapaian akademik, kecenderungan dengan memberi markah bonus kepada pelajar dari keluarga kurang berada yang telah berjaya. Mungkin bilangan yang dihantar tidak melebihi 10 orang pada setiap tahun atau tiada langsung.
Dengan demikian kos memdapat pendidikan perubatan dan yang berkaitan dapat dikurangkan. Penjimatan itu boleh lah digunakan untuk menambah bilangan pelajar belajar di universiti dalam negeri dan pembinaan baru fakulti atau pembesaran fakulti di universiti yang sedia ada.
Bercakap tentang kualiti doktor , saya ingin bertanya adakah doktor-doktor yang diambil dari Bangladesh, India , Myanmar dan berbagai tempat lagi tidak berkualiti? Kerana hanya yang keluar dari England saja berkualiti!
Apa pun anak kami ct akan terus belajar di Mesir. Dua tahun tidak lama.Cuma menunggu ketibaannya di KLIA dirasakan agak lama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan