Sudah agak lama tidak buat senaman pagi. Kolestrerol makin banyak terkumpul. Tapi temu janji dengan doktor masih jauh lagi iaitu pada bulan Jun. Masih ada banyak masa untuk melakukan senaman dan menyingkir/mengurangkan kolesterol dalam saluran darah.
Selepas Subuh , menuju keruang tv, mengintai kalau-kalau ada siaran langsung perlawanan tenis Indian Wells dari tengah padang pasir di California Amerika Syarikat. Yes, tekeluar rasa gembira. Perlawanan diantara Rafael Nadal, rangking no. 2 dari Sepanyol yang saya minati dengan David Nalbandian dari Argentina baru saja di peringkat memanaskan badan.
Maka saya duduk tercangok dalam jarak dua kaki dihadapan tv. Dalam hati dan fikiran sudah ada keputusan siapakah yang akan menang. Sudah tentu Nadal 'dengan straight set'. Nalbandian bukan lawan sepadan Nadal. Mudah saja Nadal spin, tercungap-cungap dia membalas tapi tidak mampu menghantar bola mengatasi net, terkandas. Saya tersenyum sendirian kerana terlalu yakin Nadal akan meratah lawan yang lebih usia darinya dengan terlalu mudah.
Oooop jantung saya berdegup semakin cepat apabila Nadal serve pada kedudukan 4/5. Habislah Nadal kali ini, tapi masih berharap Nadal berjaya untuk dapat menyamakan ke kedudukan 5/5. Hancur, Nadal kecundang di set pertama 4/6.
Diwaktu pemain berehat sebelum memulakan set kedua, saya membebel sendiri menyalahkan Nadal kerana turut sama dalam permainan bergu dipertandingan Indian Wells ini. "Mana boleh macam tu. Habis staminalah. Ini main tenis yang makan berjam-jam. Jangan terlampau tamak. Nak jadi juara dalam dua kategori".
Set kedua bermula dan saya masih mengharapkan Nadal menang walaupun rasa sedikit marah dihati kerana Nadal bermain dalam acara bergu. Perjalanan set kedua tidak menyenangkan hati saya. Nalbandian tidak menunjukkan sebarang tanda sama ada keletihan atau tidak dapat membalas spin Nadal dengan baik, semuanya dapat disempurnakan. Semakin merisaukan pada kedudukan sama 5/5. Nalbandian serve.
Yes, Nadal berjaya 'break' serve di kedudukan ini menjadikan 6/5. Keyakinan Nadal menang mula meningkat melebihi sedikit 50%. tapi tidak sampai 52%. Akhirnya Nadal menang set kedua yang membuatkan mereka terpaksa membuat penentuan di set ketiga bagi meneruskan persaingan di peringkat separuh akhir berjumpa dengan Roger Ferderer yang terlebih awal telah berjaya mengalahkan del Petro straight set.
Persaingan di set ketiga pada peringkat awal menyenangkan hati. Nadal pada kedudukan 5/2, jauh meninggalkan Nalbandian. "Tentu menang punya", saya cakap sendirian kerana saya saja duduk mencangok di depan tv. Yang lain masih dalam bilik.
Sekali lagi denyutan jantung saya bertambah cepat apabila Nalbandian berjaya 'break' service Nadal. Sudah pada kedudukan 5/4. Nalbandian serve untuk menyamakan kedudukan 5/5 dan membuka peluang untuk menang sama ada pada mata 7/5 atau melalui 'tie breaker'. Keyakinan saya mula menurun bawah 50% tetapi tidak rendah dari 48% dengan menaruhkan harapan agar Nadal berjaya pada kedudukan ini.
Yeeeehhhhhh Nadal menang 6/4. Tangan kanan saya meraba dada disebelah kiri. Saya terlalu gembira. Jantung yang telah dibuat pintasan 7 tahun yang lepas tidak membenarkan saya terlalu 'exited'. Tambah-tambah telah lama senaman tidak dilakukan . Kolesterol sudah membiak. Ada sedikit rasa kesakitan. Esok saya akan mula senaman. Masih sempat mengurangkan kolesterol sebelum bertemu doktor pada bulan Jun nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan